SUDAH TIGA YANG MENGIDAM


Datuk Seri Mohd Ali Rustam menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mac depan.

"Saya sedia bertanding sekiranya ada kekosongan jawatan timbalan presiden parti, saya menawarkan diri (bertanding jawatan itu)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Ali, 59, yang juga Ketua Menteri Melaka sebelum ini menawarkan diri bertanding mempertahankan jawatan naib presiden yang dimenanginya kali pertama sewaktu pemilihan parti pada 2004.

Pengumuman Mohd Ali hari ini, meletakkan beliau sebagai pemimpin kedua, selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan hasratnya bertanding Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Mac depan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi bahawa beliau hanya akan mengumumkan jawatan yang bakal ditandingi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan pendiriannya sebelum 9 Oktober ini.

Ketika ditemui wartawan pada majlis rumah terbuka di Muar semalam, Muhyiddin berkata, beliau tidak mahu membuat pengumuman yang "melangkau pucuk pimpinan parti" dalam memutuskan jawatan yang bakal ditandinginya.

"Saya tidak mahu melangkau lebih awal sebelum Perdana Menteri membuat keputusan," katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan mengambil perubahan senario politik semasa dan kehendak akar umbi parti.

Jelas Muhyiddin, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sendiri tidak mengatakan apa-apa mengenai pendirian beliau mengenai jawatan yang bakal ditandingi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, adalah tidak tertib membuat keputusan sebelum Presiden parti membuat keputusan.

"Walaupun ramai ahli yang membuat kenyataan, mereka mahu mencadangkan saya bertanding... kita tunggulah sehari dua ini bagi mendapatkan pandangan yang lebih jelas," ujar beliau.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan yang beliau bersedia untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Mac depan.

Ketika dihubungi mStar Online semalam, anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berkata: "Ya, ya, saya akan bertanding (jawatan Timbalan Presiden)."

Kata Zahid, beliau akan memenuhi kehendak ahli jika dicalonkan untuk jawatan tersebut dan akan membuat pendirian rasmi apabila memperoleh pencalonan kelak.

Zahid menjelaskan, beliau memutuskan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden susulan perubahan senario politik dalam Umno sekarang dan atas permintaan ahli-ahli akar umbi parti yang mahu beliau 'berganding' dengan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak memimpin Umno.

"Ekoran mesyuarat Majlis Tertinggi baru-baru ini (26 September lalu) di mana (Presiden Umno), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan akan dipercepatkan, senario dalam Umno sudah mula berubah.

"Oleh itu, rakan-rakan (saya) merasakan bahawa saya perlu mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden... justeru, saya perlu memenuhi kehendaki akar umbi agar bertanding jawatan nombor dua," kata beliau.

Desas-desus kedengaran sejak Khamis lalu, yang Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datoh sejak 1995, bakal menjadi gandingan Najib apabila beliau mengambil alih jawatan Presiden Umno yang kemungkinan dikosongkan Abdullah dalam waktu terdekat.

Sumber : Mstar
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya menawarkan diri menjadi presiden yang kelihatan bersih.
    (walaupun tidak bersih)
    Tunggu Hamid Albar buat keputusan pasal - ISA ?
    Hendak lokap siapa selepas ini.
    Mungkin kah Samy vellu.
    Kerana buat kenyataan putar belit tentang hindraf dan isu kuil.
    Peluang masih ada
    Rebut lah mana -mana jawatan yang ada.Kerana kerusi sudah kosong.
    Tapi yang berkuasa nanti orang lain.
    Kerusi umno.
    kerusi Pas.
    Kerusi Pkr.
    Lepas ini kita lihat kerusi terbang.(UFO)

    ReplyDelete
  2. 3 orang mengidam benda yang agak-agak boleh tercapai silakan.

    jangan ngidam benda-benda yg pelik dah lah.

    macam seorang ibu berbadan dua ngidam nak makan daging rusa beranak kembar tiga

    ReplyDelete
  3. Ate.. idak ke deme-deme ni tau beratnya nak memikui amanah tu nanti?

    Sedangkan yang sedia ade ni pun, tak terbuat, tak terpikui, tak terlaksana sepenuhnya!

    Patutnye, banyakkan muhasabah diri. Rase takut ngenangkan tugas yang belum selesai, tanggungjawab yang belum sudah, korje yang belum siap!

    ntahle kome... letih dibuatnye!
    moga-moga diberi taufik dan hidayah kepada kite sume dalam menjalani kehidupan ni. Amin!

    Muallim.

    ReplyDelete
  4. Susah jugak kalau ibu mengandung mengidam benda yg pelik2 :-)



    Salam Perkenalan :-)
    Akar Umbi & Calon 'Kuda Hitam' Ada Kejutan ;-)
    http://pro-faizal.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Chekdee mengandung...mengidam makan serbuk kopi...... hmmmm masa tu..bila teringatkan serbuk kopi ipoh mari.....hmmm baunyerrrr sedap.....bila serbuk kopi tu masuk dalam mulut..... kunyah... biji kopi tu.... sedappppnyer ...... Sepanjang mengandung....habis gak 1 tin kopi.... heheheh....anak chekdee...okay jer...heheheh

    tapi....kalau ibu mengandung mengidam nak jadi PM....hhhmmmmmm cam mana yek????....heheheheh

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.