MAHATHIR KEMBALI BERKUASA?
Ramai yang berkata Pak Lah ni lembik, tidak tegas dan terlalu berlembut. Mungkin juga ada benarnya gelaran itu jika melihatkan perangai Pak Lah yang lebih suka berdiam diri lepas ‘dihentam’ teruk oleh Tun Mahathir selama ini.
Tapi kali ni Pak Lah ‘terpaksa’ melepaskan kemarahannya pada Tun Mahathir secara terbuka. Daripada nadanya, memang jelas Pak Lah begitu geram dengan orang yang melantiknya sebagai Perdana Menteri. Mungkin Pak Lah sedang tertekan kerana calon pilihannya gagal mendapat sokongan daripada bahagian UMNO yang sudah bermesyuarat.
“Siapakah Tun yang dah keluar parti Umno itu nak cuba membuat arahan kepada orang Umno apa yang patut dilakukan? Dia (Mahathir) berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pemilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu...orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,"
Itulah ayat yang Pak Lah gunakan untuk mencabar Tun Mahathir.
Kononnya, Tun Mahathir telah menggerakkan jenteranya untuk memastikan semua ‘orang Pak Lah’ dikeluarkan dari pemilihan UMNO pada perhimpunan UMNO Mac tahun depan. Malah, Tun juga secara terang menulis di blognya, meminta Najib membersihkan kabinet baru daripada orang Abdullah selepas Najib menaiki takhta Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.
“Jika Kerajaan Najib berkehendakkan kelainan daripada Abdullah maka penyokong Abdullah tidak boleh turut serta. Pendahuluan yang diterima Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan yang pengkritik Abdullah amat disenangi. Tan Sri Rafidah Aziz, yang dikatakan begitu kuat mengkritik Abdullah nampaknya mendapat sokongan Wanita. Ini boleh mengakhiri impian Azalina Othman, antara penyokong terkuat Abdullah dan Khairi Jamaluddin, jika Rafidah mengotakan janjinya untuk melantik Shahrizat Jalil sebagai Ketua Wanita apabila dia (Rafidah) sendiri meletak jawatan tersebut.”
“Shafie Apdal, salah seorang yang bersuara lantang mendesak Abdullah meletak jawatan mempunyai harapan cerah memenangi pencalonan bagi jawatan Naib Presiden. Tetapi bahagian-bahagian nampak seolah-olah terlupa peranan yang dimainkan Rais Yatim, yang mana sebagai Menteri beliau tidak pernah gentar menyuarakan pendapatnya berkenaan salahlaku Abdullah.” ujar Tun Mahathir.
Daripada apa yang ditulis oleh Tun itu, seolah-olah Tun sedang berkempen untuk Najib, Muhyiddin, Rafidah Aziz, Shafie Afdal dan Rais Yatim.
Pak Lah tentunya mempunyai maklumat ‘dari dalam’ mengenai peranan yang cuba dimainkan oleh Mahathir. Semalam juga, Pak Lah secara jelas menunjukkan sokongannya pada Mohd Ali Rustam sebagai Timbalan Presiden UMNO. Biarpun sokongan itu tidak dibuat secara terus, tetapi ramai yang dapat memahami ‘niat’ Pak Lah yang dipetik sebagai berkata :
"Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.”
Nampaknya, Pak Lah sudah tidak tahan dengan ‘permainan’ Muhyiddin yang dianggap sebagai ‘balaci’ Tun oleh penyokong Abdullah. Kelmarin, Muhyiddin telah meminta Perhimpunan Agung UMNO diadakan pada Disember ini. Mengulas tentang perkara itu, Pak Lah mengganggap Muhyidin sebagai ‘orang yang tidak sabar nak jadi TPM’ sambil berkata :
“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura. Datuk Seri Mohd Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno,"
Setakat ini Najib hanya diam seribu bahasa. Najib belum membuat apa-apa kenyataan mengenai ‘perang mulut’ antara Abdullah dan Mahathir. Malah Najib juga belum menyatakan secara jelas, siapakah yang akan dipilih sebagai timbalannya nanti.
Ramai penganalisis yang berpendapat, Najib tidak perlu menyatakan ‘siapakah orang itu’ kerana ramai yang dah dapat membaca pilihan Najib. Orang itu adalah Muhyiddin yang berada di sebelah Najib ketika Najib mengumumkan kesediaanya bertanding jawatan Presiden sewaktu di Terengganu dulu. Memang tidak menghairankan bila Zahid Hamidi menarik diri kerana Najib sedang mengikut nasihat ‘orang itu’.
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
salam..
ReplyDeleteada yg menamakan isu politik semasa sebagai 'mahathirism.'.. tp mmg sda asasnya kenyataan ini.. orang tua seorang ni masih mempunyai pengikut yg ramai.. tp pengikut yg tak brapa brani atau dalam bahasa pasar di sebut pengecut.. kita masih segar dengan peristiwa pengunduran mahathir dr umno, tp saranan mahathir yg mengajak ahli2 lain turut berbuat demikian tidak diendahkan kerana takut kedudukan mereka terancam.. dasar politik utk kepentingan... sekarang berduyun2 konco2 org tua ni mula tunjuk taring...ahhhhh.. sudahhhh... gua dh muak ngan politik malaysia.. bila pak anwar nk 'naik' ni....???
Yang saya nampak, Tun tika sakit seperti tidak mahu dah campur tgn hal2 politik. Dan tika dia sedang sihat, dia kembali seperti burung helang, mencengkam pada mana2 mangsa yang dia rasakan perlu.
ReplyDeleteKalau Tun lantang mengatakan Pak Lah ada kroninya sendiri, apa kurangnya dia? Sementelah lagi anak jantan dia sedang menuju ke barisan hadapan, takkan seorg ayah tidak memberikan sokongan langsung.
Walau Tun cekap menepis dan mencipta kata2 tapi hati perut dia, semua orang dah tau kecuali mereka yang juga berhati perut spt Tun. Kita tak menafikan kemampuan Tun sbg PM tapi cara Tun di akhir umur ni, macam tak kena.
Najib, Muhyiddin, Rafidah Aziz, Shafie Afdal dan Rais Yatim.
ReplyDelete'mahathirism'
dibelakang isu liwat anwar siapa.
kali pertama dan kedua...........
Apa tak eloknya Ali?.”
elok, siapa kata tidak elok.
tapi tidak sekuat....
Tongkat ali.
Muhyiddin
kucu-kucu kata hey.
nahir-nahir‘balaci’balacur hay
Mana dia karisma.
Tum,tum ,Shahrizat Jalil.
bla hai,bla Rafidah Aziz.
Zahid Hamidi (Masuk PKR jer)
(JANGAN PUTIH MATA).
Mei sai tun nahir
mei gaya Tun Mahathir.
kocha-kocha hai.
kucai-kucai hey.
chai letum tum..tum.
prai hey hindustani,Presiden ni,
Nahir , TOK SAMI.hey....
NAJIB KHAN ????????????