LAMPU HIJAU UNTUK KAKI KONGKEK?

Chua Soi Lek menang jawatan Timbalan Presiden MCA. Pengaruhnya dalam MCA masih kuat. Beberapa bulan lalu, Chua Soi Lek terpaksa meletakkan jawatan dalam kabinet setelah aktiviti seks luar nikahnya berjaya dibongkar. Dia mengaku melakukan perbuatan itu dan telah meminta maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Bila Chua Soi Lek menang dalam pertandingan kali ini, ada yang boleh menerima semula kehadirannya dan tidak kurang juga yang mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh perwakilan MCA. Yang menerima berkata “Dia sudah mengaku dan meminta maaf. Berikan peluang kedua untuknya.” Bagi yang membantah pula berkata “Dia sudah terbukti tidak bermoral. Apakah MCA sudah tiada lagi calon lain yang lebih bermoral?”

Mengikut sejarah Islam, manusia yang tidak bermoral pernah diangkat sebagai pemimpin. Sebelum memeluk Islam, Saidina Umar Al-Khatab sangat terkenal sebagai individu yang ganas, kaki mabuk, kaki perempuan, pembunuh, pembuli dan sebagainya. Setelah menerima hidayah dan memilih Islam sebagai agama yang lurus dan suci, beliau tekad meninggalkan segala aktiviti yang tidak bermoral itu.

Malangnya Chua Soi Lek bukan Islam. Apapun, jika benar dia sudah insaf dan mahu mengubah tabiat buruknya, apa salahnya kita berikan peluang kedua kepadanya. Jika dia masih terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu selepas ini, tidak mustahil perwakilan MCA akan menolaknya pada pemilihan yang akan datang.

Sebenarnya, ramai lelaki yang terlibat dengan aktiviti ‘makan luar’ tetapi tidak mahu mengaku. Mungkin atas sebab itu, Islam membenarkan lelaki memiliki isteri lebih dari satu asalkan lelaki itu mampu zahir dan batin. Sekali lagi diulang, jika mampu dan bukannya jika mahu. Mampu dan mahu adalah 2 perkara berbeza.

Tetapi, dalam masa yang sama, Islam melarang keras lelaki yang sudah berkahwin melakukan hubungan seks dengan perempuan yang belum dinikahinya secara sah. Hukumannya juga berat. Pesalahnya boleh direjam sampai mati jika terbukti dirinya bersalah. Begitu indahnya hukuman Allah. Dia mengizinkan dan Dia juga melarang sesuatu perbuatan. Tentunya Allah sahaja yang lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap makhluk yang dijadikanNya.

Sebagai manusia yang beriman pada hari pembalasan, kita seharusnya sedia untuk memaafkan dan memberi peluang kedua sesama manusia. Mungkin insan yang kita anggap hina atau berdosa di dunia ini lebih dahulu memasuki syurga sedangkan insan yang kita anggap baik dan beriman itu hanya layak menghuni neraka. Siapalah kita untuk menentukan syurga dan neraka.

Sementara masih hidup di atas dunia ini, pintu taubat sentiasa terbuka untuk setiap hambaNya. Bagi yang telah sesat jalan, kembalilah ke jalan yang benar dan jalan yang diredhai oleh Allah sementara peluang masih diberikanNya. Jangan sia-siakan peluang ini.

Mengundi mungkin 5 tahun sekali, tapi mati mungkin sehari, sejam atau seminit lagi.




Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

12 comments:

  1. Orang yg berada di luar Islam, dosa, pahala, akhlak dan moral, halal haram tiada dalam kamus mereka.

    Perbuatannya dahulu mungkin dengan isteri keduanya.( Dalam kaum lain dia tak boleh mendaftarkan nikahnya untuk isteri kedua kalau tak silap saya)

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya, ramai lelaki yang terlibat dengan aktiviti ‘makan luar’ tetapi tidak mahu mengaku. Mungkin atas sebab itu, Islam membenarkan lelaki memiliki isteri lebih dari satu asalkan lelaki itu mampu zahir dan batin. Sekali lagi diulang, jika mampu dan bukannya jika mahu. Mampu dan mahu adalah 2 perkara berbeza.
    kita umat islam perlu contohi
    Nabi saw.
    khawin bukan tuntutan nafsu.

    "LAMPU HIJAU UNTUK KAKI KONGKEK?"
    sambung lagi ......petir

    ReplyDelete
  3. Salam...

    mula-mula :
    kepada saudara al-brangi, bukan "kaum" lain yang tidak membenarkan beristeri 2, tapi "agama" lain...

    kedua :
    tajuk agak provokatif... tapi, well done (kalau bertujuan semata2 ingin lebih ramai orang baca untuk menyampaikan apa yang perlu disampaikan dalam entri ni)...

    seterusnya :
    tak baik menyamakan hal Saidina Umar r.a. sebelum memeluk Islam dengan kes Soi Lek ini, lepas Saidina Umar bertaubat dan diberikan hidayah, ternyata beliau dijanjikan syurga dengan ketaatan kepada ALLAH dan RasulNYA yang tidak berbelah bagi...
    Soi lek??? Ntah betul ntahkan tidak tentang keinsafan beliau itu...

    Yang hairannya di sini, kenapa mengambil Saidina Umar r.a. sebagai contoh? Aflah tergolong dalam golongan yang pernah sedikit masa lalu membawa agenda tentang "kemuallafan" Saidina Umar ke?

    Pernah rakan dari kalangan "...'.." menyebutkan pada saya tentang "kenapa mereka tidak bersolat sunat terawih 20 rakaat"... kerana, mereka kata, "buat apa ikut Saidina Umar? Saidina Umar kan Muallaf?..."

    akhir sekali :
    berkenaan POLIGAMI...
    Saidina Ali k.w. pernah menyebut kepada Baginda Rasulullah saw, serta Saidatina Fatimah Az-Zahra, tentang hasrat beliau ingin berkahwin 2... Baginda Rasulullah tidak membenarkan Ali... Dan ini jawapan Fatimah, "kalau kau meneruskan hasratmu, lihatlah ini (sehelai daun kering yang diremukkan olehnya), begitulah REMUKnya hatiku..."
    Fatimah sememangnya tidak dpt menghalang sekiranya Ali ingin meneruskan hasratnya, NAMUN, dalam Islam, sekiranya perkahwinan KEDUA itu membawa kepada keruntuhan serta keharmonian perkahwinan pertama, maka perkahwinan kedua itu HARAM hukumnya...

    harap terjawab...
    -RAJ a.k.a. laxmana-

    ReplyDelete
  4. Sambung sikit lagi .......

    "LAMPU HIJAU UNTUK KAKI KONGKEK?"

    Masyarakat sekarang sudah tidak perduli lagi sama ada bermoral atau tidak.
    Mat Salleh juga sama skg .

    "LAMPU HIJAU UNTUK KAKI KONGKEK?"

    Moral.
    Yang bermoral hanya terletak kpd umat Islam skg.
    Pada akhir zaman skg pemimpin yang di lantik sudah tidak perlukan moralnya lagi.

    "LAMPU HIJAU UNTUK KAKI KONGKEK?"

    INI ADALAH PETANDA AKHIRNYA ZAMAN.
    KITA AKAN LIHAT,SATU DEMI SATU...
    PERBUATAN MANUSIA...SPT HAIWAN...
    AHLI-AHLI POLITIK,PENGUASA BUKAN LAGI DRP GOLONGAN ISLAM SEBENAR.

    "LAMPU HIJAU UNTUK KAKI KONGKEK?"

    BAGAI PERIBAHASA UMPAMA:
    GULA-GULA GETAH.

    HABIS MADU SEPAH DIBUANG.

    "LAMPU HIJAU UNTUK KAKI KONGKEK?"

    ReplyDelete
  5. Untuk Laxmana,

    Tujuan saya menceritakan kisah Umar bukan untuk dibandingkan dengan Chua Soi Lek atau khalifah Islam yang lain. Mesej yang ingin disampaikan adalah "berikan peluang kedua kepada sesiapa jua yang ingin berubah ke pangkal jalan".

    Sebagai andaian, katakan Anwar mengaku yang dirinya meliwat atau Najib mengaku ada hubungan dengan Altantuya dan keduanya bertaubat. Adakah kita akan membuang mereka atau memberi peluang kedua kepada mereka?

    Saya tidak membawa agenda sesiapa dan berkenaan solat terawih, kekadang saya buat 8 dan kekadang saya buat 20. Pada saya, untuk apa kita bertengkar tentang amalan sunat sedangkan yang wajib masih banyak ditinggalkan.

    Hati wanita mana yang tidak akan remuk kalau suaminya ingin menambah lagi satu. Tetapi, jika ditakdirkan suami itu mampu dan dibenarkan oleh syarak untuk menikah lagi satu, saya akan terima ketentuan itu kerana pada saya, mungkin itu ujian yang Allah ingin cuba pada saya. Alhamdulillah, setakat ini suami saya belum teringin nak tambah lagi satu biarpun dia amat tahu prinsip saya tentang isu poligami.

    Harap terjawab :-)

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Untuk Aflah : Haa, amik contoh Anwar n Najib tu lebih elok rasanya... hehehe. Berkenaan poligami tu, rasanya komen saya kat atas ni dah cukup kut... ;)

    ReplyDelete
  7. PARTI BN ADALAH KHAS UNTUK KAKI RABA PUNGGOK..PEROGOL BERSIRI.. PEMBUNUH BERSIRI !

    ReplyDelete
  8. Adakah ini bermakna kaki kongkek jalan belakang PKR itu boleh diterima kembali sekiranya dia mengaku melakukan kongkek jalan belakang dan dia kini telah bertaubat??

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Salam..
    pergghhhh... panas..panas..panas..
    dari isu chua hingga isu poligami...panas..panas..panas...;-)

    manusia ni penuh dengan dosa, hanya Nabi dan Rasul sahaja yang maksum... jadi dlm kesempatan kita hidup kat dunia ni, apalah kiranya kita Bertaqwa dengan sebenar-benar Taqwa dengan menjalankan segala
    PerintahNya dan meninggalkan segala LaranganNya.

    Setuju ckp kak, tak usah kita gaduh2 ttg perkara yg ranting2, yg wajib pun bnyk yg berterabur...Dr. Danial Zainal Abidin selalu pesan dlm khutbah Jumaatnya ttg perkara ini.

    ;-) Bagus lah kak, suami akak yg terchinta masih 'belum berminat' nk tambah satu lg...hehehe... hati perempuan ni mmg teramat la brtambah kesensetipannya bila terdengar perkataan 'poligami'...;-)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    Hampir-hampir gugur jantung aku bila terbaca tajuk posting Pn Alah kali ni ehe

    ReplyDelete
  12. Aflah,

    Kalau kau nak tahu hebat tak kaki kongkek tu, cuba lah sendiri. Kasi aje dia kongkek kau.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.