NAJIB KENA JAWAB SOALAN MUDAH INI!
Blogger Ibnu Zack mendedahkan Malaysia perlu membayar RM 193 juta seunit sedangkan Brazil membayar RM 83 juta seunit kepada Europter bagi mendapatkan helikopter model Cougar EC725.
Kata blogger itu lagi, sudahlah Brazil mendapat harga yang lebih murah, dapat juga bantuan teknikal, pemindahan teknologi dan bantuan dalam pemasangan komponen helikopter. Memang benar, spesifikasi setiap negara berbeza apabila melibatkan pembelian unit helikopter yang sama. Namun, kalau perbezaan harganya mencecah 233% bagi setiap unit, itu apa namanya?
Silakan Dato Najib..
Berikut adalah petikan dari blog Ibnu Zack.
Saya terbaca pula laman Defense Industry Daily yang melaporkan keputusan kerajaan Brazil membeli helikopter tempur jenis sama dengan harga lebih USD1b.
Brazil and France sign an agreement in principle for Eurocopter to build helicopters in the South American country via its subsidiary Helibras. Brazil’s Defense Minister Nelson Jobim reportedly said that the country intended to buy 50 “Super Cougar” models, the first of which would be delivered in 2010. The deal’s value is reportedly around $1.2 billion.
Perkara sama turut dilaporkan oleh The Economics Times
Menurut laporan laman ini, pembelian 50 unit helikopter Multi-Mission ini akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM 4.14b (USD 1.2b) atau RM82.8 juta bagi setiap unit. Sila bandingkan dengan Malaysia yang membeli 12 helikopter jenis ini dengan harga RM2.317b atau RM 193.08 juta bagi setiap unit.
Perbezaan harga yang diperolehi adalah RM 110.28 juta bagi setiap unit.
Selain itu turut dilaporkan dalam pakej pembelian itu adalah:
Under the agreement in principle, France would transfer technology and help Brazil expand the export capacity of its aviation industry by aiding the assembly of helicopter components such as engines and electrical systems, the statement said. (Sources: India Times)
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Aflah!
ReplyDeleteBila Brazil beli besi terbang nih?Kalau 5-6thn lepas logik la kot harga murah...
Besi skrg mahal apa...Kalau tak,orang tak cari makan dgn curi besi!
Alaa...Upah Najib buat keje!takpe laa...maintenance Kak Ros tinggi tuu!Huhuhu
ROger!
Salam,
ReplyDeleteAgaknya begitulah yang berlaku (sejak lama dahulu) jika pihak-pihak tertentu mahukan keuntungan peribadi dari pembelian seperti itu.
Rasuah yang melibatkan pembelian peralatan tentera sudah merupakan "cerita lama".
Tapi yang peliknya rakyat (khasnya ahli UMNO) masih menyokong pemimpin tertentu, yang dipecayai terlibat dengan isu tersebut.
Aflah...
ReplyDeleteApa pun skandal yang ditujukan pada Dato Seri Najib, ianya tidak mendatangkan apa-apa kesan. Cukup setakat buat pernafian dan bersumpah diluar mahkamah segala tuduhan terhadapnya akan terbatal. Oleh kerana itu dia masih bebas bergerak dan bercakap dihadapan wartawan tanpa sesiapa yang berani mendakwanya. Betapa kebal nya dia....
nak tengok juga macam maner pak jib bersilat....heh. tapi nampak gayenyer macam dah nak start cover balik....huh.
ReplyDelete;-)
PAK LAH KATA NAK SIASAT,KJ AKAN AKAN BERI MAKLUMAT NANTI.
ReplyDeleteKALAU RANCANGAN ITU BERJAYA.
PAK NAJIB AKAN TERSUNGKUR SEBELUM BULAN MAC 2009.
TUNGGGUUUUUUUU.
hmmm.... best nyer jadi orang kebal ni..... kebal terhadap segala pertuduhan.....
ReplyDeletekita ni insan kerdil..... silap sikit jer... terus kena hukum .....
cam tulah kan
Assalamualaikum,
ReplyDelete1. Harap semua bersabar, perbezaannya tak sebesar mana, cuma RM 110.28 JUTA SAHAJA hahahaha
2. Persoalan demi persoalan, alasan demi alasan.