KERAJAAN PERLU BANTU PENERBIT BUKU


Persatuan Kontraktor Buku Malaysia hari ini meminta kerajaan menyediakan peruntukan lebih besar bagi membeli buku umum selain buku teks untuk menyokong industri penerbitan buku tempatan.

Presidennya Hassan Hamzah berkata peruntukan lebih besar itu membolehkan penerbit-penerbit buku tempatan terus aktif menerbitkan pelbagai jenis buku memandangkan kos menerbitkan buku kini semakin meningkat.

"Kita cadangkan Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM1 juta untuk membeli buku umum ini untuk ditempatkan di sekolah dan juga perpustakaan awam.

"Kita tidak mahu masyarakat minda kelas pertama di negara ini mengeluh apabila membeli buku dan mengatakan harga buku tempatan mahal," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (PBAKL).

Beliau berkata negara maju memerlukan 26,000 judul buku setiap tahun namun kita cuma mampu menerbitkan 12,000 buku setahun.

Jadi kita masih ketinggalan dalam menerbitkan buku tempatan, katanya.

Beliau berkata Malaysia kini mempunyai 750 penerbit buku, tetapi yang aktif hanya kira-kira 100 penerbit.

Kebanyakan penerbit buku yang besar lebih berminat mendapatkan tender dari kerajaan saja, katanya.

Majlis itu dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Sebanyak 604 gerai pameran akan dibuka sempena PBAKL 2009 itu yang akan berlangsung selama 10 hari mulai 17 April depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pesta buku itu adalah acara tahunan anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Majlis Industri Buku Malaysia (MIBM).

Sumber : Bernama

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. library kt seremban kalo buku sedap sikit nak pinjam memanjang tak boleh saja..

    ReplyDelete
  2. saya syor supaya kerajaan beri elaun buku kepada pegawai kerajaan tujuan untuk menambahkan ilmu.
    Bagi NGO PUla adakan majlis penerangan disetiap daerah,atau perpustakaan bergerak.Mungkn pada hari sabtu/minggu.kita ada balai raya tapi tidak digunakan kambing yang masuk.
    buat pertanding membaca/lukisan.
    bukan pertandingan karoke yang diadakan sekarang malah ada pula comment drp juri macam af pula.
    orang melayu beri komen,bla/BLA/,,,,,,,PELAHAN AJE..TAKUT MALU
    PESTA BUKU...PANGGIL PENULIS BUKU TOKOH-TOKOH SASTRA.BUAT PERTANDINGAN SAJAK...
    BUAT ARCA............
    Persatuan Kontraktor Buku Malaysia
    BOLEH ANJUR DENGAN KERJASAMA DENGAN SYARIKAT PENRBIT BUKU.
    BUAT MACAM JOM HEBOH.tAPI BUKAN ARTIS.BUDAK-BUDAK SEKOLAH YANG DIJEMPUT SELURUH DAERAH.
    bANYAK PROGRAM HENDAK DIBUAT,
    JANGAN HANYA MINAT WAKTU SEKOLAH SAHAJA BILA SUDAHBERKERJA MALAS JADINYA.
    KENAPA?TIDAK ADA USAHA KEARAH ITU,YANG MUSTAHAK POLITIK MESTI SUBUR...CARI DUIT BANYAK-BANYAK MASUK KOCEK MASING-MASING JADI ULAT-ULAT BUKU TAPI BUKAN UNTUK MEMBACA JADI MAKLUK PEROSAK...
    (HANYABACA BUKU-BUKU LUCAH DAN MAJALAH ARTIS-ARTIS SEKSI)
    MEMEY,MEMEY...................
    HENDAK GI SEMBAHYANGJUMAAT LAK..
    HENDAK MINTA AMPUN BANYAK-BANYAK BUAT DOSA KERING.

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan saranan ini.
    Perlu ada perlindungan dan galakan yang lebih kepada industri buku

    ZAMRI MOHAMAD
    Penulis Buku di Malaysia
    http://www.motivasiminda.wordpress.com

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.