POLITIK UMNO, PAS & KEADILAN part 1

Sebaik sahaja melepasi kuota pencalonan, Khairy terus mengajak Mukhriz dan Khir Toyo berdebat secara terbuka. “Tiada dedah-mendedah” kata Khairy bila ditanya apa perlunya debat itu hendak diadakan. Hanya Khir Toyo yang berani menyahut cabaran itu. Mukhriz pula tidak setuju debat itu diadakan secara terbuka. Kalau dibuat secara tertutup, mungkin akan dipertimbangkan cabaran itu.

Ada yang berkata, debat itu hanyalah helah Khairy untuk memancing undi. Ada pula yang berkata, debat itu hanya akan melondehkan lagi seluar UMNO. Keengganan Mukhriz menyahut cabaran itu menimbulkan banyak tanda soal. Lebih-lebih lagi, tagline kempennya pula “Berani Berubah!”. Kini Mukhriz dilabel sebagai ‘tikus mondok’ oleh penyokong Khairy.

“Cakap macam bagus, habuk pun tarak! Kalau nak buat cara tertutup, lebih baik berdebat dalam bilik flat San Peng je!” kata orang lama dalam politik yang saya temui. (Maaf, namanya tidak dapat saya siarkan atas permintaannya.)

Alasan Mukhriz yang mengganggap debat terbuka akan menyulitkan usaha mengukuhkan parti kerana isu-isu yang berbangkit semasa debat itu akan disensasikan oleh pihak pembangkang tidak dapat diterima langsung.

“Tanpa acara debat pun, pembangkang dah dedah macam-macam. Mukhriz nak selamatkan parti atau nak selamatkan keluarganya sendiri?” sambungnya lagi.

Ujarnya lagi, usaha memperkenalkan program debat terbuka perlu disokong dalam konteks amalan demokrasi di negara ini. Sekurang-kurangnya, platform debat ini boleh dijadikan batu asas dan seterusnya berkembang sebagai budaya baru dalam amalan berpolitik di negara ini.

“Acara debat tidak boleh menentukan keputusan akhir pada kemenangan seseorang calon. Banyak lagi kriteria lain yang boleh menentukan kemenangan seseorang calon seperti berapa banyak wang yang kamu boleh beri pada saya, apa projek yang kamu boleh beri pada saya, jawatan apa yang hendak kamu beri pada saya dan bermacam-macam perkara lain lagi,” katanya sinis.

“UMNO perlu sedar, mereka adalah parti dan mereka juga kerajaan. Pemuda adalah barisan pelapis UMNO. Semangat berani berdebat, berhujah serta melontarkan pandangan atau kritikan perlu disemai pada generasi muda UMNO. Inilah salah-satu perubahan yang rakyat mahukan. Perubahan yang UMNO perlukan bukan setakat menukar pemimpin. UMNO perlu menukar polisi dan tradisi yang sudah ditolak mentah-mentah oleh rakyat khususnya orang Melayu.”

Bila ditanya apakah polisi dan tradisi yang sudah ditolak itu, dia menjawab :

“Polisi UMNO harus digubal dari memperjuangkan bangsa kepada memperjuangkan agama dengan mengambil Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan sepertimana yang dilakukan oleh PAS. Kuota pencalonan perlu dihapuskan. Siapa yang mahu bertanding, dipersilakan dengan segala hormatnya. Tradisi rasuah, bodek-membodek, sentimen perkauman dan ugut-mengugut perlu dihapuskan. UMNO perlu mengangkat pemimpin di kalangan ulamak yang faham tentang agama. Saya fikir, cadangan Dr. Asri agar UMNO menubuhkan Majlis Ulamak UMNO patut diperjuangkan. Mana-mana ulamak ‘cari makan’, saya tak nak sebut siapa, yang ada dalam UMNO perlu dikeluarkan dan diganti dengan ulamak yang ikhlas mahu membantu Islam dan bangsanya sendiri. Jika UMNO dapat membuat perubahan ini, saya tidak fikir kenapa UMNO harus ditolak oleh orang Melayu dan orang Islam khususnya.”

“Bukankah PAS sudah melaksanakan semua itu? Kenapa orang Melayu masih menolak PAS jika perubahan yang dimahukan itu sudah ada dalam PAS?” tanya saya pula.

“Kita tidak boleh menyalahkan orang Melayu atau UMNO 100%. Banyak juga perkara baik yang UMNO telah buat selama ni. Masalahnya, ada kelemahan di sana-sini yang sepatutnya sudah diperbaiki tetapi tidak diperbaiki. Tidak semua orang Melayu yang faham tentang agama dan politik. Ada di antara mereka yang sekadar jadi pengikut sahaja. Bagi yang sudah faham, mereka akan memilih PAS atau mereka akan mencuba untuk membetulkan UMNO dari dalam. Itu hak dan kemahuan masing-masing yang kita perlu hormat.”

"Anwar sendiri pernah cuba membersihkan UMNO tapi gagal. Akhirnya dia menubuhkan Keadilan dan kenapa dia tidak menyertai PAS? Sewaktu dia berada dalam UMNO, ramai pemimpin PAS yang berkata bukan-bukan tentangnya. Sekarang ini, bila Anwar sudah keluar dari UMNO, PAS berkawan semula dengan Anwar biarpun perjuangan Keadilan tidak seperti perjuangan PAS. Inilah ‘permainan’ politik yang harus kita fahami.”

“Sekarang ini, PAS mula memperkenalkan slogan ‘PAS FOR ALL’ kerana PAS sudah sedar yang PAS juga memerlukan sokongan pelbagai kaum untuk menjadi kerajaan. Anwar sudah tahu lama perkara ini dan sebab itu dia menyertai UMNO dan kemudian menubuhkan Keadilan. Untuk menjadi kerajaan di negara ini, sesebuah parti itu mesti menjadi pilihan bagi semua kaum. Selama ini, PAS memang berjaya menarik sokongan orang Melayu atau orang Islam, tetapi masih gagal menarik sokongan bukan Melayu. Cuma akhir-akhir ini, bukan Melayu mula menerima perjuangan PAS. Tetapi, belum boleh dikatakan kuat sokongan itu.”

BERSAMBUNG …

Selepas ini, cadangan radikal untuk menjadikan Keadilan sebagai parti kaum India, DAP sebagai parti kaum Cina dan PAS sebagai parti kaum Melayu untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat bagi menghadapi kekuatan Barisan Nasional dan akhirnya mewujudkan sistem dwi-parti di negara ini.


Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. Salam,

    Malaysia adalah sebuah masyarakat plural, masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya.

    Sama ada UMNO, PAS atau PKR akhirnya akan terpaksa menyesuaikan diri dengan realiti sosial ini.

    Dalam masyarakat yang demikian, saya tidak fikir sebuah "parti agama" (dalam pengertian "Islam fundamentalis" ) boleh bertahan lama. Sebab itu, PAS pun terpaksa "membuat penyesuaian" terhadap dasar(?) dan pendekatan politiknya dari masa ke masa.

    ReplyDelete
  2. Salam
    PAS SEBENARNYA PARTI YANG BERPUAK-PUAK,ORANG MELAYU TIDAK BERMINAT DENGAN pERJUANGn PAS.DENGAN MENGIKUT Sunnah sebagai panduan sepertimana yang dilakukan oleh PAS.KERANA HENDAK KAHWIN LEBIH DRP SATU.

    HANYA TUAN GURU NIK AZIZ ADALAH PILIHAN UTAMA,SELEPAS DIA TIADA LAGI PAS AKAN SENGSARA.KELANTN PERNAH BERubah.


    Khairy hanya ingin debat soal menifesto perjuangan pemuda bukan debat mcm Anwar dengan si bodoh itu.Malaysia mengamalkan dasar islam liberal-minded Ex: Almost without exception libraries have agreed with the liberal-minded who wanted to make the immigrants' transition into a new society(Islam HAdari).
    Agar UMNO menubuhkan Majlis Ulamak UMNO.Ulama liberal bolehlah
    Serba boleh.Dalam UMNO SERBA BOLEH.

    Dalam masyarakat yang demikian, saya tidak fikir sebuah "parti agama" (dalam pengertian "Islam fundamentalis" ) boleh bertahan lama.
    Ini agama allah agama wahyu,mana mungkin akan tewas??????.
    Yang tewas adalah kita.
    Sebab orang melayu suka berpuak,bersuku suku.

    Peribahasa kita hari ini

    Habis geli oleh geletek, habis rasa (= bisa) oleh biasa.

    Sesuatu yang kurang menyenangkan itu akan hilang, apabila telah
    menjadi kebiasaan.
    Rasuah politik.
    UMNO dulu kini dan selamanya

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Tak nak komen kat part one nih, saya tunggu part seterusnya dulu...

    Ini cuma tanda yang saya ada baca serta tertarik dengan tajuk ini...

    Heheh! ;)

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Dalam posting di atas ada dicantumkan pendapat "orang lama" dalam politik yang menyarankan supaya UMNO mengubah polisinya dari parti yang memperjuangkan bangsa kepada parti yang memperjuangkan agama, dengan berpandukan Quran dan hadis, sebagaimana PAS.

    Walaupun pandangan itu "kelihatan cantik", tetapi kemungkinan UMNO akan mampu mengubah polisinya seperti itu adalah sesuatu yang "di luar dugaan."

    Apa yang boleh diduga sebenarnya UMNO hanya akan berubah menjadi "parti Melayu", iaitu parti yang lebih tegas mempertahan dan memperjuangkan kepentingan, hak dan keistimewaan orang Melayu, atau pun menjadi parti yang lebih "liberal" seperti PKR.

    Dari kenyataan Najib yang terbaru, yang membayangkan bahawa kerajaan BN akan "menghapuskan" DEB secara beransur-ansur, nyatalah UMNO akan menjadi lebih liberal, bukan lebih Melayu, dan jauh sekali daripada menjadi "parti Islam" seperti PAS.

    UMNO pernah mendakwa bahawa ia pun sebuah parti Islam. Tapi UMNO memperjuangkan Islam yang "sederhana", bukan "Islam garis keras" seperti PAS.

    "Islam UMNO" lain daripada "Islam PAS". Itulah sebabnya UMNO memperjuangkan konsep "Islam Hadhari" yang menunjukkan bahawa Islam UMNO adalah berbeza daripada Islam UMNO.

    Jika PAS memperjuangkan pelaksanaan hukum Islam dan kewujudan negara Islam, UMNO ternyata lebih mementingkan kewujudan sebuah negara Islam yang maju dan bertamadun, seperti yang pernah wujud di Baghdad atau di Cordova pada satu masa dahulu.

    Mungkin Islam UMNO bukan Islam kafah, atau Islam yang syumul sebagai satu cara hidup.

    Tapi saya kira itulah yang mampu dilaksanakan oleh UMNO dalam sebuah masyarakat plural seperti Malaysia.

    ReplyDelete
  5. PEMIMPIN YANG HEBAT MESTI BERANI BERDEBAT APA SAHAJA MEGENAI NEGARA. TENGOK ANWAR IBRAHIM MENGAJAK BERDEBAT 5 BILLION RM (DUIT EPF) BAGI MENYELAMAT VALUECAP.

    MUKRIZ HARUS BERANI HADAPI KHAIRY UNTUK BERDEBAT. BE GENTLEMAN. BIAR ORANG UMNO BUAT PILIHAN!
    ...MACAM OBAMA DAN MCCAIN LAH !

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Saya menyokong 100% negara demokrasi. . .saya juga memandang rendah kpd setiap org yg terlalu EXTREME dlm memperjuang kn bangsa, krn pd saya keutamaan yg harus di berikan adalah pd agama kita (ISLAM). . .our ultimate role model should b our Prophet Muhammad s.a.w. . .tidak wujud tanah perkuburan MELAYU (khas utk org melayu), dan tidak pula kita akan di soal nnt di dlm kubur APA BANGSA KAMU?? Kita juga tidak akan di bahagi-bahagikan mengikut BANGSA di Padang Mahsyar kelak. . .

    ingat kembali zaman Rasulullah s.a.w dan bagaimana Piagam Madinah dibuat. . .hayati isi kandungannya. . .tiada cacat cela dan sgt adil utk rakyat hidup aman damai dan bersatu padu. Rasulullah s.a.w juga mempunyai bangsa dan bangsa baginda sendiri juga yg telah mengkhianatinya malah mengancam utk membunuh Rasulullah s.a.w. . .Rasulullah s.a.w tidak pilih kasih terhadap bangsanya dgn bangsa2 yg lain. . .Rasulullah s.a.w juga tidak hanya menyebarkan agama ISLAM pd bangsanya shj dan menyarankan umatnya agar berbuat baik sesama bangsanya shj. . .ISLAM menggariskan agar umatnya berbuat baik sesama manusia dan bukan sesama BANGSA shj. Kita tidak boleh PREJUDIS seperti rata-rata bangsa MELAYU sekarang ini yg memandang serong terhadap bangsa lain dan secare membabi buta membenci bangsa lain hanya semata2 berlainan bangsa. Tidak hairanlah bangsa lain juga turut membenci BANGSA MELAYU kerana kite juga (MELAYU) adalah bangsa yg PREJUDIS.


    Ya, saya juga tahu mungkin ada segelintir yg membaca comment saya ini akan berkata di hati kecil mereka "zaman sekarang dah berubah", "kita ni manusia biase je, bukan nabi", "Selagi pemimpin paling atas adlh islam, semuanye akan selamat" dan berbagai2 lg alasan dan juge alasan yg lain yg terlalulah byk sehingga ada yg tidak boleh di terima pakai. . .Kita perlu igt, ISLAM adalah agama sepanjang zaman yg boleh di sesuaikan mengikut peredaran zaman. . .


    "Kewibawaan seorang pemimpin boleh di lihat dan di nilai dari cara beliau memimpin keluarganya"~

    "A good leader knows what he needs to hear, NOT what he wants to hear" ~


    "ISLAM ITU ADALAH SEMPURNA" ~

    sekian

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.