EUROCOPTER : ANGKA MANA YANG BENAR?
Pembelian 12 unit helikopter EC-725 buatan Eurocopter telah ditangguhkan buat sementara waktu ekoran krisis kewangan yang sedang melanda dunia [klik di sini]. Penangguhan itu diumumkan oleh Abdullah selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri di Kementerian Pertahanan [klik di sini].
Apa yang menariknya kali ini, Abdullah turut menyatakan, nilai sebenar pembelian helikopter itu adalah RM 1.67 bilion [rujuk di sini] dan bukannya RM 2.3 billion seperti yang didakwa pembangkang.
Menurut rekod Suara Keadilan bertarikh 14/10/2008, anggaran nilai pembelian helikopter itu yang disebut oleh Abdullah pada 26/9/2008 adalah RM 1.93 billion dan ketika Anwar membahaskan usul belanjawan 2009, beliau mendakwa, nilai pembelian itu adalah RM 2.3 billion [rujuk di sini].
Manakala, Lim Kit Siang sewaktu berbahas di Parlimen mengenai pembelian helikopter tersebut berkata, nilai tender tersebut bernilai RM 2.317 billion [klik di sini].
Sebelum ini, pembelian tersebut telah dipertikaikan banyak pihak kerana harga seunit helikopter yang dibeli oleh Malaysia adalah 233% lebih tinggi daripada harga seunit helikopter (model yang sama) yang dibeli oleh Brazil pada Jun 2008 [klik di sini] dan blogger Kickdafella pernah mendedahkan penglibatan Datuk Kamaluddin (anak Abdullah) dalam urusan tender tersebut seperti yang dilaporkan oleh Harakah Daily [klik di sini].
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Itu lah kehebatan mereka. Akhir nya angka yang dipersalahkan.
ReplyDeleteNampak nya Pak Lah ni mudah dipermainkan mereka.
Bagaimana pun apa angka yang sebenarnya mengikut cerita, orang kuat kementerian tidak berkata benar kepada memanda.
Yang pasti dan tak pasti prosedur perolehan tersebut mungkn tidak betul. Kenapa ya? Macam tergesa gesa membuat keputusan sehingga ada seorang kapitan bersara mula bersuara. Kalau nanti di tanya juga kenapa harga nya mahal mereka dengan mudah menjawab bahawa itu lah keperluan TUDM pula.
Pusing lah Pak Lah, tetapi banyak orang yang tahu menunggu masa sahaja.
Assalamualaikum Cik Nur Aflah,
ReplyDeleteSpending a huge amount of money at the time when the world is in recession is not a good idea by any measure. If our own house is running short of cash and we need to make some savings, why spend ?.
I can understand the logic behind the purchase of these helicopters following the death of many military servicemen in the past but what l dont understand is do we really need helis of high spec?.
If l can buy a Mercedez Benz E220 CDi for around £25,000 need l go for an S Class ?. Both can drive me from A to B with lesser fuel consumption on the E Class, cost less on maintenance and general up-keep of the car.
Salam.
ReplyDeleteAngka sudah tidak penting,sebab Pak Lah sudah batalkan pembeliannya.Najib sudah pening tidak tahu hendak buat macam mana,akhirnya diselamatkan oleh Pak Lah.
Nampak Pak Lah sedang bermain dengan Pak Najib.(dipermainkan).
peribahasa kita hari ini.
Main-main hantu.
Bermain dengan perasaan orang supaya menjadi takut.
NOTAKAKI
PERMAINAN
UMNO BERTAMBAH HEBAT.