SIASAT, DAKWA DAN HUKUM!
Jabatan Audit Negara berjaya mengesan pembelian sebuah mesin pengimejan (X-RAY) yang berharga 33 juta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang tidak mematuhi syarat pembekalan kerajaan.
Difahamkan, syarikat Glotel Sdn Bhd yang mendapat kontrak untuk membekalkan alatan tersebut tidak pernah mendaftar dengan Kementerian Kewangan.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendedahkan Glotel tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor seperti disyaratkan bagi setiap kontraktor yang mahu melaksanakan projek kerajaan dan sepatutnya tidak layak ditawarkan kontrak berkenaan.
Malah, Syarikat Allied Physics Sdn Bhd, sub kontraktor dilantik Glotel bagi mengiktiraf kualiti dan keselamatan PET CT Scan didapati tidak berkelayakan atau memiliki lesen mengendalikan bahan radioaktif dan alat pengimejan seperti disyaratkan di bawah Seksyen 13 (2) Akta Pelesenan Tenaga Atom.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad yang diminta mengulas mengenai isu ini dipetik sebagai berkata :
“Kita sedar isu kontrak itu yang sememangnya dalam perhatian dan tindakan kementerian. Isu ini bukan perkara baru dan kita memang mengetahui mengenainya,"
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lebih lanjut bila ditanya oleh wartawan.
Cit...Ini macam ka diorang bisnes? Patutlah ramai member den yang lengkap dan strong company profile dah terlingkup!
ReplyDeleteCit..Poodah!
salam...
ReplyDeletehm..bab alat2 X-ray yg mmg harga berjuta ni slalu memanaskan hati..
Pada tekaan saya,kontrak2 alat2 begini melibatkan kroni..jadi pengurusannya tidaklah se'smooth' yg disangka..kerja-kerja akan dibuat sambil lewa..seperti mesin XRD di salah satu IPTA kita yg dibeli dengan harga ~1juta beberapa tahun yang lalu yang pada saya sangat tidak berbaloi.
Tidak berbaloi di sini saya maksudkan kerana ia tidak pernah dapat digunakan kerana 'ada part yang tiada/belum lengkap'. Jadi kenapa sampai bertahun2 part yang dimaksudkan itu belum juga sampai2?akhirnya penggal berganti penggal..dekan berganti dekan,mesin XRD itu pun dilupuskan kerana tidak berfungsi2..~1juta dulu ke mana??
Jadi tinggallah kami yang setia pada universiti tercinta dengan tabahnya meneruskan perjuangan menjaja bahan kajian di IPTA2 lain dengan caj ~RM60 per sample...
cayok!cayok!
salam..
ReplyDeletebiasanya tak susah mana nak siasat benda2 gini, klu satu2 perolehan tu big boss nak uruskan sume, tu maknanya ada smthing wrong la. sbb tu kdg2 sy fedup dgn prosedur yg kononnya perlu dipatuhi.
Boss is always right :)
untuk intan hayati ayat ni,,,
ReplyDelete" do what i said
but dont do what i did"
u being paid for every single hours,
so either u packed or u r backed