BERITA BAIK!
Mungkin ramai di antara kita yang berminat untuk ke Tanah Suci Mekah tetapi tidak berkemampuan dari segi kewangan.
Sewaktu melayari portal Berita Harian, saya terbaca mengenai usaha kumpulan Hijaz yang saya fikirkan amat baik dan sesuai untuk umat Islam di negara ini yang berhajat menunaikan umrah ke Tanah Suci Mekah.
Pakej menunaikan umrah yang mereka tawarkan amat berpatutan iaitu hanya RM 2,990 sahaja.
Pakej ini termasuk umrah 12 hari 9 malam, penginapan untuk dua orang dalam satu bilik yang selesa, berhampiran dengan masjid serta hidangan masakan Melayu.
Mereka yang berjaya memperkenalkan lima rakan akan dibayar insentif RM150 untuk satu kepala. Selain itu, Hijjaz Legend juga akan memberikan beberapa barangan lain seperti kain telekung dan ihram, beg pakaian, set penjagaan kulit jenama El-hajj serta CD mengandungi doa mengerjakan haji dan umrah.
Sementara itu Hijjaz Legend juga berazam untuk membawa dua atau tiga anak yatim atau fakir miskin dalam setiap kunjungan mereka bagi memberi peluang mereka untuk sama-sama menunaikan umrah.
Tajaan itu akan diambil menerusi tabung At Ta’awun iaitu pakej yang dibayar peserta. Secara tidak langsung mereka yang menyertai ini pakej ini turut menderma untuk golongan yang kurang bernasib baik.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.
PENGETIAN;
ReplyDeleteUmrah ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib.
Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.
Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah Taala: Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Al-Baqarah 196).
Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya:
Aku berkata : "Wahai Rasullah,apakah wanita wajib berjihad?". Sabda Baginda: "Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah".
Niat Ihram, Tawaf dan Sa'i tidak boleh dilakukan di mana-mana tempat lain melainkan di tempat yang ditetapkan. Iaitu niat ihram di Miqat, tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah di dalam Masjidil Haram dan bersa'i 7 kali bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah. Terakhir sekali bertahallul iaitu bercukur atau mengunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai selepas itu, segala larangan dalam Ihram menjadi halal sepertimana sebelum beliau berihram.
Beza Umrah dengan Haji ialah Umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun tetapi Haji hanya boleh dilakukan pada bulan haji iaitu bulan Zulhijjah sahaja, dan hari kemuncaknya ialah pada hari Tasyrik 9,10,11,12 dimana jemaah berkumpul di Padang Arafah dan Mina.
Pada zaman sekarang Kerajaan Arab Saudi menetapkan mana jemaah umrah mestilah mengikut muassasah umrah dan memohon visa umrah melalui agensi umrah. Tiada lagi permohonan Visa umrah dapat dilakukan di Kedutaan Arab Saudi secara individu.
Assalamualaikum,
ReplyDelete1. Tiada kaitan dengan posting Nur Aflah, tetapi sekadar ingin mengingatkan semua, tidak termasuk hari ini, tinggal EMPAT BELAS (14) hari untuk DSAI membentuk Kerajaan Persekutuan.
2. Menanti ...
Juga tiada kaitan dengan posting Nur Aflah.....
ReplyDeletePOLITIK
Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan [kuasa]
Sejarah awal
Eropah dilanda Zaman Kelam sebelum tiba Zaman Pembaharuan. Maksud "Zaman Kelam" ialah zaman masyarakat Eropah menghadapi kemunduran intelek dan kelembapan ilmu pengetahuan. Menurut Ensikopedia Amerikana, tempoh zaman ini selama 600 tahun, dan bermula antara zaman kejatuhan Kerajaan Rom dan berakhir dengan kebangkitan intelektual pada abad ke-15 Masihi.Gelap" juga bermaksud tiada prospek yang jelas bagi masyarakat Eropah. Keadaan ini wujud kerana tindakan dan cengkaman kuat pihak berkuasa agama; Gereja Kristian yang sangat berpengaruh. Gereja serta para paderi mengawasi pemikiran masyarakat serta juga politik. Mereka berpendapat hanya gereja sahaja yang berkelayakan untuk menentukan kehidupan, pemikiran, politik dan ilmu pengetahuan. Akibatnya kaum cendekiawan yang terdiri daripada ahli-ahli sains berasa mereka ditekan dan dikawal ketat. Pemikiran mereka ditolak. Sesiapa yang mengeluarkan teori yang bertentangan dengan pandangan gereja akan ditangkap dan didera malah ada yang dibunuh..
Falsafah Negara
Falsafah politik yang berbeza mempunyai pendapat berbeza mengenai negara sebagai satu organsisasi domestik. Dalam era yang moden ini, falsafah-falsafah ini berkembang serentak dengan kapitalisme, yang secara kebetulan bertembung dengan kewujudan semula negara sebagai sektor masyarakat yang berpusat dan berasingan. Ahli falsafah seperti Thomas Hobbes, John Locke dan Jean-Jacques Rousseau mengaji isu-isu berkenaan peranan sebenar negara. Para ahli falsafah terkini seperti John Rawls dan Robert Nozick lebih berminat dengan keadilan yang dibahagikan dan moral menggunakan kuasa politik.Sesetengah falsafah yang paling besar mengenai negara adalah: kontrakarianisme, liberalisme, Marxisme, konservatisme dan anarkisme.
APAKAH AGAMA ISLAM MENGGUNAKAN KUASA POLITIK ?
Sunah merupakan kumpulan terbesar dalam Islam. Dalam bahasa Arab, as-Sunnah literalnya bermaksud "prinsip" atau "laluan". Sunnah (contoh kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.) seperti yang direkodkan dalam Al-Qur'an dan hadith merupakan rukun utama dari doktrin Sunah. Sunah percaya bahawa empat khalifah pertama merupakan pewaris benar kepada Nabi Muhammad s.a.w.; sejak Allah tidak menentukan sebarang ketua khusus untuk mewarisinya, ketua itu perlu dipilih. Sunah mengakui empat tradisi utama yang sah, atau mazhab: Hanafi, Maliki, Syafi'i, dan Hanbali. Kesemua empat menerima kesahihan dari yang lain dan seorang Muslim mungkin memilih sebarang seorang yang membuatkan dia setuju, tetapi mazhab Islam lain dipercayai telah dikeluarkan dari majoriti dengan memperkenalkan (bidaah). Terdapat juga beberapa ortodoks teologikal atau tradisi falsafah didalam Sunnisme. Contohnya, gerakan Salafi baru-baru ini melihat dirinya sebagai pemulih dan mendakwa memerolehan ajarannya dari sumber asal
Menjadi Khalifah Pertama
Perlantikan mereka dibuat secara syura atau politik.?Gelaran khalifah ini juga dikenali sebagai Amīr al-Mu'minīn yang bermakna "pemimpin orang yang beriman". Sejak tumbangnya Empayar Turki Uthmaniyyah, gelaran ini tidak lagi digunakan
MUNGKINKAH MALAYSIA MENJADI SEBUAH NEGARA KEPIMPINAN KHALIFAH DIRANTAU INI PADA MASA HADAPAN ?
........................
4 lelaki yang ditarik wanita ke neraka
ReplyDeleteBetapa hebatnya daya pikat dan tarikan wanita, bukan saja di dunia. Namun di akhirat pun demikian, maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang, atau anak harus memainkan peranan mereka dengan sungguh-sungguh. Tulisan ini bukan untuk merendahkan wanita, tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya sesuai hak dan seksama, serta berwaspada akan tanggung jawab yang dipikul di dunia!
Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah,menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalkan solat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.
Abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran Islam, tunggulah tarikan sang adik wanita di akhirat nanti.
Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, bergunjing, dan lain sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut di tanya serta diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak
nih teori sendiri... ke ?
ReplyDeletedalil mana ya