RAMADHAN DAN INFLASI
Tahun ini, Ramadhan hadir di kala rakyat di negara ini sedang bertarung dengan kenaikan harga barang dan makanan. Ramai yang mengeluh kerana tidak mampu berbelanja seperti dahulu. Juadah yang biasa dibeli untuk majlis berbuka puasa terpaksa dihadkan mengikut kemampuan poket masing-masing. Para peniaga juga terpaksa berhadapan dengan kekurangan hasil jualan.
Jika diamati situasi Ramadhan tahun ini, ternyata keadaan inflasi tahun ini telah memberikan sedikit kesedaran buat pengguna dan juga kepada para peniaga. Wang yang ada ditangan perlu diurus dan dibelanjakan mengikut keutamaan dan keperluan. Bukannya lagi mengikut selera atau kehendak semata-mata.
Kebiasaannya, kadar inflasi akan melonjak tinggi ketika berlangsungnya bulan Ramadhan. Pada bulan ini, para pengguna biasanya akan berbelanja lebih dan perlakuan ini akan meningkatkan lagi permintaan dalam pasaran. Para peniaga tentunya akan menggunakan kesempatan ini dengan menaikkan harga barang untuk memaksimumkan pulangan yang bakal mereka perolehi.
Mujurlah kadar inflasi sudahpun melonjak tinggi sebelum kedatangan bulan Ramadhan tahun ini. Sedikit-sebanyak, ianya akan mengurang atau menghadkan aktiviti perbelanjaan pengguna pada bulan ini dan seterusnya memberikan sedikit tekanan untuk sektor penawaran dalam pasaran.
Bagaimanapun, para pengguna di negara ini perlu sedar dan sentiasa berwaspada dalam mengaturkan perbelanjaan mereka agar Ramadhan kali ini akan dapat meredakan sedikit tekanan inflasi dan seterusnya akan dapat meningkatkan kembali nilai wang yang kita miliki.
Berikut adalah tips yang dapat mengurangkan tekanan inflasi yang sedang dialami sekarang :
• Beli hanya yang perlu sahaja!
• Elakkan dari menukar barang lama yang masih boleh digunakan!
• Jangan terpedaya dengan sebarang jualan murah yang ditawarkan oleh peniaga!
• Sediakan senarai semak sebelum membuat sebarang perbelanjaan!
• Jangan berhutang!
• Beli barangan keluaran tempatan sahaja!
Jika anda berkemampuan atau mempunyai wang sekalipun, elakkan dari membuat perbelanjaan yang tidak perlu kerana tabiat perbelanjaan anda itu akan memberikan tekanan kepada pasaran dan akan membebankan pengguna yang tidak mampu.
Misalnya, bila harga ayam meningkat, kita tetap juga mahu membeli ayam kerana kita tidak dapat mengawal selera kita yang hendak juga makan ayam. Berapa pun harga ayam itu dijual, kita langsung tidak kisah dan tetap juga mahu membelinya kerana kita masih mampu untuk membelinya.
Sepatutnya, kita kawal kehendak kita dengan mengurangkan perbelanjaan membeli ayam. Dengan cara itu, kita dapat mengurangkan permintaan dalam pasaran ayam dan seterusnya akan memberikan tekanan kepada pengeluar ayam.
Bayangkan, jika terdapat 1 juta keluarga di Malaysia dan setiap keluarga membeli 4 ekor ayam dalam sebulan, maka jumlah permintaan ayam adalah sebanyak 4 juta ekor sebulan. Jika setiap keluarga mengurangkan pembelian dengan membeli 3 ekor ayam sahaja dalam sebulan, maka jumlah permintaan ayam akan berkurangan sebanyak 1 juta ekor dalam masa sebulan.
Ini akan memberikan tekanan kepada penternak ayam kerana mereka mempunyai stok berlebihan sebanyak 1 juta ekor ayam. Untuk mengatasi kerugian di pihak mereka, maka mereka terpaksa mengurangkan kos pengeluaran ayam atau menurunkan harga ayam bagi membendung kerugian yang berterusan di pihak mereka.
“… Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang berlebih-lebihan.”
Maksud Surah Al-A’raaf : 31
Bayangkan dalam keadaan sekarang. Jika saudara seagama kita berpendapatan hanya RM 800 sebulan dan kadar inflasi berada pada tahap 8%, maka nilai wang saudara kita itu akan menjadi RM 100 ringgit sahaja. Apalah yang mereka boleh makan jika harga seekor ayam saja sudah mencecah RM 15? Itu belum termasuk barang-barang keperluan yang lain.
Ingatlah! Gelagat perbelanjaan kita akan memberikan kesan kepada orang lain. Janganlah kita memiskinkan lagi sebahagian saudara seagama kita dengan perbuatan kita itu. Kasihanilah saudara kita yang miskin itu. Ketahuilah bahawa mengawal perbelanjaan kita beerti kita juga membantu dan membela nasib sebahagian saudara kita yang kurang berkemampuan.
Oleh sebab itu, Allah (s.w.t) menyuruh kita berpuasa supaya kita dapat merasakan sedikit kepayahan yang sedang mereka alami. Malangnya kita lebih ligat berbelanja ketika bulan Ramadhan bukannya ligat beribadah!
Fikirkanlah…
salam pn aflah,
ReplyDeleteisu yang puan sentuh di atas satu isu yang membina... isu yang mendidik masyarakat supaya lebih positif.
menyedarkan masyarakat bukan lah mudah... kita sebagai ahli masyarakat perlu mendidik sesama sendiri dengan perkara yang positif....
jadikan usaha puan sebagai satu usaha dakwah...dan selitkan mesej membina.
ekonomi turun naik, di sebabkan kuasa pasaran..konsep jual beli..tak nafi ... penguasaan di sebabkan sistem kapitalis yang di amalkan di mana mana pun adakala di spekulasikan.
hanya kita sebagai pengguna perlu bijak merancang ...beli lah berdasarkan keperluan.
ramadhan ini, kalau kita hayati mengajar kita merancang dalam berbelanja.. lebih berhemah...di sini kita lebih teliti apa yang di perlukan
spiritual mind kita akan berkembang tanpa kita sedari di bulan ramadhan ini. pelbagai penilaian semula akan berlaku dalam tindakan kita dalam segala cabang hidup. termasuk dalam berurusan yang berkaitan keperluan dan perbelanjaan harian.
sebenar nya ramadhan ini ibarat kita masuk ke dimensi rohani kita sendiri...kita akan menyaksikan gambaran gambaran imej dan perlakuan diri kita yang lalu dalam semua perkara kehidupan . melihat memikir menilai kesilapan dan keburukan
sebulan jangka panjang di beri ALLAH untuk kita muhasabah diri...segala deria rasa rohani kita akan terbuka...sebab itu kita akan merasakan perasaan berlainan di bulan ramadhan... lebih halus...lebih menyentuh perasaan...
sifat ehsan akan menyelinap menyinar dalam hati sanubari..
tetapi ....
kalau kita keluar nanti tiada juga perubahan gagal lah kita....hanya lapar dan dahaga..
pperangan yang akan berlaku adalah dalaman kita sendiri
paling ketara kita lihat apabila kita berbelanja pada bulan ramadhan..hanya kita yang menyaksikan diri dan kehendak diri kita samaada kita rakus ...atau kita berhemah... bukan kerana apa terpandang itu enak...berbau sedap
bukan benda benda terhidang di depan mata menggamit kita...tetapi runtunan nafsu kita terarah ke situ..satu demi satu dalam 24 jam kita tertewas, semua checkpoint dlam diri kita gagal
deria rohani sedaya upaya bertahan bertempur dengan nafsu kita sendiri
tapi jika satu demi satu deria rohani kita di hijab .... out ...abis .... masa tak dapat di putar balik.
kalau dlm ramadhan sikap berbelanja kita rakus bagaimana pula cabang kehidupan kita dalam bulan ramadhan ni. kerja..amanah tugasan dll pasti koyak dan perangai kita akan rakus...bertarawihlah, bertadaruslah tiap2 malam..... hanya jasad kita sahaja yang dikatakan berpuasa...rohani kita tidak...
apa bila kita turun dari alam ramadhan ini ... kita tak merasai apa apa... kenikmatan.
dan bertemu lah lagi kita setiap ramadhan tiada juga perubahan diri.
berbelanja lah kita setiap ramadhan dalam kerakusan nafsu....
pandangan ini hanya peribadi sahaja dan apa yang di rasai...dlm perjalanan pulang kepada NYA
berbelanja lah kita dengan berhemah...itu jer kayu pengukur paling mudah untuk mengetahui tahap diri kita...tahap nafsu kita
pada pn aflah... semoga ALLAH sentiasa memberkati usaha Puan....jadikan blog ini satu blog yang membina ukhuwah islamiah.
wassalam
cara paling baik.. bela ayam sendiri. Takpun, makan ikan goreng saje.
ReplyDeleteJangan makan kat KFC, sebab banyak menu ayam.. makan kat McD pulak.
Salam
ReplyDeleteBulan2 puasa ni rasanya say kena kurang la mengunjungi blog nur ni... ye la mana taknya setiap kali masuk blog hancur luluh hatiku menatap senyuman manis kak nur.. ;-) slamat berpuasa kak nur... ;-)