“Kerana pulut santan terasa, kerana mulut badan binasa”
Perumpamaan itu sesuai ditujukan kepada Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang tergamak menggelar kaum Cina di negara ini sebagai ‘pendatang yang menumpang’.
Kata-katanya itu telah membangkitkan kemarahan kaum Cina sehingga semua parti yang mewakili kaum tersebut samada dari dalam mahupun luar Barisan Nasional telah menggesa kerajaan pusat yang diterajui oleh UMNO mengambil tindakan yang sewajarnya ke beliau.
Keengganan Datuk Ahmad Ismail memohon maaf secara terbuka dan kenyataan Pak Lah yang seakan mahu melindungi Datuk Ahmad Ismail daripada dikenakan sebarang tindakan ternyata menambahkan lagi kemarahan kaum Cina di negara ini.
Malah, terdapat ura-ura yang menyebut Parti Gerakan sedang menimbang untuk meninggalkan Barisan Nasional jika UMNO terus memainkan sentimen perkauman.
Perlakuan segelintir pemimpin UMNO yang berterusan memainkan isu perkauman telah menyebabkan parti-parti yang mewakili kaum Cina dalam Barisan Nasional kian dipinggirkan oleh kaum Cina di negara ini. Perbuatan itu ternyata menguntungkan Pakatan Rakyat yang dilihat lebih memahami dan menghargai kedudukan kaum Cina di negara ini.
Perkembangan ini jelas membimbangkan UMNO kerana Pakatan Rakyat tentunya akan mengambil kesempatan ini untuk menumbangkan kerajaan pusat yang diterajui oleh UMNO.
Untuk meredakan ketegangan ini, DS Najib sebagai Timbalan Presiden UMNO dan BN telah memohon maaf secara terbuka hari ini. Beliau tidak menolak kemungkinan yang tindakan keras akan diambil kepada Datuk Ahmad Ismail atas kenyataannya sebelum ini.
Tentunya, parti-parti kaum Cina yang bergabung dalam Barisan Nasional sedang menunggu tindakan yang akan diambil oleh UMNO terhadap Datuk Ahmad Ismail. Tidak mustahil mereka akan meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat jika tindakan yang diambil oleh UMNO tidak memuaskan hati mereka.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
18 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
TAK LAMA LAH TU....
ReplyDelete8002 REBMETPES 61
AMRAK MUKUH
SETUJU BEBENOR NGAN AFLAH. MCA, GERAKAN DAN MIC MASUK JE PARTI KEADILAN RAKYAT. ALI RUSTAM PUN DAH CAKAP UMNO TAK PERLU UNDIAN/SOKONGAN DARI ORANG2 INDIA DAN CINA DI KONGRES PPP DI MELAKA.
ReplyDeletekalau dikaji betul2, bkn saja cina, melayu dan india pun ramai yang berstatus "pendatang yg menumpang". berapa kerat je yg betul2 rakyat malaysia yg ori :)
ReplyDeletezaman ni, apa jua yg diperkatakan, sume mata nmpk mcm dipolitikkan. bak kata tuan guru Nik Aziz, kalau wakil rakyat Pas takde rasuah, tu bermakna tak maju ke? kalau tak disabitkan dgn kes liwat atau rogol, tak maju ke? :)
percaya la, malaysia blm lg 'merdeka' tp umno mmg sdg lebur, mereka yg leburkan parti mereka sendiri.
Salam...
ReplyDeleteRamai lagi yang sependapat dengan ketua 'pekembar' bahagian bukit bendera ni...
Dalam pekembar, sentimen yang dimainkan memang berunsur sedemikian...
Waktu kat kampus dulu, asal menjelang pilihanraya saja, mula lah pekembar dan mca ni bertelagah, rebut kerusi lah, itu lah, ini lah...dan secara terang2an menafikan hak masing2...
Sebab tu lah, bila muncul tajuk ni, saye tak brape nak heran...
Hmm...alaaahai...
p/s : byk posting Aflah saye terlepas... baru pulang dari mengembara...hehehe! ;)
Assalamualaikum,
ReplyDelete1. Orang seperti Datuk Ahmad Ismail patut dibuang dari UMNO kerana mengeluarkan kata-kata sedemikian.
2. Orang seperti Datuk Ahmad Ismail, sebagai orang yang agak lama berkecimpung di dalam politik harus sedar komposisi Barisan Nasional yang terdiri dari pelbagai parti yang mewakili pelbagai kaum. Mustahil beliau tidak menggunakan akal sebelum berbicara. Tiada tempat bagi mana-mana ahli politik di dalam arena politik Malaysia sekiranya ahli politik tersebut tidak faham mengenai sensitiviti kaum.
3. Singkirkan sahaja orang seperti Datuk Ahmad Ismail yang memainkan sentimen perkauman. Penyingkiran Datuk Ahmad Ismail merupakan satu-satunya hukuman yang terbaik bagi UMNO dalam keadaan seperti ini. Hukuman dari segi wang ringgit atau penggantungan tidak memberi sebarang kesan, seperti juga permohonan maaf secara terbuka.
4. Jika disingkirkan, saya yakin tiada parti yang ingin mengambil Datuk Ahmad Ismail sebagai ahli parti.
5. Seperti biasa, Pak Lah mendiamkan diri.
* Hanya tiga belas (13) hari lagi sebelum DSAI mengumumkan Kerajaan Persekutuan yang baru.
:-(
ReplyDeleteSalam perkenalan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com
Sebagai orang melayu...saya menyokong penuh apa yang diluahkan oleh Datuk Ahmad Ismail....itu adalah satu luahan orang melayu yang tulen. Cuma...bahasa nya perlu diperindahkan lagi...."Orang cina berasal dari cina" hakikat ini semua orang cina kena terima. Tanah Melayu tetap melayu punya.Negeri Cina tetap cina punya....jangan marah ohh...ini kenyataan. Syabas Datu Ahmad Ismail diatas keberanian meluahkan perasaan yang terpendam.. INI BARULAH SEMANGAT"LELAKI MELAYU TERAKHIR" yang memperjuangkan Negara orang melayu...Melayu mau lari mana, kalau negara ni mau dikuasi oleh bangsa lain.
ReplyDeleteorang melayu bacalah..............
ReplyDeletePemimpin DAP, Lim Kit Siang memberi lima alasan mengapa permohonan maaf Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi pihak ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang telah membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap orang Cina, tidak bersesuaian, tidak memadai dan tidak boleh diterima........................lepas tu.....Lim berkata, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi juga harus memohon maaf kerana didakwanya cuba melindungi dan melepaskan Ahmad yang telah membuat kenyataan berbaur perkauman itu, dengan menyatakan ketua Umno Bukit Bendera itu tidak bermaksud apa yang dikatakannya dan beliau akan "memberitahu Ahmad supaya jangan mengulanginya".
Saya ni penyokong kuat anuar juga , tapi kalo dah cam ni...dah melampau. JANGAN PIJAK KEPALA ORANG MELAYU.
buaya emas...aku org melayu jugak, tp aku rasa ko salah baca la,sbb aku tau ko amik dari malaysia kini, aku pon baca jugak bende tu...aku tak nampak pon apa apa yang offending...sah mmg ko salah paham la....bila dah salah baca salah paham...lainkali belajor bahasa melayu elok elok, biar pahamkan betul betul ayat tu...
ReplyDeleteBILA ADA SISTEM PEMTADBIRAN KALIFAH-ORANG-ORANG ISLAM SAHAJA BERKUASA DAH TERANG LAGI BERSULUH.
ReplyDeleteKITA FIKIR.........................
ko jangan mengarut lah buaya emas. tanah melayu ni asalnye milik org asli. Org Bumiputera. Org melayu kat malaysia ni asalnye org jawa yang dtang dari sumatera. Kalau tak sebab parameswara lari kat tanah melayu ni. Belum tentu lagi malaysia ni wujud. Jadi takyah nak perasan lah yg kononnye org melayu ni penduduk asal tanah melayu. Belajar sejarah dulu...
ReplyDeleteTakdek bezanye org melayu ngan org cina ngan org india kat malaysia ni. Bezanye org melayu sampai awal je kat tanah melayu. Tp generasi yg ade skang seme lahir kat malaysia. So sape2 yg lahir kat malaysia ade hak sebagai rakyat melaysia tak kire lah bangsa ape pun.
Islam sendiri pun tak penah ajar sesuatu kaum tu jage kaum die sendiri je. Tp mazhab islam hadhari ni lain sket kan.. die jage kroni2 je...
to blacko...
ReplyDeleteengkau bangsa apa dan agama apa ya.
sori ler aku tanya sebab nama engkau tu ... nak kata nama melayu pun tak nak kata nama islam yang berbahasa arab pun tak.
so engkau pengdatang gelombang terakhir kot .
tapi aku mengiyakan isu engko tu
aku buta sejarah
dah semua sama ...jgn lah pertikai pulak
ada ker beza cina india melayu....di malaysia ini.
jawapan aku takder.
dalam semua sama. darah...saiz organ dalaman beza beza saiz.
luar sama.
hidung mata apa saja sama.
warna kulit...aku buta warna. korang tau beza beritau jerlah.
hal ugama.
sama, semua berugama. .
saja nak tanya boleh ker yang semua ugama kita sembah sama sama.
kalau boleh aku nak smbahyang cara kristian, esuk pergi tokong lusa nak gi kuil tulat aku posa balik.
makan... semua sama semua makan.
ah yang best raya tahun nih aku nak buat rendang babi.. maaf ye jgn marah. aku sama jer dengan yang lain
bahasa dan tulisan sama...semua orang ada bahasa dan tulisan
so aku setuju banyak sekolah ikut bahasa ... bahasa jakun, bahasa penan, bahasa negrito...kalau ad 30 keturunan ada 30 bahasa dan 30 sekolah alirann....
eeeee best nyer.
suasana pasar.. aku teringin semua sama jgn lah kita orang malaysia beza ..kalau aku nak niaga babi boleh ker blacko dan babi kalu jual biar lah sebelah dengan lembu dan ayam bahagian bersama daging, apa salahnyer... yang nak beli beli lah nak makan makan lah. tak usah asing.
kalau kata aku teruk...
aku jawab ..babi tak hina... memang keadaan dia mcm tu. yang hina manusia...sepatut nyer mulia tapi perasuah, penipu,kaki maki, gila kuasa..so aku tengok babi lagi mulia dari puak puak mana yang gila kuasa. ahhhh yg tu ada beza.
sejarah sama.. masing masing ada sejarah....
so blacko sedap nama tu ....bunyi world skit glam.
engkau datang dari mana....
aku... datang dari perut mak aku mak aku datang dari perut mak dia...seterus nye sampai dari perut mak segala manusia ...keluar dari HAWA
tapi yang perangai setan tu biasa lah setan dan iblis dah kencing lam perut mak dia.
nak kahwin kita jgn beza beza. semua ugama sama kahwin jer...ee lagi meriah nyer!!!!!!
so blacko.... eeh best semua sama mcm ko kata
eh eh ler betul tu intan. saya pun dah kaji betul betul.
ReplyDeleteaku rasa kita nih merampas hak penduduk asal. orang semang, orang jakun, orang senoi, orang negrito semua pribumi.
pandangan intan saya setju.... dan saya nak cadangkan 16 sept kita syor pada semua peminpin pakatan
lantik perdana menteri dari kalangan orang asli. menteri kabinet lantik ikit wakil bangsa
jangan hina orang asli....mereka pun hamba ALLAH.
belum tentu yang baca laman nih masuk surga...
jangan hina orang asli mereka di lahirkan tapi tak menyusahkan masyarakat pendatang termasuk termasuk aku termasuk intan
aku ....bangsa apa hah...tak kisah lah bangsa apa pun.....bangsa beruk pun baguih drpd bangsa manusia asyik bergaduh
sebenarnya lagi cepat depa menghina sesama sendiri lagi bagus...aku tau melayu pak turut tak kemana .
sebab tu lagi banyak blog blog berpuak aku pun suka...hina kutok, maki hamun penuh dalam tu....ibarat doa perkataan mereka.
lama lama makbul. ALLAH bagi tapi dia bagi dalam keadaan istidraj..kemarahan...
depa lambat paham cepat lupa.
yang mustahak aku pegang ugama.
jumpa lagi selamat petang
aku rindu new world order...bila depa nak masuk malaysia...lambat nyer
chalam
Wei Blacko.......black kau...hehe jangan marahlah.....aku ni memang buta sejarah....tapi..setahu aku ...bugis, jawa, buton, dan lain-lain tolak cina dan india...adalah rumpun melayu nusantara.....kau bacalah balik sejarah...tu....kau ni blacko melayu ke apa......aku orang asli lah. orang asli sabah....heheh....uwahhhhhh...maaf kalo salah. hati aku, jiwa aku jasad aku, mati aku...tatap orang melayu...walau melayu sama dari sabah, tetap aku gelar diri aku melayu.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDelete1. Kita lihat pada Islam itu sendiri, Islam tidak membezakan antara kaum. Semua manusia ada setaraf, justeru semua manusia perlu diberikan layanan yang sama rata.
2. Orang Cina dan India juga membayar cukai, mereka juga menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. Adakah mereka pendatang ? Ya jika kita labelkan generasi pertama mereka sebagai pendatang, tetapi tidak kepada generasi mereka pada hari ini.
3. Konsep Bangsa Malaysia merupakan satu konsep yang murni yang patut dijadikan sebagai matlamat jangka panjang negara tetapi pada pendapat saya ianya tidak dapat dicapai pada jangkamasa terdekat ini.
4. Alasannya terdapat pada diri kita sendiri. Sebagaimana yang telah saya katakan di dalam posting sebelum ini, kita telah dididik dengan sifat "perkauman" secara sedar ataupun tidak. Wujudnya SR(J)K, SM(J)K, SRK dan SMK serta sekolah berasrama yang beteraskan kaum telah mencacatkan minda kita sehingga konsep Bangsa Malaysia tidak boleh dicapai.
5. Sekiranya konsep Bangsa Malaysia hendak dicapai, semua pihak harus berkorban. Kaum Cina dan India hendaklah bersedia untuk melupuskan semua jenis SR(J)K dan SM(J)K. Orang-orang melayu juga harus bersedia untuk membuka tempat yang lebih luas bagi kaum bukan melayu di sekolah-sekolah berasrama penuh secara beransur-ansur. Matapelajaran yang dahulunya diajar di SR(J)K dan SM(J)K boleh diajar di sekolah yang standard bagi semua anak-anak Bangsa Malaysia.
6. Kita sebenarnya harus mencontohi Amerika Syarikat di dalam aspek asimilasi kaum. Sebenarnya di Amerika Syarikat terdapat lebih banyak kelompok kaum, tetapi mereka semuanya tertakluk kepada satu sistem pendidikan, satu sistem ekonomi. Tidak ada sekolah khas untuk Hispanic, sekolah khas untuk Chinese dll. Tidak salah kita menerima apa yang baik dari Barat.
7. Pada waktu ini, tiada satu parti politik pun, pada pendapat saya yang betul-betul memperjuangkan konsep Bangsa Malaysia.
mr crower,
ReplyDeleteagreed 100% . no comment.
salam
CROWED.... Betul ke kajian ini yang dibuat oleh USM, keliru juga ye.....dibuat nyerr.......
ReplyDeleteMENJEJAK ASAL USUL MELAYU DI SEMENANJUNG - Oleh Sdr.Iljaf
Judul diatas adalah satu kajian yang dilakukan oleh Pusat Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia yang dimulakan sejak Januari 2006. Saya rasa menarik sekali judul ini kerana bertepatan dengan jiwa saya yang meminati bidang ethnology. Lebih-lebih lagi bersangkutan dengan dunia MELAYU. Saya rasa jiwa saya sangat kental dengan semangat KeMELAYUan. Dibawah adalah sedikit dari data kajian yang diperolehi seperti disiarkan akhbar (koran) Berita Mingguan.
Kajian ini cuba membuktikan beberapa perkara iaitu: Benarkah Melayu Kelantan adalah kumpulan Melayu pertama yang mendiami Semenanjung? Adakah orang Melayu asli berkulit sawo matang, rambut ikal, mata kecil dan mempunyai rahang yang kecil? Benarkah kerana perkahwinan campur menyebabkan tidak ada lagi Melayu asli di Semenanjung?
Hasil awal yang diperolehi mencadangkan suku Melayu Kelantan adalah suku Melayu yang masih tulen. Ini kerana Melayu Kelantan masih memelihara keturunan mereka tanpa banyak berlaku perkahwinan campur. Selain itu, suku Melayu Kelantan juga dikatakan suku pertama yang membuat petempatan di Semenanjung.
Kajian mereka mendapati wujudnya kepelbagaian corak DNA yang terdapat dalam Masyarakat Melayu moden hari ini yang mungkin berlaku kerana percampuran dengan orang Arab, Cina, India dan Thai. Ini menyokong fakta sejarah yang pernah menyebut Kerajaan Melayu Melaka satu ketika dulu adalah kerajaan yang gemilang dan kedatangan pedagang dari China, India dan Arab menyebabkan berlakunya perkahwinan campur.
Budaya melayu juga dikatakan ada persamaan dengan suku Naga yang menetap di perbatasan Myanmar/India. Malah melalui ujian DNA, dikatakan ada satu penanda didalamnya yang hanya biasa ditemukan dalam populasi di India.
Dikatakan terdapat 14 sub etnik Melayu yang mendiami Semenanjung iaitu:
i . Melayu Kelantan (Melayu yang masih asli) di Kelantan
ii. Melayu Yunan di Terengganu
iii. Melayu Minang di Negeri Sembilan
iv. Melayu Aceh di Perak
v. Melayu Mandailing di Perak
vi. Melayu Rawa di Perak
vii. Melayu Riau di Johor
viii. Melayu Bugis di Johor
ix. Melayu Kerinci di Selangor
x. Melayu Champa di Perak, Kedah dan Kelantan
xi. Melayu Jawa di Johor dan Selangor
xii. Melayu Jambi di Johor, Selangor dan Perak
xiii. Melayu Batak di Perak dan Pulau Pinang
xiv. Melayu Banjar di Johor, Selangor dan Perak
Lebih menarik, kajian ini membuktikan Orang Asli di Semenanjung bukan tergolong dalam satu keluarga Austronesia dengan orang Melayu. Sebaliknya mereka menyatakan Orang Asli di Semenanjung berasal dari Afrika yang berhijrah sejak 40 ribu tahun dahulu ke Semenanjung dan seterusnya ke Papua New Guinea (pulau-pulau Polynesia) dan Australia. Bagi saya, dakwaan ini ada benarnya kerana Orang Asli di Semenanjung berambut kerinting dan berkulit gelap persis orang Negro. Bezanya rambut mereka lebih lebat.
Sama-sama kita menanti hasil kajian ini yang dijangka selesai pada 2008.
buat lah uji kaji apa pun.....tapi kalau perangai mcm hamlau tak guna juga....
ReplyDeleteyang perangai nya hamlau nih, agak nya mak ayah dia orang tak baca doa sebelum berjimak dulu ...main terjun... dia kan nampak iblis pun terjun tumpang sekaki.........
silap silap haribulan researcher tu terjumpa dna iblis bertanduk tengah tersenyum.... mata satu pulak tu.