SIAPA PUNYA KERJA?

Malaysiakini melaporkan, PKR telah menafikan akan menganjurkan sebuah perhimpunan di Istana Negara esok sempena menyambut Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "perdana menteri keenam".

Beberapa buah poster telah disebarkan di beberapa buah tempat di ibu kota bagi memaklumkan perhimpunan tersebut kepada orang ramai. Penyebaran poster-poster ini telah menimbulkan kekeliruan di kalangan penghuni ibu kota.

Setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim hari ini menafikan kesahihan poster tersebut dan meyifatkannya sebagai suatu usaha terdesak ‘pihak tertentu’ yang mahu menimbulkan kekacauan dan kebimbangan serta mencetuskan ketidaktenteraman awam kepada warga penduduk Kuala Lumpur.

PKR telahpun membuat laporan polis mengenai perkara itu pada 12.30 tengah hari tadi.

Nur Aflah : Siapakah ‘pihak tertentu’ itu? Ada yang kata poster itu sudah lama dibuat bagi menyambut 916. Oleh kerana 916 ditunda, ada pula tangan yang gatal menampal poster itu bagi melepaskan geram kerana 916 tak jadi. Itu kata orang yang kita TAK BOLEH percaya langsung. Sekarang ini, banyak sangat khabar angin sampai pemimpin cemas, rakyat rimas dan negara lemas!
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. There is a song by Ronan Keating entitle "If Tomorrow never Come". so untuk mententeramkan jiwa raga. If you have time ..dh9753

    ReplyDelete
  2. KITA AJAK BERBUKA BERSAMA,LEPAS PASANG POSTER.BAGUSLAH TU ,DULU TIADA POSTER.
    MAKNA BETUL TUUUUU.........

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Betul tu Aflah..segala-galanya nampak melemaskan dan membosankan..

    Entah bila segala-galanya akan berakhir dan menjadi sediakala.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.