MALAYSIAKINI : PM NAFI KAITAN ROMBONGAN DENGAN 16 SEPT?

Merujuk kepada laporan Malaysiakini yang bertajuk PM: Agong puas hati dengan k'jaan BN.

Dalam laporan tersebut, PM telah menafikan kaitan antara rombongan ahli Parlimen BN ke luar negara dengan pelan 16 September. Beliau dipetik sebagai berkata :

"Kalau mereka nak pergi, biarlah mereka pergi, apa nak hubung kaitkan dengan September. Mereka bukannya orang yang nak melompat daripada BN."

Terlalu sukar untuk dipercayai jika rombongan yang dianjurkan oleh BNBBC ke luar negara tidak berkaitan langsung dengan pelan 16 September.

Biar apapun alasan yang diberikan oleh PM ataupun Timbalannya, rombongan yang secara tiba-tiba dianjurkan itu sudah cukup menjelaskan kepada kita bahawa itu adalah kaedah terbaik kerajaan BN untuk menggagalkan usaha Anwar mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.

Dengan cara itu juga, mudah bagi PM dan TPM mengenalpasti mana-mana ahli parlimen BN yang kelihatan liat ataupun ingin mengelak daripada menyertai rombongan itu. Ternyata surat akujanji yang ditandatangani oleh ahli parlimen BN beberapa hari yang lalu tidak cukup untuk meyakinkan PM dan TPM.

Semalam, Anwar telah berlepas ke Indonesia. Apa pula yang sedang dirancangnya kali ini? Mungkinkah ada kejutan baru?

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. Assalamualaikum,

    1. PM nafi akan kahwin - tidak sekali

    2. PM nafi Parlimen akan dibubarkan (PRU lepas punya cerita) - keesokkannya dibubarkan

    3. PM nyata harga minyak akan naik dalam bulan ogos - sebelum ogos terus naik

    4. PM jamin harga barangan terkawal - tak terkawal, naik sehingga sekarang walaupun harga minyak makin menurun

    5. PM nyatakan penstrukturan harga minyak akan berlaku seawal 1hb September - harga minyak distruktur semula sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh

    6. Retreat bulan Puasa ? Come on la, kalau nak retreat boleh dibuat mana-mana, kenapa mesti ke luar negara ? Dalam bulan ramadhan, kalau nak buat retreat kan lagi molek kalau semua buat umrah ? Lagi tenang jiwa.

    ReplyDelete
  2. Negara Malaysia dah hancur.... lagi nak pergi cuti kat luar negara...PM tak dapat nak pimpin negara lagi...ekonomi dah merosot teruk... salah siapa?

    ReplyDelete
  3. Hi everyone,

    Everything is a coincidence. This overseas trip is a coincidence, the sumpah laknat on eve of PP nomination is a coincidence, the Bandar Utama land for public amenities is such a great coincidence that only Gerakan and MIC know that such land are available for plunder, etc., etc. ...

    ReplyDelete
  4. Malaysia belum hancur lagi kalau hancur kita semua dah tak ada , ekonomi pun masih teguh kalau tak teguh takkan kita masih mewah membeli makanan di pasar ramadhan dan shooping komplek , kah , kah, hua hua hua ,kah kah .....maimiarai.

    ReplyDelete
  5. jadi PM pun bangang. Kaki tidoq. apa bala pun tak tau. 16 Sept, dia tau. asyik nak tipu rakyat je. Pak Lah Pee Mampus lah.

    ReplyDelete
  6. PM support "cuti-cuti Malaysia" tu...kih..kih..kih..bulan puasa tu...tak tahan sey..!!

    takyah la duk takut sangat ngan dsai tu..takut ngan malaikat Jibril lagi bagus..duk intai kita setiap 21 minit skali tau?=)

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.