JANGAN KERAS KEPALA!


Hari ini, Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail menjadi tumpuan media kerana beliau menyatakan pendiriannya tidak akan memohon maaf berhubung kenyataannya sebelum ini yang menyatakan “Kaum Cina adalah pendatang di negara ini”.

Secara peribadi, saya mengaku yang saya juga ‘terasa’ dengan kata-katanya itu kerana asal-usul keturunan saya sememangnya datang dari negara China. Moyang saya berhijrah ke negara ini sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Kehadiran kami di sini kerana Empayar Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Negara China dan hubungan itu dikukuhkan lagi dengan perkahwinan Sultan Melaka dengan Hang Li Po. Sejarah mencatatkan, Empayar Melaka memerlukan bantuan dan perlindungan Kerajaan China daripada ancaman tentera Siam.

Selepas Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris, para penjajah telah membawa masuk ramai buruh asing dari China dan India untuk bekerja di Tanah Melayu. Ada di kalangan buruh-buruh itu yang telah pulang ke negara asal dan ada juga yang memilih untuk terus tinggal di bumi yang bertuah ini.

Sebagai bangsa yang dipanggil ‘kelas kedua’, kami sedar yang tiada jalan lain untuk mendapatkan keselesaan hidup melainkan dengan berusaha bersungguh-sungguh dan menggunakan segala peluang yang ada.

Saya masih ingat kisah datuk saya yang tinggal di perkampungan Melayu. Dia mengusahakan perniagaan garam dan taraf kehidupannya pada waktu itu tiada bezanya dengan kehidupan orang Melayu di kampung itu.

Berkat kegigihannya menyimpan wang, dia berusaha mengembangkan perniagaannya dengan mengusahakan tanah-tanah terbiar orang kampung dengan berkebun dan menanam getah. Lama-kelamaan, perniagaannya terus berkembang dan dia berjaya membangunkan sebuah estet serta perniagaan lain.

Hubungannya dengan orang kampung sangat baik dan namanya terus dikenali oleh orang kampung itu sehingga ke hari ini. Setiap kali kami pulang ke kampung, orang-orang tua di kampung itu tidak pernah lupa mengirimkan salam kepada nenek kami. Bagi mereka, kami sudah menjadi sebahagian daripada keluarga orang-orang kampung di situ.

Malah, ada yang menitiskan air mata ketika menceritakan kisah hidup mereka bersama-sama dengan datuk saya pada waktu dulu. Tiada langsung sentimen perkauman antara mereka. Hubungan akrab itu sudah cukup menjelaskan kepada saya betapa harmoninya kehidupan mereka biarpun mereka berbilang bangsa dan agama.

Kebetulan, datuk saya juga adalah antara ahli MCA yang awal dan sama-sama berjuang untuk menuntut kemerdekaan di negara ini. Sejarah juga mencatatkan, negara ini mudah mendapat kemerdekaan daripada British kerana bangsa Melayu, Cina dan India dapat bersatu dan saling berkompromi untuk membentuk kerajaan Tanah Melayu. Atas dasar kesepakatan itu, British tidak teragak-agak memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Sejak merdeka, kerajaan Barisan Nasional dapat memerintah negara ini kerana terdapatnya persefahaman dan kerjasama dari pelbagai parti yang bernaung di bawah Barisan Nasional. Orang Melayu melalui UMNO tidak mungkin dapat memerintah kerajaan pusat sekiranya UMNO tidak mendapat kerjasama daripada parti-parti lain.

Hubungan baik antara pelbagai parti dan kaum dalam Barisan Nasional perlulah diteruskan. Semua kaum yang bernaung dalam Barisan Nasional perlu sentiasa bertolak-ansur dan mengelak daripada memainkan sebarang sentimen perkauman. Toleransi dan semangat perpaduan ini perlu dipelihara dan bukannya dihuru-harakan.

Memohon maaf adalah perkara yang mudah tetapi kekadang ianya sukar untuk dilakukan. Begitu juga dengan memberi maaf. Ianya juga perkara yang mudah tetapi kekadang sukar untuk dilakukan.

Bak kata pepatah “luka boleh sembuh tetapi parutnya mungkin ada”

Keenganan Datuk Ahmad Ismail untuk memohon maaf tidak akan merugikan UMNO ataupun menguntungkan kaum Cina. Keenganannya itu hanya merugikan Barisan Nasional dan menguntungkan Pakatan Rakyat pada masa kini.

Mungkin juga keengganannya itu untuk menyampaikan mesej kepada Pak Lah yang UMNO Pulau Pinang takkan tunduk pada perintahnya lagi.

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

14 comments:

  1. Tak habis habis dengan agenda perkauman, sampai bila yb2 bodoh nak berhenti pecah belahkan perpaduan rakyat berbilang kaum Malaysia yg cintakan kehamonian dan keamanan ini? ...bosan...

    ReplyDelete
  2. kalau kaum lain kutuk melayu tak apa , tapi bila melayu kutuk kaum mereka heboh satu dunia tuduh orang melayu/UMNO perkauman . Sesekali apa salahnya pulang paku buah keras.

    ReplyDelete
  3. ahmad ismail sepatutnya dikenakan akta hasutan. atau pun di ISA kan kerana menganggu gugatkan keharmonian berbilang kaum.

    ReplyDelete
  4. Oit Aflahh,WAhahaha..

    Gua rasalah kann...kitorang semua yg duk cerca2 nih,gua rasa sorang pun taktahu ucapan penuh datuk penang tuuu...tup2,kuar statement "Orang Cina hanya pendatang sementara...".

    Pelik tapi benar,orang2 kita...baik melayu,cina,india..apa2hal kutuk duluuu...hujung pangkal taktau apa punnn...Ni biasaaa!Sudah amalan kitaa...sebati jiwa dan ragaa!Hmmm..macam kes amanat Ustaz Hadi (masa nak dkt2 election tuuu..)

    So...nak judge apa2,ianya akan jadi bodoh dan merapu bila environment yang judge!Environment yang ntahapahapa...ntah dtg dari manaa...Ambik sekerat!Kutuk...Yess!

    Datuk ni cakap gitu, mesti ada point2 penting yg dia nak kata...Racist kah dia?Gua tak nampak pun cop racist kat dahi dia...

    Tgk US yg sejak declaration of independece 1817...bape lama diorang nak membentuk AMERICAN tu sendiri. Sapa asalnya yg duk kat Amerika sebelum tu?bukan ke pribuminya Red Indian ke?Ehhh..tiba2 dtg mat saleh,istihar Merdeka!Merdeka!Merdeka! kat Amerika...Apa pun,tak pelik...pasal pribumi amerika pun masa tu pakai cawat je,siap muka ada loreng2 belang tarung lagi!

    Melayu,Cina&India...untuk Malaysian??Mungkin 100thn lg...Survival Melayu tidak cukup kuat utk ituu...Lagipun kita kena ada pemerintah sedasyat Sukarnoe kot..Hahahaha

    Non-Malay nak cover Melayu?Lu check jobstreet/jobstar...cuba tgk2 advertisement ->Prefer;Chinese...Mandarin!Haiyaaa...
    Sis Teresa Kok kita,pasal bahasa jawi pun nak argue?Apahal???


    Aflah!
    Tok kepada bapak gua asalnya Naratiwat,takde i/c sampai ke mati punnn. Mertua gua (ehhh bakal!) eurasian (non-bumi) gakkk...

    Inilah best blogsphere...even kita berkawan,tak semestinya kita sependapat!Hahaha...

    Ops..Si tambi & Mat Credit tak komen2 lagi arr..hahaha!Ishhh..

    Ishh..dkt 15minit gua tulis nih,byk point2 best nih!senang2 gua tulis pasal ni kat blog guaa...BUSY!BUSY!BUSY!

    Ops,Bro Rocky Din...ISA?? Tak relevannn dahhhh...

    +Talk...When We Need To Talk!
    +Lady Dark kirim salam!

    Roger!

    ReplyDelete
  5. apakata jenguk jenguk laman hussin lempoyang, penilaian kritis dalam laman ini sekurang kurang nya dapat kita melihat sesuatu isu itu lebih konstruktif.

    salam

    ReplyDelete
  6. pru 13 aku nak tanding parti bebas...jom ramai ramai tanding atas parti bebas ..senang jer ikut ibrahim ali......aku nak dok sebelah dia... tapi itu pun kalau dia bertanding lagi.....

    pening ikut parti parti besar ni....'

    logo boh gambar aflah pun boleh....

    tapi kecik jer ....kalau tak pun aku pakai logo cap durian....kulit tajam isi sedap....semua bangsa pun suka...termasuk gajah dalam hutan.

    gurau gurau juga...tapi duit daftar kena 15000... kalau kalah....tak bertanding dah

    he he

    salam

    ReplyDelete
  7. pemimpin umno memang bongkak!

    ReplyDelete
  8. bila kalah kat penang, semunya salah koh sukun. padan muka kau sukun. bersekongkol dgn parti haprak. keluar saja dari BN. pasai UMNO bole idup sorang diri. Mana nak letak muka2 gerakan? tak tau malu ke?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    1. Masalahnya di sini adalah "orang itu" bercakap di atas kapasiti ahli UMNO semasa kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh berkempen pula untuk calon Barisan Nasional. Barisan Nasional pula terdiri daripada komponen MIC, MCA dll.

    2. Perkataan "Pendatang" tak sepatutnya digunakan khususnya apabila membincangkan tentang hak-hak yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

    3. Saudara aboo menulis :- "Melayu,Cina&India...untuk Malaysian??Mungkin 100thn lg...Survival Melayu tidak cukup kuat utk ituu"

    Pendapat sebeginilah yang akan menghancurkan orang Melayu.

    4. Saudara Aboo menambah :- "Non-Malay nak cover Melayu?Lu check jobstreet/jobstar...cuba tgk2 advertisement ->Prefer;Chinese...Mandarin!Haiyaaa..."

    Kenapa ? Takut pada cabaran ? Bodoh sangat ke Melayu sampai tak boleh belajar bertutur Mandarin ? Saya bekerja sebagai Penasihat Undang-Undang syarikat di bahagian Utara di mana 90% pekerjanya berbangsa cina. Saya diberikan kepercayaan untuk menjaga hal undang-undang syarikat kepunyaan pengusaha berbangsa Cina dan saya merupakan bangsa Melayu tunggal yang berada di dalam kategori pengurusan kanan. Bukan untuk membangga diri, tetapi sekadar ingin menunjukkan tidak ada yang mustahil sekiranya kita berusaha.

    ReplyDelete
  10. Salam...

    Saya setuju ape yang ABOO cakap...

    Saya jgk setuju ape yg CROWER cakap...

    Dua2 betul...

    Dari saya : isu perkauman ni hanya dimainkan oleh media dan para pemimpin (kerajaan atau pembangkang) atas kepentingan atau survival mereka sendiri... tak boleh salahkan mereka seratus peratus atas permainan ini kerana kalau mereka tak berfikir pasal survival sendiri, siapa yg nak tlg fikirkan?

    Dari saya : cuba kita amik masa tengok sekeliling kita, kawan2 kita, jiran kita, mungkin jgk ada kaitan saudara (terkahwin or ape2 lah), mereka bukan dtgnya dari satu kaum... malah pelbagai kaum... saya ada kawan cina, kawan india, kawan asal dari pulau timur timor, kawan drpd suku sakat MILF di filipina, kawan kadazan dusun, kaum murut, dan macam2 lagi, semuanya hidup saling bergantungan dan sangat harmoni...

    Dari itu, saya ingin jelaskan di sini, mereka (segelintir pemimpin kerajaan dan pembangkang serta media) yang bersifat perkauman dan jg kalau bkn pun, mereka sengaja memainkan api perkauman tersebut!

    Habissss...
    Titik....
    Khalas...
    Full stop...

    p/s : kalau sesape nak tau saya ni bangsa/kaum ape, kang saya jawab... sebab, saya cuma tau saya bangsa Malaysia, hasil campuran beberapa suku kaum, yg kadang2 saya fikir pun macam tak masuk akal... tapi, saya bertutur Bahasa Melayu, mengamalkan cara hidup dan budaya melayu, dan saya suka!!!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum(salam sejahtera maksudnya)...sebagai org beragama islam itu lah yang patut saya mulakan dulu bagi m'intro diri saya ke dalam diskusi ini.bukan kerana saya melayu.bukan.

    “luka boleh sembuh tetapi parutnya mungkin ada”

    Saya tertarik dgn pepatah MELAYU yg digunakan saudari ini...macam kena dengan org melayu sekarang yang banyak kali sangat terluka oleh perlakuan kaum lain tetapi ditahan..tahan dan tahan lagi hati...

    "Sepatutnya pemimpin siasat dahulu dan jangan sebab nak jaga hati bangsa lain, maka mereka buat kenyataan yang menyakiti hati orang Melayu."

    "Apa salahnya orang Melayu bangun? Kalau kita cakap sekali, riuh se-Malaysia. Jangan ingat orang Melayu lemah"

    Sejarah adalah sejarah...satu-satunya bukti yang menerangkan asal usul kita..tulisan jawi kita..
    dan terpadamnya sejarah terpadamlah bukti yg menerangkan bahawa "British lah yang membawa masuk orang Cina dan India untuk bekerja di lombong serta ladang di Tanah Melayu."

    Tapi tidak mengapa..selagi boleh membawa kebaikan kepada Tanah tempat kita berteduh ini..kita berkorban sedikit.Hidup bertoleransi dan bantu membantu sambil mengharapkan agar budi yang diberi budi yang dibalas...

    Kalau budi tidak terbalas..cukuplah sekadar dihormati..dikenang jasa...kerana Melayu ini lembut..baik hati..langsung senang dipijak..

    ~jika isu perkauman di bangkitkan..memang tiada penghujung tiada noktah.
    apabila hal ini tidak dapat dikawal lagi..dengan sendirinya sedikit demi sedikit agama diambil sebagai jalan penyelesaian..kerana Islam itu mudah dan adil untuk semua..~(^_^)~

    ReplyDelete
  12. "I think that only daring speculation can lead us further and not accumulation of facts"~Einstein=)

    ReplyDelete
  13. Salam..

    fuhh... berat beb..berat... isu ni bagi sy agak berat untuk dibicarakan kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan perpecahan bagi yang tidak memahami, cuma 'pendatang' yang digunakan tidak sesuai, bagaimana pula dengan 'pedagang' cina dan india yang telah lama menetap di bumi bertuah ini sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi, kaji sejarah beb, siapa yang membawa Agama Islam ke bumi bertuah ini.. sapa...?? kaji beb kaji.. jangalah ada perasaan syak atau buruksangka terhadap bangsa dan kaum lain, apa yang hendak dibangakan dengan kaum dan bangsa.. cukuplah sekiranya kita sebagai umat Islam menghayati dan memahami maksud firman Allah dalam Al Qur'an surat Al-Hujuraat ayat 13 : “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.