BERANINYA KHIR TOYO


Memetik laporan Malaysiakini mengenai laporan polis yang dibuat oleh Dr Siti Mariah Mahmud ke atas Dr Khir Toyo berkenaan isu azan yang disiarkan oleh akhbar Utusan.

Dr. Khir Toyo dipetik sebagai berkata :

“Laporan sudah dibuat, biar polis siasat, (saya) tidak pernah pun menyebut nama naib pengerusi DAP itu, tetapi hanya menyebut “parti-parti tertentu”. Jadi, terpulanglah pada dia (Teresa),”

Beliau yang juga ketua pembangkang Selangor menegaskan bahawa petisyen itu benar-benar wujud dan beliau sendiri ada melihatnya dan isu ini pernah ditimbulkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Manakala Dr. Siti Mariah yang ditemui selepas membuat laporan polis menafikan isu azan telah dibahaskan oleh (ADUN Sri Serdang), Datuk Satim Diman dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor seperti yang didakwa oleh Dr Khir Toyo.

"Pagi ini saya telah terima satu hansard dari Speaker - muka surat 44 hingga 49 iaitu catatan perbahasan Datuk Satim - tidak ada langsung timbul mengenai laungan azan, sedangkan dalam kenyataan Dr Khir, beliau mengatakan PKR dan PAS tidak berbuat apa-apa bila perkara itu timbul," ujar Dr Siti Mariah.

Beliau juga mempersoalkan kebenaran tulisan blog pembelamelayu.com yang mendakwa Teresa Kok telah menyokong petisyen penduduk membantah azan di Puchong dan petisyen itu telah diserahkan kepada Satim Diman untuk dibawa ke sidang DUN.

Nur Aflah : Anda berani kerana apa?
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

13 comments:

  1. Sarimah ingin kembali menyanyi?

    LAGU YANG AKAN JADI HIT DAN MENJADI SIULAN ANAK MUDA IALAH "KEPALA HOTAK KAU"

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Saya telah bertanya perihal ini dengan kakak saya... beliau terlibat secara langsung dengan perihal laporan polis yang dibuat oleh Dr Mariah ini...

    Rasa saya, mereka telah membincangkan isu tersebut dengan lanjut dan apa yang dibuat (laporan tersebut) adalah atas keputusan ramai (dalam perbincangan)...

    Bukan keputusan individu...

    Mereka cuma buat apa yang mereka fikirkan betul atas keputusan bersama...

    p/s : kalau mereka salah dan terlepas pandang, maka tegurlah... berikan mereka cadangan...

    ReplyDelete
  3. macam-macam hal. Perkara ini semua bertambah mengusutkan lagi akal dan fikiran rakyat selangor. Apa-apapun, eloklah diselesaikan dgn bijak dan berhemah.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Mari kita kerjakan si TOYO yang tak sedar diri ni. Dia ni dah meracau sebab hilang kuasa kut. Ini lah pemimpin yang kita ada, belajar sampai university tapi otak beku. Nak buat apalah UMNO simpan dia ni lagi, suruh jaga negeri pun kena guling dengan rakyat. Bagi peluang jadi pembangkang buat pula perangai yang rakyat tak berkenan. Jangan ingat duit banyak boleh buat suka hati je, sedar dan insaf la jangan jadi perosak. Buat lah perkara yang membena sikit. Tak payah la nak jadi hero konon, orang kampong dah tahu. dh9753

    ReplyDelete
  6. Salam.
    1. Laporan polis yang dibuat bukanlah untuk mempertahankan atau membersihkan Teresa daripada apa jua kekhilafan yang dilakukan beliau sama ada secara sedar atau tidak, sama ada secara sengaja atau tidak.

    2. Laporan polis itu juga bukan untuk menghukum Dr. Mohd. Khir Toyo.

    3. Laporan polis itu jelas satu keprihatinan kita terhadap "pergeseran kaum" yang sudah semacam didoktrinkan kepada minda dan rasa rakyat selepas PRU-12 ; yang kita lihat wujud semacam satu usaha provokatif terhadap ummat Islam dan Melayu. Membangkitkan ammarah kerana (kononnya) Islam khususnya dan Melayu amnya sedang menghadapi ancaman penghinaan dan penghakisan dalam semua sudut. Baca Utusan Malaysia, 9 Sept. 2008 muka surat 7 - saya sendiri marah kepada Teresa dengan "kelancangan" nya tetapi bila disiasat sendiri kepada beliau, ternyata beliau terkejut dan menafikan. Saya mengenali Teresa sejak PRU-10. Jadi dengan terkejutnya beliau, saya kira ada sesuatu "perancangan jahat" sedang ditimpakan ke atas beliau oleh pihak-pihak tertentu agar terus membenci YB. Teresa ini. Terpulang kepada persepsi pembaca yang lain.

    4. Laporan polis itu adalah satu usaha yang dapat kita buat bagi memberi mandat kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Justeru kerana kedua-dua pihak yang terlibat iaitu Dr. Khir Toyo dan Teresa MESTI berhujjah bagi mempertahankan "kebenaran" yang masing-masing mereka percaya. Lantaran kerana kita tidak punya kuasa untuk terus "menyelongkar" sebarang atau apa jua bukti yang ada.

    5. Dr. Khir Toyo jelas dilihat seolah secara terancang mengatur agenda : kata dan langkah untuk hanya satu tekad...MENGHILANGKAN KEPERCAYAAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN PAKATAN RAKYAT BAGI NEGERI SELANGOR. Penat kita berjuang untuk menumbangkan kedzaliman BN. Jadi apakah kita tegar untuk sama terlibat dalam memusnahkan kejayaan kita setelah mereka itu tumbang. Kebimbangan saya bagi Selangor, penyokong-penyokong dan ahli PR akhirnya nanti mendapat saham dalam menjatuhkan Kerajaan PR di Selangor hanya kerana "termakan" fitnah dan perancangan jahat ini. Realitinya yang mesti kita usaha, garap dan tancapkan pada minda dan hati budi ummat Melayu dan Islam ialah : MASA UNTUK BERUBAH. MASA UNTUK MENUKAR BAHTERA. DARI UMNO KEPADA PAS. Kerana, jika benarlah UMNO prihatin terhadap kononnya "ancaman dan penghakisan" ke atas Melayu dan Islam ; maka MENGAPA hanya mahu PAS beralih arah menyertai mereka? MENGAPA TIDAK MEREKA? Justeru PAS punya kedua-dua kekuatan iaitu MELAYU DAN ISLAM! Sedangkan UMNO jelas hanya satu iaitu BANGSA MELAYU. Hakikatnya para pembesar Melayu itulah yang sudah mencemar dan melunturkan budaya dan adab luhur tinggi sopan santun bangsa Melayu. Bila mana semakin tegar dan sedar; lebih suka hidup dengan gaya PENJAJAH (baca BARAT) berbanding gaya hidup nenek moyang mereka.

    Cukup di sini dulu.

    -aiman

    ReplyDelete
  7. pelik juga, kenapa tak exco yb hassan ali yang repot, kan lebih tepat. tak faham den??????????????????????????

    ReplyDelete
  8. Jangan menyokong membuta tuli dan jangan juga mengiakan apa yang di buat oleh Dr Mariah tu...nak tahu lebih lanjut, pergi lah tanya AJK Surau yang dimaksudkan oleh Dr Khir tu...sebenarnya anda semua tak tahu sapa YB Teresa sebenarnya... tak nampak ke bergayanya beliau dekat papan tanda yang nak ditukarnya...itu bukan gambar bohong...di Selangor ini banyak dah beliau bercakap mengarut...lebih-lebih lagi tentang nak ternak babi tu...Fikirlah Dr mariah dan orang melayu yang dekat dengan anda itu...siasatlah apa yang Dr Khir cakap tu..khir bohong ke atau Mariah yang menegakkan benang basah...

    ReplyDelete
  9. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Cik Nur
    Alhamdulilah dan syabas kepada Dr Khir menimbulkan kes laungan azan walaupun dinafikan pihak tertentu terutama ahli DAP .Bagi saya kesedaran untuk menepikan angan-angan pihak Ahli DAP untuk menyekat laungan azan harus disekat sama sekali.Dan ahli PAS terutama Dr Mariah yang membuat report polis, pleaselah lain kali refer kat Dr Hassan Ali dahulu , jangan nak jadi jaguh pulak ,perihal angan -angan menyekat laungan azan oleh pihak ahli DAP harus diambil serious oleh ahli Parlimen maupun ahli adun PARKATAN RAKYAT yang beragama islam. So Cik Nur nasihatkan Dr. Mariah supaya tarik balek report Polis itu demi kesejahteraan agama islam.

    ReplyDelete
  10. Aku tak fahamlah kenapa melayu sanggup mempertahankan Cina dan sanggup bergaduh sesama Melayu di sebabkan perbezaan politik , ya Allah bukakan lah pintu hati mereka-mereka ini (orang melayu ) supaya kasih sesama Islam.

    ReplyDelete
  11. geram betul, si khir toyol yang rasuah teruk-teruk ni masih boleh bebas dan cube mencetuskan isu keagamaan demi ketamakan diri.

    moga-moga 16/9 or 20/9 / pelan Saudara Anwar dapat dijayakan

    ReplyDelete
  12. Its not that the Melayu wants to mempertahankan orang Cina....

    These Melayu's want to right what is wronged....

    Faham...?

    Chinese people not a problem or an issue coz the Melayu still have all....... the bumiputra rights & convience & advantages !

    Who started this issue first? You tell me.....!

    Who.......... ???

    ReplyDelete
  13. September 12, 2008 10:26 AM

    refer to above date.

    who start the issue ?

    alahai senang jer jawapan.

    individu individu terbabit...la

    so pada aku umno pas pkr dap atau mana parti kecik termasuk akim

    mereka tak bersalah.. itu hanya parti...nama jer.

    macam mana2 parti....

    kalau individu yang silap. individu tu lah bersalah.

    sebut jer nama individu,...yang bersalah...hukum jer individu.

    macam orang anggap pendatang indon banyak buat masaalah ....yer ker semua...tak.. yang salah hanya yang melakukan jenayah ...tak baik kata semua orang indon yang datang sini buat jenayah...

    pasal kak mariah buat lapuran polis buat jerlah.....???????????

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.