ANWAR TERPAKSA AKUR

Merujuk kepada laporan Malaysiakini yang bertajuk Pilihanraya awal jika Pakatan ambil alih kuasa.

Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk mengadakan pilihanraya umum awal jika ia mengambil alih kuasa untuk mengikis kebimbangan ianya tidak demokratik dan tidak beretika.

Naib Presiden PKR, R Sivarasa memberitahu Malaysiakini bahawa pilihanraya baru akan diadakan dalam tempoh enam bulan hingga setahun selepas Pakatan menguasai Parlimen.


Dalam posting saya sebelum ini, saya telah menyentuh perihal tuntutan mengadakan pilihanraya awal jika Pakatan Rakyat berjaya dalam misi 16 Septembernya.

Ramai juga yang ingin tahu pendirian saya tentang Misi 16 September. Secara peribadi, saya tidak setuju dengan perbuatan melompat parti kerana perbuatan sebegitu boleh mengundang ketidakstabilan politik negara. Saya khuatir jika perbuatan melompat parti akan menjadi satu budaya baru dalam amalan berpolitik di tanahair ini. Saya fikir, DS Anwar Ibrahim sendiri juga bimbang dan tidak suka jika ahli parlimen Pakatan Rakyat melompat ke Barisan Nasional.

Saya sebenarnya tidak pasti dengan kejayaan pelan 16 September Anwar Ibrahim kerana beliau tidak pernah terlepas dari mengucapkan perkataan Insya Allah (Kalau diizinkan Allah) setiap kali beliau berbicara tentang 16 September. Berbeza dengan janjinya yang mahu menurunkan harga minyak. Beliau tampak begitu yakin dapat melunaskan janjinya untuk menurunkan harga minyak. Sebenarnya, saya amat meneliti riak wajah, gaya pidato, ayat yang digunakan, bahasa badan dan yang lain-lain lagi setiap kali saya menonton ceramah Anwar Ibrahim di laman You Tube.

Sebagai pemerhati dari jauh dan cuba membuat analisis sendiri, saya dapat bayangkan betapa sukarnya Anwar untuk menjayakan misinya. Bukan sesuatu yang mudah untuk menarik sokongan dari ahli parlimen BN. Janji Anwar untuk menghapuskan rasuah, merakyatkan ekonomi dan membentuk kerajaan yang adil bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dalam sekelip mata. Harapan itu memerlukan dasar, perancangan dan perlaksanaan yang akan mengambil masa yang agak panjang untuk direalisasikan di negara ini.

Harapan rakyat untuk mendapatkan kerajaan yang bersih, sistem pemerintahan yang cekap dan telus serta pengagihan kek ekonomi yang adil dan saksama bukanlah sesuatu yang baru. Perjuangan ini sudah bertahun lamanya dan pelbagai langkah telah dilakukan oleh kerajaan BN, Barisan Alternatif dan juga pertubuhan NGO untuk cuba memenuhi aspirasi rakyat. Malangnya, ada usaha dan perancangan yang telah dibuat dan diperjuangkan sebelum ini telah dirosakkan oleh ‘tangan-tangan’ yang tidak bertanggungjawab.

Berbalik kepada isu 16 September, saya melihat isu ini sebagai agenda peribadi Anwar. Pengumuman 16 September muncul tatkala Anwar dan Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti 2/3 BN selepas PRU 12 diumumkan. Dalam konteks amalan demokrasi, sebuah kerajaan yang terbentuk tanpa majoriti 2/3 adalah sebuah kerajaan yang lemah dan mudah dieksploitasi. Situasi ini dapat dilihat di kebanyakan negara yang mengamalkan demokrasi. Oleh kerana kerajaan BN tidak pernah gagal mendapat majoriti 2/3 dalam siri pilihanraya sebelum ini, maka situasi ini tentunya kelihatan janggal dan mengejutkan rakyat. Anwar tentunya melihat situasi ini sebagai peluang terbaik bagi Pakatan Rakyat menjatuhkan BN.

Bagaimanapun, tidak mustahil Anwar mampu mendapatkan kuota yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru jika melihat kepada perkembangan semasa. Jika ditakdirkan misi 16 September berjaya, saya harap Anwar akan mengadakan pilihanraya semula secepat mungkin. Pakatan Rakyat mesti mendapat majoriti 2/3 daripada rakyat untuk menstabilkan semula situasi politik negara supaya segala agenda perubahan yang telah dijanjikan dapat dilaksanakan dan dijayakan. Selepas itu, biarkan rakyat sendiri yang menilai dan menentukan, siapakah yang lebih layak mentadbir negara ini. Adakah Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat?

Perlu diingat bahawa pemikiran generasi baru pengundi di negara ini kian bertambah matang dan sanggup mengambil risiko untuk menukar mana-mana kerajaan yang tidak sehaluan dengan aspirasi mereka. Tugas berat tentunya menanti mana-mana kerajaan yang ingin memerintah. Jika hari ini UMNO yang memerintah, mungkin esok giliran PKR dan mungkin juga lusa giliran PAS.

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

11 comments:

  1. Salam...

    Saya setuju kalau benar bagai dikata...

    Cuma, rasanya pilihanraya umum yg dikatakan ingin diadakan lebih awal itu masih subjektif sifatnya...

    Dan, terdapat beberapa perkara yang perlu dikemaskini oleh kerajaan baru (dalam proses itu) bagi memastikan usaha awal Pakatan Rakyat (melobi ahli parlimen BN) tidak sia2...

    Antara perkara tersebut :-

    1. Membersihkan SPR
    2. Memperkasakan SUHAKAM
    3. Memartabatkan BPR
    4. Juga beberapa badan penguatkuasa undang2 serta badan2 bebas yang lain
    5. Dan lain2...

    p/s : dapatkah direalisasikan dalam masa yang singkat? waLlahualam...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum dan salam sejahtera semua yang ada melata di badan aku.

    sejak azali .... ALLAH menjalur diri aku sebagai semenanjung..beribu tahun atau berjuta tahun...wallah hu alam..di amanahkan pada aku segala gala makhluk yang melata di perut aku.

    telah aku saksi pelbagai peristiwa di atas perut aku...sedih..kecewa..suka..senyum..

    pelbagai makhluk menjalar setiap celah dri aku...dari hujung rambut hingga ke hujung kuku kaki.

    aku menyaksikan zaman berzaman hingga lah akhir zaman..dan aku akan menyaksikan nya hingga mengadap ILLAHI.

    Manusia..kamu di jadikan khalifah untuk mentadbir alam ini sebaik baik nya. se amanah amanah nya.

    kamu di zahirkan mulia dari segala makhluk di langit dan di bumi. hatta gunung pun tak mampu pikul amanah walupun ia nya hebat sekali. malaikat pun tertanya tanya di saat kamu akan di zahirkan.

    hanya ALLAH mengetahui rahsia alam ini

    di jadikan kamu dan jin supaya beribadah pada ILLAHI.

    kamu tetap kamu....

    ada yang hebat di muliakan ILLAHI. kamu hamba yang tunduk dan patuh pad NYA.

    ada yang hina se hina hina nya dari makhluk di muka bumi ini. kamu zalim,jahat,kufur, lebih mungkar dari IBLIS LAKNATULLAH. iblis tau penghujung hayat nya.iblis tiada pilihan...

    kenapa kamu begini..di cipta kamu penuh seni, indah, tiada cacat cela..nya..kamu berpasang jasad dan roh...cukup istimewa sekali. kamu ada nafsu ada akal hingga boleh teroka keajaiban yang ILLAHI ciptakan.

    tapi kamu rugi akhir nya kerana kekufuran kamu sendiri.

    ..aku masih setia bersama mu...

    aku memberi apa yang ALLAH amanah pada ku..kamu jelajah pelusuk diri ku... tiada yang kelaparan..tiada yang tenggelam.

    hijau kejauhan..tenang sejuk memandang..

    aku bersyukur pada ILLAHI
    tidak perlu menitis air mata menyaksikan tragedi...

    tidak seperti saudara2 ku... merintih, melihat makhluk makhluk musnah dalam pelbagai tragedi.

    aku sentiasa berzikir ,berdoa,bertakbir bertasbih bertahmid pada ILLAHI semoga aku sabar dalam memikul amanah ini... tidak ingin melihat yang melata dalam kemusnahan.

    berterima kasih aku pada hanba hamba ILLAHI..mereka,

    wali wali IBDAL ...siang malam sentiasa memohon pada ILLAHI kesejahteraan semoga aku tidak di musnahkan atau dalam kemusnahan ....

    nun di luar sana ketika ini angin berderu deru kencang meniup...ya ALLAH lindungi lah hamba hamba yang sedang beribadah ini... dlm RAMADHAN mencari hakikat diri....

    lindungi lah mereka...jgn lah azab MU di turunkan dikala ini.

    aku ingin menyaksikan kedamaian..dari zaman berzaman hingga akhir ketentuan...dalam ketenangan.

    insyaallah

    salam
    malaysia

    ReplyDelete
  3. Saya yakin hanya bertukar nya kerajaan sahaja perubahan bolih dibuat. Tetapi saya tak bersetuju memberi kemenangan 2/3 kepada mana parti politik baik Pakatan mahu pun Barisan sebab kita dah lihat apa yang berlaku selama 50 tahun. Selagi manusia bergelar manusia, kita harus ingat 'power corrupt, absolute power corrupt absolutely". Yakin lah pertolongan ALLAH untuk menggerakkan ketuanan rakyat.Terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan untuk membetulkan keaadaan, Insya'ALLAH ini dapat dilaksanakan sekiranya ada perubahan pemerintah. Its all about political will, jujur, ikhlas dan kerana ALLAH. dh9753

    ReplyDelete
  4. selamat pagi tengah hari petang saudara-saudari semalaysia.kita tengok negara -negara lain beperang-gempa bumi dan angin ribut tetapi di negara kita tidak ada itu semua kita pelbagai bangsa dan bahasa hidup aman dan damai,kalau ada kutu-kutu itu biasa lah tapi kita masih aman,kita rakyat malaysia patut berterima kasih pada Tuhan kerana kita diberi keamanan kehidupan.yang sedihnya di negara kita ialah kita semua suka gossip..gossip suka cakap orang di kirikanan kita,kita sendiri pun belum tahu baik,ini lah penyakit besar di negara kita,samaada pemimpin besar-besar hingga lah ke rakyaat kita.budaya gossip ah..maka itu cermin-cermin kan diri,tengok baik-baik depan cermin,beli cermin yang besar kalau kecil ta cukup.renong-renongkan lah saudara.

    ReplyDelete
  5. Salam...

    16 September..?? mungkin tak sempat kot... tapi nyata Anwar mempunyai 'kuasa penarik' kalau tak bulan ni, dalam tahun ni Anwar berupaya bentuk kerajaan.. itu saya yakin... sebab setiap kali ke ceramah Anwar, gaya ceramahnya sangat meyakinkan.. sangat2 energetik.. seolah2 mempunyai aura untuk membuat pendengar turut sama ke dalam ceramah itu.

    apa-apa pun... Kerajaan sekarang dalam proses di tumbangkan... untuk membentuk suatu kerajaan yg lebih baik... ;-)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    1. Sifat manusia normal adalah sukar bagi mereka untuk melepaskan kuasa apabila dapat memegangnya, apatah lagi setelah sekian lama dinafikan dan berhempas pulas untuk mendapatkannya.

    2. Cuma masa yang akan menentukannya.Yang pasti, kita masih boleh mengatakan Pakatan merupakan kerajaan yang lebih baik kerana belum ternilai prestasinya.

    ReplyDelete
  7. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Cik Nur
    I think u ni masih tidur lagi dan masih kabur dalam penghidupan harian u .Bagi pendapat saya perihal lompat parti untuk membentuk kerajaan baru is ok and is very good.Macam saya yang berkerja di syarikat swasta dah berkali-kali den lompat kerja demi kesejahteraan hidup den. Dan la ni den dapat gaji yang amat selesa dari gaji ompat(4) angka dan la ni da dapat limo (5) angka sebulan ,so cik please wake up , jangan jadi katak bawah kurung dengan u punya pendapat yang terlalu negatif.

    ReplyDelete
  8. Sama ada 16 September, 20 September atau satu tarikh terdekat, saya doakan perubahan akan berlaku. Beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mencerna politik baru untuk Malaysia. Beri ruang Barisan Nasional untuk muhasabah, post-mortem segala kelemahan dan Insyaallah bangkit semula sebagai BN yang lebih mendekati rakyat. Kerana terlalu lama memegang kuasa, parti UMNO hilang idealisme perjuangan. Biar mereka merasa hilang kuasa, semoga ini dapat menyedarkan mereka bahawa kuasa politik adalah amanah, bukannya anugerah. Jadikan episod hilang kuasa ini sebagai peluang untuk memperbetul hala tuju parti. Tunjukkan bahawa BN mampu rejuvenate idealisme dan moral. Rombak dan reform pemikiran ahli parti dan komponen agar mengutamakan rakyat, bukannya kuasa-pangkat-wang. Insyaallah kerajaan yang lebih bersih, berintegriti, berkebajikan akan dipilih setahun dari sekarang.

    ReplyDelete
  9. Dato' Seri Anuar Ibrahim hanya buat provokasi untuk tukar kerajaan pada 16 sept semua orang dah mula kalut, pemimpin UMNO dah kalut, media pun dah Kalut macam-macam ulasan diperolehi daripada perbagai pihak sebenarnya negara tak ada-ada pada 16 Sept ni. DSAI buat lawak aje tu. Penyokong dia bukan main percaya lagi tentang perkara tu.

    Itu hanya strategi untuk beralih pandangan umum berkaitan isu tersebut dan melihat kelemahan kepimpinan yang ada. seluruh negara dah kalut menunggu saat 16 Sept yang sebenarnya DSAI kata aku acah aje lu orang semua dah kalut..Ha..Ha..Ha

    ReplyDelete
  10. Perlu diingat bahawa pemikiran generasi baru pengundi di negara ini kian bertambah matang dan sanggup mengambil risiko untuk menukar mana-mana kerajaan yang tidak sehaluan dengan aspirasi mereka. Tugas berat tentunya menanti mana-mana kerajaan yang ingin memerintah. Jika hari ini UMNO yang memerintah, mungkin esok giliran PKR dan mungkin juga lusa giliran PAS.
    Posted by Nur Aflah .

    SAYA SETUJU DAN SAYA YAKIN BENAR.

    ReplyDelete
  11. September 12, 2008 8:45 AM

    anon bertarikh di atas.... hebat ke 5 angka..duduk bawah ketiak orang... dan suka melompat..hanya pengalaman melompat lah dapat..

    jgn lah angkuh sangat... bila bila masa bleh jatuh..

    jgn jadi pelanduk yang terlupa jerat.

    tak lama la si anon... sekelip mata ALLAH boleh tarik nikmat NYA.
    kalau di kehendaki NYA.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.