ANGAN-ANGAN MUKHRIZ?
Memetik laporan Malaysiakini yang bertajuk “Mukhriz mahu selamat Umno”
Hasrat Mukhriz untuk menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sudah lama dihidu oleh ahli UMNO. Khabarnya, Mukhriz lebih sibuk berkempen untuk dirinya sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh daripada berkempen memenangkan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah. Itu kata KPMU.net!
Setakat ini, sudah ada 4 calon yang telah mengesahkan akan bertanding jawatan Ketua Pemuda Disember ini. Calon-calon itu adalah Mukhriz (Kedah), Khir Toyo (Selangor), Adnan Yaakob (Pahang) dan Zahidi (Perlis). Cuma seorang lagi calon yang sedang ditunggu-tunggu pengumumannya iaitu menantu kesayangan Pak Lah, Khairy Jamalludin.
Jika berlandaskan keputusan undian yang dibuat oleh KPMU.net, pemenangnya adalah Khairy Jamalludin dan Mukhriz ditempat kedua. Jika ditakdirkan Khairy tidak mahu bertanding Disember ini, berkemungkinan besar Mukhriz akan memenangi pertandingan itu. Tetapi, itu hanyalah undian internet dan tidak sama dengan undian sebenar di peringkat pusat nanti. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
Awak-awal lagi, Mukhriz telah menyatakan kebimbangan mengenai ancaman politik wang yang mungkin akan menjejaskan potensi kemenangannya. Kenyataannya itu seolah-olah ingin ditujukan kepada pesaing kuatnya iaitu Khairy Jamaludin. Jika difikirkan daripada sudut kekuatan wang, Khairy dan Mukhriz ternyata mempunyai sumber kewangan yang besar.
Persoalannya kini,
1) Adakah mereka akan bersaing secara terhormat ataupun bersaing dengan menggunakan wang?
2) Adakah calon-calon yang bakal bertanding nanti dapat mengembalikan semula kekuatan UMNO?
3) Wajarkah Agenda Daily menganjurkan program debat terbuka antara Mukhriz dan Khairy?
Siapa-siapa je lah yang dapat jadi Ketua Permuda UMNO nanti... Janji tidak memperadatkan isu perkauman sebagai modal untuk mengaut sokongan akar umbi. Jadi lah seorang permimpin yang bermaruah tinggi untuk kesejateraan rakyat keseluruhan tanpa mengira kaum dan agama.
ReplyDeleteSalam!
ReplyDeletesaya sokong komen tanpa nama di atas. Isu perkauman hanya retorik politik UMNO semata-mata.
thanks!
siapa nak menang dia punya pasallah. dah tak relevan. Kapal dah nak tenggelam pun nak selamtkan lagi.Boleh ke yob! Mungkin sebab kapal bapak dia.Pada selamatkan kapal baik selamatkan bapaknya..itu lebih baik!!!Khairy nak selamatkan kapal tu sebab dalamnya banyak harta karun hasil rompakan..Biarlah keduanya tenggelam dengan kapal tu...Selamat berjuang!!!
ReplyDeleteKedua dua mereka tidak releven. Siapa pun akan bertanding tidak akan menarik perhatian kerana potensi pemimpin UMNO sekarang rata-rata 'below par'. Ditambah pula kredibiliti mereka tidak dipercayai, bongkak dan lebih mementingkan diri sendiri. Mereka mampu menawarkan diri kerana kekayaan yang mereka kaut tanpa perlu bekerja tapi dasar perjuangan sebenar tidak ada sekadar menjadi 'political opportunist'. Mereka akan diadili oleh generasi selepas mereka, jadi berhati hati lah. dh9753
ReplyDeleteSaya syorkan Agenda Daily adakan tinju terbuka antara Mukriz dengan Khairy. Siapa menang dialah jadi Ketua Pemuda .
ReplyDeletepatutnya mereka mendesak agar umno dibubarkan kerana terlalu banyak perkara negatif yang dibudayakan oleh generasi ke genenarsinya dan ini sangat berbahaya dan mengancam keharmonian hidup masyarakat malaysia dan dunia
ReplyDeleteAnonymous yg menulis agar UMNO dibubarkan tu sebenarnya dah lupa jika tiada perjuangan UMNO mungkin dia pun tk boleh nak komen dalam ni
ReplyDeletebelum nampak lagi tokoh yg setanding dengan singa umno bapak kepada menteri dalam negeri.
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi letak add saya kat blog puan
Salam!
ReplyDeleteMengapa 2 orang kaya ini yang memiliki billion $ (OK, duit rakyat but who cares!)tak pergi luar negeri enjoy aja dan jangan mimpikan kuasa?
Salam..
ReplyDeleteNuraflah,
harap dapat baca artikel saya tentang Mukhriz ni...
thanks!
payah sangat sesapa dalam nih yang tak puas hati .....engkorang lantik diri engkorang jadi pemimpin.....
ReplyDeletepada aku kalau mukriz tak boleh pakai,,,,si khairy pun tak boleh....
moral of the total write up dalam nih.... engkau orang yang mengutuk ni pun 5 x 2 2 x 5.
minda engkorap semua korap.
hati engkorang lagi busuk
cuma engkorang duduk dlm kem lain...tapi sikap, otak..hati...busuk...berdanok jahat.
engkorang cakap ikut nafsu dendam kesumat.
kalau khairi atau mukhriz dah tak eluk...lantak ke dia. kaiau ko orang UMNO berbaloi lah komen. tapi kalau korang orang pkr atau pas apa yang engkorang susah hati..
bukan parti engkorang.
buat jer kerja, kurang bercakap...tunjuk kan tauladan yang baik.
rakyat bukan nya bodoh.
tapi bila engkorang tunjuk akhlak tak eluk... belum tentu engkorang bagus... jadi engkorang lagi teruk dari mamat dua orang tu.....
improved yourself b4 saying others .
yang komen komen nih apa dah engkorang buat.... mengutuk..berdemo engkau orang tau...lah....engkorang letih berdemo yang bukan melayu seyum ngelekek.
kalau komen membina tak pa...
ini komen tak berfaedah...dah komen dan kutok bagi lah cadangan membina. at least respect lah juga bila baca oleh orang lain.