JANGAN CARI SEBAB!
Berita ini dipetik dari laman My Sinchew.
1) Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail menggelar Tan Sri Koh Tsu Koon sebagai ‘penipu besar’ selama 18 tahun beliau memerintah Pulau Pinang. Kenyataan itu dibuat oleh Datuk Ahmad Ismail semasa menjawab soalan wartawan mengenai ura-ura Gerakan akan meninggalkan BN jika beliau tidak mahu memohon maaf.
2) Datuk Ahmad Ismail tetap mempertahankan tindakannya yang tidak mahu memohon maaf kerana beliau mengganggap kenyataan yang dibuat sewaktu kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh itu telah diputarbelitkan oleh wartawan.
3) Persatuan Wartawan Pulau Pinang kecewa dengan tindakan Datuk Ahmad Ismail yang menyalahkan wartawan secara terbuka dalam kes ini. Sepatutnya beliau membawa kes ini ke muka pengadilan jika benar kenyataannya telah diputarbelitkan oleh wartawan. Persatuan itu turut menggesa pihak polis memanggil saksi yang telah mendengar kenyataan Datuk Ahmad secepat mungkin agar kes ini dapat diselesaikan secara baik.
4) Selain wartawan Sin Chew, dua lagi wartawan dari Guang Ming Daily dan Nanyang Siang Pau telah mengesahkan yang mereka juga mendengar kenyataan Datuk Ahmad Ismail yang berbaur perkauman itu sewaktu membuat liputan di tempat kejadian.
Daripada laporan di atas, kedua-dua pihak nampaknya bertegas mahu mempertahankan pendirian masing-masing. Jika isu ini tidak dapat ditangani secara baik dan berhemah, maka tidak mustahil perpaduan yang telah terbina sejak berpuluh tahun dahulu akan hancur dan musnah dijilat api perkauman.
Isu ini tidak boleh dibiarkan berlarutan dan harus segera diselesaikan. Pihak polis perlu segera menyiasat dan menyelesaikan kes ini. Pihak yang bersalah perlu dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman yang setimpal. Tentukan siapakah yang bersalah dalam isu ini. Adakah Datuk Ahmad Ismail ataupun wartawan yang menulis berita itu. Tidak ada sebab untuk mana-mana pihak mempertahankan siapakah yang bersalah dalam isu ini.
Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar.
Memang gitu lah kebiasaan.. orang gila pun tahu tak mengaku sendiri gila...
ReplyDeletesalam!
ReplyDeletelagi satu nak tambah...
orang bodoh pun mana mengaku dia bodoh...
betul tak?
thanks!
aku campur
ReplyDeleteG I L A
+
B O D O H
=
G I B O L A D O H
atau
B O G I D O H L A
aku suka menerawang ( explore )
perkataan baru.
ish ish ish .... teruk tu..........
tak rujuk pada sesapa tau..........
aku nak "patent" perkataan nih sapa guna royalti sedekah pada hospital hospital " happy "
salamnzzz
Assalamualaikum,
ReplyDelete1. Paling mengecewakan apabila Pak Lah menyatakan semua pihak termasuk media harus menghentikan dari mengsensasikan cerita ini.
2. Pak Lah juga berkata bahawa beliau telah mendengar penjelasannya. Setakat itu sahajakah ?
3. Tidak kiralah apa rujukan tentang istilah "Pendatang" itu telah dibuat, samada untuk sebelum Merdeka atau selepas Merdeka, kaum bukan Melayu memang telah lama bertapak di Malaysia.
4. Orang yg membuat kenyataan tersebut harus dibuang dari parti kerana telah samada sengaja dan/atau tidak sengaja mencacatkan falsafah tunjang Barisan Nasional iaitu perpaduan.
Apa hal ni bulan puasa nak memaki hamun , buat bersabar.
ReplyDeletejangan kita dapat dahaga dan lapar je , pahala tak dapat.
aku....maimi arai.
POLITIK BUKAN BOLEH BUAT MAINAN ATAU MACAM MAKAN LAKSA PENANG.
ReplyDeleteMACAM HENDAK TAMBAH ASAM BAGI MASAM.
TAMBAH GARAM JADI MASING.
SILAP CAKAP MAKAN DIRI.
MOHON MAAF KAN BOLEH...
KATA TERSILAP..........
NAK BUAT APA BESAR KEPALA.
KALAU TIDAK KURUNGKAN SAJA DALAM JEL(ISA).KALAU NAK PERTAHANKAN JUGA AKAN BINASA JADINYA.
INI BAHASA POLITIK.
JADI MACAM DI THAILAND.
SAMAK JADI SEMAK.......
LETAK JAWATAN SAHAJA JADI PETANI.
PERTANIAN KATA NYA SATU PERNIAGAAN.
KERANA SEORANG INI....
MASUK KEDALAM JEL SAJA.
KENAPA TIDAK CERITA SEJARAH ORANG MELAYU MAKAN UBI KAYU DAN SEKARANG DAH MAJU.
ZAMAN DAH BERUBAH DUNIA SUDAH MAJU.
ITU SEJARAH ?
HENDAK CERITA PASAL SEJARAH ITU BUAT APA, PERINGKAT SEKOLAH BOLEHLAH.JADI CHE GURU.