ANTARA ANWAR DAN SAIFUL : SIAPAKAH YANG BENAR?

Setakat ini, Anwar Ibrahim dan juga Saiful Bukhari Azlan belum lagi didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah.

Maksudnya, sebagai umat Islam, kita tidak boleh mengatakan Anwar atau Saiful sebagai orang yang bersalah.

Dalam kes liwat terbaru ini, hanya ada 2 kemungkinan sahaja :

1) Anwar betul dan Saiful salah.

2) Saiful betul dan Anwar salah.

Malangnya, sebahagian besar umat Islam di negara ini telahpun membuat keputusan awal. Ada yang secara terang-terangan menyatakan Anwar betul, Saiful salah dan ada pula yang menyatakan, Saiful betul, Anwar salah.

Berbahas dan berhujah tentang siapa yang benar dan siapa yang bersalah itu tidak salah. Tetapi, adalah salah jika kita menyatakan seseorang itu bersalah sebelum dirinya dibuktikan bersalah oleh ‘sistem perundangan’ yang sah.

Sebagai umat Islam, kita WAJIB menyelesaikan kes ini dengan berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Sebagaimana yang Allah SWT firmankan,

“Kitab (Al-Quran) itu tidak ada keraguan padanya, jadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa
Surah Al-Baqarah, ayat 2

Daripada ayat di atas, dengan jelas Allah SWT menyebut, orang yang bertaqwa (iaitu orang yang benar-benar takut kepada Allah) tidak akan sekali-kali ragu pada mana-mana ayat suci Al-Quran. Ertinya, orang yang benar-benar takut kepada Allah tidak akan sesekali menolak walaupun satu huruf daripada 6,666 ayat suci Al-Quran.

Maka, untuk mencari kebenaran dalam kes ini, umat Islam seharusnya berpandukan kepada hukum Allah SWT. Dengan kata mudah, kita wajib berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah untuk menentukan pihak mana yang benar dan pihak mana yang salah.

Menolak Al-Quran dan Sunnah, ertinya kita menolak kebenaran yang dibawa oleh Islam!

“Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas gunung, niscaya engkau lihat gunung itu tunduk dan terbelah, kerana takut kepada Allah. Itulah contoh, Kami berikan kepada manusia, mudah-mudahan mereka memikirkannya”
Surah Al-Hasyr, ayat 21
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. assalamualaikum....

    kalo dsai tak btol masakan die bawak kes fitnah ke mahkamah syariah dengan dakwaan qazaf.

    kalo c4L btol die patut rujuk dengan ulama....tapi dia pilih ular dalam semak...

    sape yang tak ikut ajaran quran???

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    1. Undang-Undang Syariah bukan sahaja terpakai untuk menyelesaikan kes liwat ini, bahkan ia sepatutnya digunapakai untuk SEMUA kes.

    2. Akan tetapi tidak sampai separuh daripada Undang-Undang Syariah terpakai di Malaysia ini. Itu pun hanya untuk kes nikah/cerai, tuntutan harta, hadanah etc.

    3. Undang-Undang Syariah sememangnya nampak kejam dari segi penghukuman TETAPI beban pembuktian yang diperlukan adalah lebih tinggi lagi tahapnya daripada undang-undang Common Law.

    ReplyDelete
  3. Encik Crower,

    Dari mana nampaknya kekejaman hukum ISLAM itu? Pancung?Potong Tangan?Rejam? Tiada istilah "nampak kejam atau "kekejaman" dlm ISLAM..hanya istilah ADIL, Senang & Praktikal sahaja yg ada. Hmmm..agak² sampai bila lar Malaysia ni nak pakai hukum orang kafir eh? Patutlah huru-hara negara ni.

    ReplyDelete
  4. jalan jalan cari kebenaran..........

    insyaallah sampai masa malay sia akan praktik apa yang di kehendaki masyarakatnya......

    apa kata bermula dari diri sendiri tingkat kan ilmu.... dari sumber al quran dan sunnah ......

    berkaitan huru hara masih belum lagi 'huru hara'..... iraq,afghan,palestin, selatan thai ...selatan filipina .... ya huru hara....kita masih lagi boleh bekerja ....boleh beribadah..boleh berkeluarga...ha... tak lama lagi masih lagi boleh bertarawih...boleh berziarah....masih lagi .....itu ini... cuma satu ..kalau diri di didik dengan nafsu mazmumah....dan semua masih kuat kata mengata.... alamat bibit huru hara tak lama ler......so jom kita kurang kata mengata...cakap yang hak.....

    yang bertanding insyaallah...pilih lah.....yang hak di sisi NYA....bukan yang terbaik pd nafsu kita. rasional menurut al quran dan hadis

    salam

    jalan jalan ......

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ...
    Buat semua jangan terlalu buruk sangka , bersamalah kita berdoa agar melayu masih bersatu ... susah payah orang terdahulu mencari merdeka ... senang2 kita menggadaikannya ... pertimbanglah sewajarnya... kita bukan dilahirkan untuk menyokong parti tertentu tapi kita dilahirkan untuk mencari kebenaran... ikut cara Islam ... nampak baik tak semestinya baik... ikut sunnah dalam menentukan hukum .Jangan terlalu fanatik...

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.