SIASATAN DAH SIAP, BILA SAIFUL NAK BERSUMPAH?

Malaysiakini melaporkan, laporan siasatan kes liwat Anwar-Saiful telahpun disiapkan oleh pihak PDRM. Laporan tersebut juga telah diserahkan kepada Peguam Negara.

Perkara ini telah disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, DS Syed Hamid Albar. Bagaimanapun, keputusan samada Anwar akan didakwa atau tidak, hanya akan ditentukan oleh pihak Peguam Negara.

Semalam, Saiful melalui peguamnya telah menyatakan yang beliau bersedia untuk bersumpah dengan menjunjung Al-Quran sebaik sahaja pihak PDRM selesai menjalankan siasatannya.

Tentunya kini, rakyat sedang tertanya-tanya :

1) Adakah Anwar akan didakwa? Jika ya, bila Anwar akan didakwa?

2) Bila dan di mana Saiful akan mengadakan 'majlis sumpah' yang dikatakannya itu?

3) Kenapa laporan PDRM siap sebaik sahaja Dr. Wan Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh? Adakah ianya suatu kebetulan atau telah dirancang?


Apapun, drama politik Malaysia sedang berada di kemuncaknya. Tidak lama lagi, rakyat Malaysia akan mengetahui kesudahan cerita ini.

Akhirnya, kebenaran akan tetap memihak pada pihak yang benar.

Bersambung...
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Salam Aflah...

    Bile bace entri terbaru ni, rase bedebar2 pulak...

    Ape agaknye di sebalik semua ini...

    Mungkin lepas ni, kite berpeluang mendengarkan kejujuran yang betul2 telus daripada pihak2 yang terlibat, dan akhirnya, membawa kesejahteraan kepada kita rakyat Malaysia yang sudah terlalu lama menanti...

    p/s : jgn jdnye nanti, tunggu punya tunggu punya tunggu, bulan tak timbul2...

    [anyway Aflah, lame tak datang bertandang ke laman saye ;)]

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    1. Keputusan pada Peguam Negara.

    2. Nak bersumpah tak perlu tunggu gong atau buat pengumuman. Kalau nak buat secara "grand" buat lepas solat Jumaat di mana-mana masjid dengan org yang arif dalam bab agama. Videokan dan upload kat Youtube. Nak grand lagi buat announcement tapi lepas tu pastinya Komando, Gerak Khas, Unit Paskal, PDRM, Bomba, RAMD, Tentera Laut, SMART, semua akan standby buat roadblock dan sekatan di jalan raya dan laut.

    3. Kebenaran ? Ntah la, yang pastinya tiket bas akan naik. Pak Lah, bangun LAH !

    ReplyDelete
  3. Buat lah upacara bersumpah secara langsung melalui tv ,rtm, tv3, tv7, tv 8 , tv 9 dan astro di sebuah hotel di Port Dickson. Lepas tu, kita akan tengok si Saiful akan diserang penyakit ganjil. InsyaAllah!

    ReplyDelete
  4. "Saiful: Tiada sebab saya fitnah Anwar."

    ..saya setuju sebab dah 8 kali Anwar sodom anda, baru datang penyesalan dan terasa diri mu kotor macam babi hutan!

    ReplyDelete
  5. SALAM SEMUA..
    MAAF KERANA SAYA KELUAR TAJUK SIKIT...UNTUK MAKLUMAN MALAM INI DIRUMAH SAUDARA DSAI AKAN MENGADAKAN MAJLIS SEMBAHYANG HAJAT SEPERTI YANG DILAPURKAN DIDALAM BLOG DSAI..

    MAKA DISINI SAYA MEMBERI KOMEN SEDIKIT UNTUK SOKONGAN SEMUA KERANA KOMEN YANG SAYA TULIS DIDALAM BLOG DSAI KEMUNGKINAN TIDAK DILAYAN..

    --------------------

    ALHAMDULLILAH..
    MEMANG SEPATUTNYA SAUDARA DSAI DAN PENYOKONG PENYOKONGNYA BERKUMPUL DAN MEMBUAT SEMBAHYANG HAJAT BAGI MEMOHON KEPADA TUHAN AGAR MEMBERKATI SAUDARA DSAI UNTUK BERTANDING DIDALAM PILIHAN RAYA...

    SAYA JUGA MENYOKONG PENDAPAT SAUDARA ROTI CANAI(NO 9)SUPAYA SELEPAS SEMBAHYANG HAJAT TERSEBUT SAUDARA DSAI MELAKUKAN MUBAHALAH DIHADAPAN PENYOKONG PENYOKONG BELIAU..KALAU BOLIH BUAT RAKAMAN VIDEO SEKALI DAN MASUKKAN KEDALAM BLOG INI UNTUK TATAPAN KAMI YANG MENYOKONG BELIAU KHASNYA DAN RAKYAT MALAYSIA AM NYA.

    KAMI MENUNGGU DENGAN SABAR PENGAKUAN BELIAU DILAMAN INI ESOK DAN HARAP SAUDARA DSAI TIDAK MENGHAMPAKAN HARAPAN KAMI..KAMI DISELURUH MALAYSIA JUGA MELAKUKAN SEMBAHYANG HAJAT UNTUK MEMOHON KEMENANGAN BELIAU DAN KAMI TELAH MELAKUKAN TANGGUNGJAWAB KAMI MENYOKONG BELIAU DAN SEKARANG TANGGUNGJAWAB SAUDARA DSAI PULA MEMBUKTIKAN KEBENARAN BELIAU DENGAN BERSUMPAH BAGI MEMBERSIHKAN NAMA BELIAU..

    SEKALI LAGI KAMI MEMINTA SAUDARA DSAI BERMUBAHALAH LAH KERANA DENGAN CARA ITU SAHAJA YANG AKAN MENGEMBALIKAN SOKONGAN KAMI TERHADAP BELIAU DAN MEMASTIKAN KEMENANGAN BELIAU DIPERMATANG PAUH..

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.