INUL HISTERIA KONSERTNYA DIBATALKAN | Malaysiakini

Siapa yang tidak kenal dengan Inul Daratista, artis dangdut Indonesia yang sarat dengan pelbagai kontroversi. Sabtu lepas, konsertnya di Johor Bahru telah dibatalkan pada saat-saat akhir. Ekoran pembatalan tersebut, Inul dilaporkan hampir pengsan dan mengalami histeria.

Video laporan pembatalan konsert Inul di JB



Dalam perkembangan yang lain, Inul dijangka akan mengadakan konsertnya di Bukit Jalil pada 27 Julai ini. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan untuk membantah konsert tersebut.

Sila klik di sini untuk membaca berita bantahan tersebut dari Harakah Daily.

Nur Aflah :

Sudah tiba masanya pihak berkuasa di negara ini bertindak tegas dengan tidak membenarkan mana-mana konsert yang bercanggah dengan ajaran Islam. Ingatlah, Islam tidak pernah menghalang hiburan. Islam cuma memberikan panduan untuk berhibur. Yang salah tetap salah.

Apa pula tindakan pihak berkuasa terhadap pusat-pusat dangdut yang masih berleluasa di negara ini? Bila agaknya pusat-pusat itu akan ditutup? Dah terlalu ramai isteri-isteri di Malaysia yang menangis disebabkan angkara ‘goyang dangdut’…
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

15 comments:

  1. kelab-kelab dangdut tak ditutup lagi sebabnya itulah tempat-tempat pak-pak menteri release tension sambil main geli-geli.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    1. Agak menghairankan mengapa setelah sekian lama diketahui mengenai kredibiliti serta gaya persembahan yang ditunjukkan oleh Inul, masih ada pihak lagi yang cuba membawanya masuk untuk membuat persembahan di Malaysia.

    2. Tidak wajar sekadar konsertnya di JB dibatalkan, malah, pihak yang berwajib harus mengeluarkan satu perintah am (blanket order) untuk tidak menerima apa jua permohonan konsert yang membabitkan Inul.

    3. Kelab-kelab dangdut juga harus di batalkan permit-permit mereka. Dengan secara terang-terangan, khidmat gadis-gadis tempatan digunakan bagi GRO. Tempat ini bagaikan lubuk bagi mereka yang tidak kenal erti dosa dan hukuman yang bakal diterima oleh mereka. Dangdut juga tidak seharusnya dibiartkan berkembang di Malaysia kerana ia bukanlah budaya rakyat negara ini.

    4. Saya juga tertarik dengan sikap sesetangah korporat tempatan yang ghairah mempromosikan artis-artis Indonesia di negara ini. Dahulunya Hotlink ada menaja konsert yang melibatkan artis-artis Indonesia. Kini CELCOM dan TM Group tidak putus-putus mempromosikan artis-artis Indonesia di negara ini. Tidak cukup setakat menaja konsert, khidmat artis seberang juga di gunakan bagi menjayakan iklan CELCOM. Maka kita rakyat Malaysia terpaksa menatap artis asing dengan bahasa yang berbeza untuk mempromosikan perkhidmatan oleh syarikat tempatan.

    5. Apakah artis tempatan tidak mempunyai market value ? Adakah syarikat-syarikat ini terlalu melihat kepada kesan keuntungan yang bakal diraih akibat iklan tersebut sehingga boleh menyebabkan syarikat terbabit membelakangkan tanggungjawab mereka untuk bersama membangunkan industri tempatan ?

    ReplyDelete
  3. salam...

    ngko ni daus...btol lah...aku suke ngan pendapat2 ko ni...

    pendapat aku...pak-pak menteri tu sebenarnya salah negara tu...

    hehehe!

    ReplyDelete
  4. Inul....ohh...Inul.. merosakkan akidah betul... Kalau tak band jugak konsert ni entah la apa nak jadi dengan Islam hadhari pak lah kiter..;-)

    ReplyDelete
  5. cantek sangat lah stadium bukit jalil bagi kebenaran buat konsert inul 27hb julai ni....kan hari israk mikraj tu...org sibuk selawat kat masjid mlm tu...drg ralit goyang gerudi ye...biar semua yg dtg stadium bukit jalil mlm tu...musnah ditelan bumi...macam kaum sodom!!!

    ReplyDelete
  6. cantek sangat lah stadium bukit jalil bagi kebenaran buat konsert inul 27hb julai ni....kan hari israk mikraj tu...org sibuk selawat kat masjid mlm tu...drg ralit goyang gerudi ye...biar semua yg dtg stadium bukit jalil mlm tu...musnah ditelan bumi...macam kaum sodom!!!

    ReplyDelete
  7. Hi Nur,

    Good contents. Thumbs up to you.

    ReplyDelete
  8. Oh Inul !! Oh Inul Yes YEs yes !!! Come on baby !!! see live !!! di kaca TV tak siok la !!! nak tengok live baru ada "Umm!!" ada "kek" !! wuooooo... Oh Inul !!!!!! Yes baby !!! goncang Inul!!! Inul really have great body ! Huh~~ Pengsan !!! hahahahahaha

    ReplyDelete
  9. Saya rasa dia bukan histeria cuma terkejut...

    bayangkan persiapan yang dia telah buat... kos yang telah terlibat.

    Mereka adalah peniaga yang menjual suara (Inul ni termasuk tarian lah).

    Dia umpama peniaga yang sudah keluarkan kos tapi barang tak dapat dijual... memang akan terkejut.

    http://anakmalaysia81.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. DEAR INUL... KAMU HISTERIA NGAK APA APA! KAMU NGAK TAKUT SAMA BAPAK NAJIB YANG MIANG GILA TU? DIA NGAK BISA TENGOK WANITA BESAR PUNGGOK NYA. NANTI KAMU DI- BOM NYA. AWAS YA!

    ReplyDelete
  11. We'll soon becoming like a Turkey. BN=Secular+capitalist. Stuju x? ini lah akibat bila pemerintah x ambil pusing dgn undang² dan hukum-hakam Islam..saya pon bukannya baik sgt..tapi itulah kenyataan & fakta yg harus semua orang terima..bila ckp pasal pelaksanaan hukum Islam atau Hudud, terus terfikir tentang potong tangan.Terlalu singkat & cetek pemikiran pemerintah² BN sehingga anak² muda sekarang pun dah terpengaruh.

    ReplyDelete
  12. Hmmm camnela duniawi akhir zaman ni? Jahilliah binti nauzubillah~ Realiti ngan fantasi jauh beza. Kat tv citer indon ptg2 tuh siap nangis2 doa, kat duniabumi: PERGH~ terbaliks mindset ak ahaks~ Farhan

    ReplyDelete
  13. Alah lu seme kena temberang ngan diaorg. Ini satu gimik beb konon2 nak tunjuk kerajaan negeri/BN dah menerapkan nilai2 islam supaya pengaruh Pas/PR dapat di slow down kan.

    Lain hal macam salah guna kuasa dan rasuah masih rampant beb. Wa kat JB dah byk kali muntah tengok perangai org kerajaan/BN macam p*****k.

    ReplyDelete
  14. pas ni tak konsisten,menyampah aku . kalau tak suka konsert,elok pergi demo aje kat depan Zouk tu yang tiap tiap malam bebudak ciumulut kat dalam tu .

    http://tukunnegara.blogspot.com

    "Read My Blog and Read The 3rd View"

    ReplyDelete
  15. Konsert sudah menjadi ciri dan sifat persembahan budaya negara kita samaada dianjurkan olih kerajaan,bukan kerajaan mahupun parti politik atau stesyen TV.Kalau dan sekiranya hendak mensasarkan sejenis persembahaan konsert tertentu , haruslah mengikut garis panduan. Masaalah nya siapa yang kita nak tujukan aduan berkenaan dengan perisian konsert ? Semua orang buat ta tahu. Mujurlah orang Johor Bharu reti bahasa. Orang KL , orang "global" ,jadi, semua boleh.Lagi pun di Lembah klang sudah ada 1.6 juta pekerja luar negara dan termasuk PATI dari negara Inul.Mereka lah yang menjadi asas pekiraan kewangan dan kaji selidek orang penganjur dan "event manager" .Lumayan ya Pak!Maka wang ada lah semua. Arjuna waspada

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.