Laporan Harian Metro hari ini yang bertajuk “Penulis blog harus dipersalahkan” telah menyentuh jiwa saya kerana saya juga salah seorang di antara berjuta bloggers di negara ini.
Entah kenapa tajuk itu yang dipilih. Adakah ianya untuk menarik perhatian pembaca ataupun untuk menghina para bloggers di Malaysia?
Kenyataan sebegitu seolah-olah ingin melabelkan semua bloggers di Malaysia sebagai tidak bertanggungjawab. Adakah Harian Metro ingin menyatakan yang para bloggers di Malaysia ini hanya pandai membuat spekulasi dan penyumbang kepada ketidakstabilan politik?
Saya ingin bertanya kepada pihak yang meneraju Harian Metro itu. Adakah tulisan dan laporan anda selama ini benar-benar telah menyumbang kepada kesejahteraan rakyat? Adakah bahan-bahan yang anda paparkan dalam suratkhabar anda itu benar-benar bersih dari segala unsur maksiat? Adakah suratkhabar anda itu benar-benar menurut sepertimana yang Allah SWT kehendaki daripada setiap umatNya yang mengaku Islam iaitu “menyuruh yang maaruf dan mencegah yang mungkar”?
Adakah anda sedar yang selama ini, suratkhabar seperti anda itu telah banyak menyumbang kepada krisis identiti Islam sehingga agama sendiri sanggup diperlekehkan demi mengaut keuntungan dan memenuhkan poket pemegang saham anda.
Saya nasihatkan kepada anda supaya membaca dan memahami prinsip pertama Islam Hadhari yang anda perjuangkan itu. Kalau anda terlupa, biar saya ingatkan. Prinsip pertama Islam Hadhari ialah melahirkan insan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Adakah anda benar-benar faham maksud Taqwa? Jika anda tidak faham, pergilah berguru dengan Syeikh Abdullah Badawi.
-------------------------------------------------------------------------------------
Petikan dari Harian Metro yang bertajuk Penulis blog harus dipersalahkan
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu penulis blog menghentikan perbuatan membuat spekulasi dan menyebarkan khabar angin kerana perkara itu adalah antara faktor yang membawa kepada ketidakstabilan politik negara.
“Saya minta penulis blog hentikan semua ini kerana mereka juga bertanggungjawab bagi apa yang berlaku. Jalan terbaik yang mereka dapat lakukan ialah hentikan semua ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan beberapa perbincangan dua hala sempena Sidang Kemuncak Ke-6 Ketua-ketua Kerajaan D-8 di sini hari ini.
Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) dijadual bermula dengan rasminya di ibu negara esok.
Perdana Menteri mengulas keadaan politik negara sekarang, yang dilihat masih tidak stabil sejak pilihan raya umum Mac lepas.
Semalam, Perdana Menteri berkata beliau sedar ada rakyat yang sudah muak dengan permainan politik yang sedang berlaku dalam negara dan berjanji akan memberikan perhatian untuk memenuhi keperluan rakyat.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.