LATEST : Suruhanjaya ditubuh bagi menyiasat kes Najib, Gani, Musa Hasan & Anwar | Malaysiakini
Laporan Malaysiakini hari ini menyebut, Pemuda PAS melalui ketuanya, Salehudin Ayob telah menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-pertuan Agong. Memorandum tersebut menyeru Yang Dipertuan Agong menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat beberapa dakwaan terkini yang melibatkan tokoh-tokoh utama negara, termasuk timbalan perdana menteri, ketua polis negara dan juga peguam negara.
Isi kandungan memorandum tersebut.
Saya berharap pihak Istana akan mempertimbangkan permohonan ini kerana kemelut yang sedang dihadapi oleh negara sekarang perlu diadili dengan sebaik-baiknya oleh sebuah badan bebas kerana :
1) Ianya melibatkan tokoh besar negara dan kredibiliti badan eksekutif di negara ini bakal tergugat jika kes ini tidak dapat ditangani dengan bijak.
2) Sekurang-kurangnya keyakinan pihak luar terutamanya pelabur asing terhadap sistem pemerintahan negara kita dapat dikembalikan semula.
3) Ketegangan dan keresahan rakyat berhubung isu konspirasi ini tentunya dapat diredakan dengan tertubuhnya sebuah suruhanjaya yang benar-benar bebas dari mana-mana pengaruh politik.
Ntahlah...aku x tau apa yang ko merepek ni..
ReplyDeletepada aku, parti ni sume sama je.. ada yg buruk n baik.. x perlu kau wat blog yg x tau betul faktanya.. salah satu cara ko menyampaikan fitnah.... blog ni x lari dari konsep majalah MANGGA. penuh gosip n fitnah.....hahaha
Sebenarnya saya tidak suka membalas komen daripada seseorang yang tidak mahu memberitahu namanya.
ReplyDeleteCuma saya ingin bertanya kepada 'manusia' yang menghantar komen ini :
1) Fakta mana yang tidak betul dalam blog ini?
2) Fitnah mana yang saya sampaikan dalam blog saya ini?
3) Konsep Majalah Mangga sama dengan blog ini ke? Apa yang sama? Sebab saya tak beli dan baca majalah mangga.
to anonymous : kalau x paham apa yg org tulis duduk la diam2 jangan memperbodohkan diri sendiri kat sini.
ReplyDeleteto aflah: x payah la ko layan mangkuk2 yang tak sekolah ni aflah.nama pun takde memang sah kutu babun.