Khairy Jamaludin tumpang populariti MatLuthfi90?



MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sekali lagi menarik perhatian di media sosial apabila muncul beberapa minit dalam sebuah video dari Vlogger terkenal, Mat Luthfi.

Video berjudul "Be Yourself in a Job Interview by Mat Luthfi " itu berkisarkan tips semasa temuduga kerja.

Video berdurasi 2 minit 41 saat yang diterbitkan oleh Ready4WorkMy itu kini ditonton lebih 22,800 pelayar YouTube sejak dimuatnaik pada Isnin.  

Aksi dan skrip bersahaja yang dilakonkan Khairy ternyata berjaya mencuit hati penonton.

“Oh..Mat Luthfi, 'please, have a seat' (silakan duduk).

“Mat Luthfi, kenapa you (awak) ni tak 'tall, dark and handsome ye?' (tinggi, gelap dan kacak),” ujar Khairy.

Tinjauan Sinar Online mendapati rata-rata pelayar menyifatkan video yang menyaksikan Khairy di akhir babak video berkenaan tersebut kelakar dan mencuit hati.

Antara komen-komen pelayar ialah, "sumpah, sportinglah KJ."

Ada juga komen berbunyi "OK, 'ending' tu memang terbaik..!!!!."

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.