2 lelaki Inggeris dikesan sebar Kristian kepada umat Islam di Melaka


 Dua lelaki berbangsa Inggeris dipercayai cuba menyebarkan agama Kristian kepada penduduk Islam di kawasan Taman Merdeka, Batu Berendam Melaka, baru-baru ini.

Berikutan itu, seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Azli, membuat laporan di Balai Polis Batu Berendam supaya satu siasatan dibuat seberapa segera.

Berdasarkan laporan Azli bertarikh 28 Februari lalu, dua lelaki berkenaan yang dipercayai berasal dari Amerika Syarikat dan Kanada itu telah ditaja oleh sebuah agensi Kristian ‘Sant Jessus’.

Kehadiran mereka di sekitar kawasan itu bertujuan mengajar agama Kristian kepada rakyat Malaysia. Mereka memberi alasan mendapat kebenaran Kerajaan Malaysia untuk berbuat demikian.

ADUAN-POLIS-BT-BERENDAM


Salinan aduan polis yang dibuat oleh Azli.

Menceritakan kejadian itu, Azli memberitahu ketika kejadian beliau ke kedai runcit dan mendengar perbualan antara dua lelaki tersebut bersama pekerja dan pemilik kedai berkenaan.

“Adakah awak tahu berkenaan dengan Kristian dan awak tahu berkenaan Jessus? Adakah awak menyimpan buku-buku berkenaan Kristan dan Jessus?,” soal dua lelaki tersebut.

Susulan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Batu Berendam kerana mengesyaki dua lelaki tersebut cuba menyebarkan agama Kristian secara terbuka kepada umat Islam.

Sumber Balai Polis Batu Berendam ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan berkaitan kes berkenaan.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.