LAGI-LAGI PKR

2 hari lepas, Tun Dr Mahathir mendakwa 700 lori pasir dilihat memasuki Singapura setiap hari.

Semalam, SPRM menahan setiausaha kepada Exco PKR Selangor kerana disyaki menerima rasuah wang dan seks dalam kes menjual pasir secara haram.

Setiausaha itu antara 34 orang yang ditahan di 5 buah negeri.

Kata kawan saya yang menyokong PKR, “SPRM kata 5 buah negeri, tapi kenapa Selangor yang ditonjolkan? 4 buah negeri lagi tu negeri pimpinan siapa? Kalau 4 negeri tu negeri BN, ertinya BN menanglah.. sebab BN 4, PR 1.”

“Tak boleh cakap macam tu sebab jenayah tetap jenayah. Tak kiralah siapa atau parti mana yang buat.” kata saya.

“Habis tu you nak kata PR pun sama jahat macam BN jugaklah?”

“Bukan macam tu. Sekarang ni PR perintah 5 negeri. Jika ditakdirkan PR dapat perintah 1Malaysia dan BN pulak perintah 5 negeri dan kes ini berulang kembali, nanti orang BN pun boleh cakap macam yang you cakap sekarang ni..”

“No.. you tak boleh samakan PR dengan BN. Polisi tak sama, banyak beza..”

“Polisi memang tak sama tapi manusia tetap manusia. Tak dapat lari dari buat silap dan siapa yang buat silap, kena ‘take a risk’ lah..”

“I pun tak fahamlah dengan dia orang ni. Bila dah dapat kuasa, macam-macam hal pulak yang jadi.. Macam mana pengundi nak percaya kalau selalu jadi macam ni..”

“So, you rasa PR akan kalah lah nanti?”

“Maybe..”

“I don’t think so..”

“Kenapa?”

“Sebab PAS still maintain a good record. Sekarang ni, I lihat ramai non-muslim dah mula 'nak cuba' undi PAS.”

“Mustahillah.. You tengok Kelantan. Apa dah jadi?”

“Yes, memang kecoh tapi ada ke orang PAS kena tangkap dengan SPRM?”

“Memanglah tak ada. Tapi you jangan lupa, pengundi suka parti yang dilihat bersih.. Sekarang ni, PAS Kelantan tak lagi dilihat sebersih dulu..”

“Habis tu, sekarang ni BN dilihat lebih bersih, lebih islamik, lebih jujur dari dulu ke?”

“Tak jugak..”

Nota: Masih banyak yang dibualkan tapi minta maaflah sebab tak dapat nak teruskan entri ini buat masa ini. Insya’ Allah akan disambung lagi. Apapun, yang salah tetap salah dan kebenaran tetap akan memihak pada pihak yang benar.









-->
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 comments:

  1. TQ DR.M U MEMANG HERO TAMPA TANDINGAN,PATUT LAA BYK BENOR JUTAWAN SEGERA BALU2 INI..WHISTLE BLOWER KENA DI BELANJAKAN TEA TARIK OKEY..JGN LUPA..MACC JASO MEREKA NII...KALO ADO

    ReplyDelete
  2. yerp.. yang salah tetap salah.. tak kiralah siapa dan parti apa.


    Fyzals Territory

    ReplyDelete
  3. tentang PR

    bukan apa klu salah tetap salah tetapi yg bermasalah tiada salah tetapi mencari salah maka itu yg bermasalah

    ReplyDelete
  4. pengkhianat negara..makan harta raakyat..kalo negeri cina kebiasoan di tembak kelayak ramei...

    ReplyDelete
  5. isu passir ni,bukan kerana pas,pkr,mahupun bn..

    Sejarah Silam,
    Pada masa silam sekitar abad ke 14, pulau Singapura merupakan sebahagian daripada kerajaan Sriwijaya dan dikenali sebagai Temasek ("Kota Laut").

    Dipercayai bahawa Singapura merupakan pusat pemerintahan kerajaan Melayu sebelum ia diduduki oleh Sir Stamford Raffles. Ini berdasarkan tulisan Abdullah Abdul Kadir Munshi yang menyatakan ketika Singapura dibersihkan, bukit yang terdapat di situ telahpun dikenali sebagai bukit larangan, dan terdapat banyak pokok-pokok buah yang ditanam di situ. Ini menunjukkan terdapatnya pusat pentadbiran (istana) di situ.

    Selain daripada itu, Abdullah Abdul Kadir Munshi turut menyatakan terjumpanya satu batu bersurat yang mempunyai ukiran tulisan yang tidak dikenali dan telah kabur. Batu bersurat Singapura itu menunjukkan Singapura telahpun menjadi satu pusat pentadbiran sejak silam lama sebelum ketibaan pihak Inggeris.

    Malangnya batu bersurat itu telah dimusnahkan tidak lama selepas ketibaan Inggeris oleh seorang jurutera Inggeris. Bagaimanapun, terdapat nota mengenai satu salinan tulisan tersebut telah dihantar ke London tetapi gagal ditafsirkan. Sekiranya rekod salinan tulisan itu dapat dijumpai kembali, ia boleh memberikan anggaran tarikh ia diukir melalui terjemahan ataupun sekiranya masih gagal diterjemah, melalui jenis tulisan yang digunakan.

    dari 642248

    ReplyDelete
  6. Zaman Pendudukan Jepun (1942-1945)

    Pada 7 Disember 1941, Jepun menyerang Pearl Harbour. Salah satu objektif Jepun adalah untuk menguasai Asia Tenggara kerana faktor ekonomi. Singapura yang merupakan pangkalan utama Tentera Bersekutu ialah sasaran utama Jepun.

    Di Singapura ramai beranggapan bahawa Jepun akan menyerangnya terlebih dahulu sebelum menyerang Malaya. Pihak British bersedia apabila menyediakan antara kontinjen perang terbaiknya. Hal ini termasuklah penghantaran kapal perang HMS Prince of Wales dan kapal perang HMS Repulse. Mereka juga menghantar beberapa kapal perang yang lain.

    Pada 8 Disember 1941, tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Kelantan. Selepas dua hari askar-askar Jepun mendarat, kapal Prince of Wales dan kapal Repulse tenggelam akibat dimusnahkan oleh tentera Jepun. Tentera Jepun terus mara ke seluruh Tanah Melayu menyebabkan tentera British terpaksa berundur ke selatan menuju ke Singapura. Menjelang 31 Januari 1942, selepas 55 hari bermulanya pencerobohan tentera Jepun, tentera Jepun sudah berjaya menguasai kesuluruhan Tanah Melayu dan bersiap sedia untuk menyerang Singapura.

    Selepas beberapa pertempuran, Leftenan-Jeneral Arthur Ernest Percival dan askar-askar British menyerah kalah kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita pada Tahun Baru Cina iaitu 15 Februari 1942. Lebih kurang 130,000 askar India, Australia dan British menjadi tahanan perang. Kejatuhan Singapura merupakan penyerahan kalah terbesar British dalam sejarah.

    Singapura kemudiannya dinamakan semula menjadi Syonan-to (昭南島 Shōnan-tō, "Cahaya Selatan) dalam bahasa Jepun. Singapura diduduki oleh Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945.

    ReplyDelete
  7. Membentuk Persekutuan Malaysia (1963-1965)

    Pada 16 September 1963, British bersetuju untuk menyerahkan Singapura, Sabah, dan Sarawak untuk bergabung dengan Tanah Melayu supaya Persekutuan Malaysia dapat dibentuk. Selepas menyertai Malaysia, parti politik utama Singapura iaitu Parti Tindakan Rakyat memenangi Pilihanraya Singapura. Tindakan PAP yang sering menyuarakan ketidakpuasan mengenai keistimewaan kaum Bumiputera.

    Pemisahan Singapura daripada Malaysia

    Rencana utama: Pemisahan Singapura daripada Malaysia
    Ramai ahli UMNO mengesa Kerajaan Persekutuan supaya menangkap Lee Kuan Yew. Jadi pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapura daripada Malaysia. Ramai rakyat Malaysia mengganggap tindakan Tunku Abdul Rahman ini sebagai satu kerugian kerana mengikut mereka banyak lagi cara lain untuk menjaga keamanan Singapura.

    Ini kerana,pada masa itu Lee Kuan Yew telah mengambil langkah drastik untuk tidak lagi diperintah oleh kaum melayu disitudge lebih tepat lagi(tidak mahu menjadi punca ekonomi bagi tanah melayu sebagai negara enterpot yang masyur pada masa itu)dengan mengimport kaum cina dari negara cina,hongkong taiwan,dan menguatkan lagi majoriti kaum cina sebagai langkah pertama untuk memerintah dengan mengadakan pengundian demokrasi,walaupun masyarakat melayu pada zaman itu menentang habis-habisan tentang tindakkan Lee Kuan Yew,namun bila bilangan kaum cina melebihi l/3 penduduk disitu,secara automatiknya pemilihan pemimpim teletak di tangan kaum cina merujuk pada sistem demokrasi british pada masa itu,

    ReplyDelete
  8. Dalam konteks Singapura, Merdeka merujuk kepada pemerolehan pemerintahan sendirian dan kerajaan sendirian daripada United Kingdom pada dekad 1950-an pada masa imperialisme di Asia berkurangan. Ia tidak biasanya merujuk kepada kemerdekaan Singapura daripada Malaysia pada tahun 1965 yang mengikuti penggabungan ia dengan Malaysia pada tarikh 16 September 1963 selepas referendum kebangsaannya.

    Perlembagaan Singapura dipinda pada tahun 1953 berikutan cadangan Suruhanjaya Rendel yang menciptakan Dewan Undangan Singapura berjumlah 51 kerusi, sekaligus menggantikan Majlis Perundangan Singapura. Dewan ini menjadi duluan kepada Parlimen Singapura. Pilihanraya Singapura 1955 yang merupakan pilihanrayanya yang pertama kemudian. Pilihanraya ini merupakan kali pertama pemilihan wakil majoriti oleh rakyat — dahulunya hanya enam ahli Majlis Perundangan dipilih rakyat dan yang lainnya dipilih kerajaan penjajah. Ini tidak memuaskan hati mereka yang memanggil pentadbiran penuh tempatan dalam sekurang-kurangnya hal domestik.

    Seruan Merdeka merupakan satu saingan antara progressivisme dan radicalisme iaitu antara kerjasama dan permusuhan terhadap British. Barisan Pekerja pimpinan David Saul Marshall memenangi pilihanraya Singapura pada tahun 1955 secara tipis akan tetapi sifatnya sebagai seorang anti-penjajah menghalang sebarang kemungkinan kerjasama. Satu pungutan suara dimulakan pada tahun 1956 yang mengumpulkan sebanyak 167,000 — sebahagian besar pengundi pada masa itu dalam satu pungutan yang menyaran Merdeka.

    Semasa Rundingan Merdeka 1956, tahun sebelum kemerdekaan Malaya, pihak British bersetuju memberi Singapura kerajaan sendirian berkenaan hal-hal tempatan, sementara British terus mengekalkan kuasa perbelanjaan dan ketenteraan. Ini memuaskan Marshall pada mulanya, tetapi tidak kemudian apabila British enggan memberi kawalan keselamatan dalam negeri kepada kerajaan tempatan. Pihak British merasakan Marshall tidak membuat tindakan yang cukup terhadap ancaman keganasan komunis dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah memulakan Darurat Malaya. Dengan ini Marshall meletakkan jawatannya pada tahun 1956 dan sekaligus mengotakan janjinya untuk meletakkan jawatannya sekiranya gagal memperoleh kemerdekaan.

    Satu lagi pemimpin Barisan Pekerja, Lim Yew Hock mengambilalih sebagai Yang DiPertua Negeri Singapura dan meneruskan usaha untuk mencapai kemerdekaan. Lim kemudiannya berlaku kejam terhadap para komunis oleh sebab mahu menunjukkan bahawa pentadbirannya cenderung mengambil pendekatan tegas untuk melindungi keselamatan dalam negara. Dalam rusuhan sekolah menengah Cina 1956 lebih kurang sembilan ratus orang ditahan. Dengan memimpin satu delegasi yang termasuk banyak pemimpin Singapura daripada pelbagai parti politik, Lim telah berjaya memujuk pihak British untuk memberikan Singapura kemerdekaan dengan meminda Perlembagaannya pada tahun 1958 untuk membenarkan satu dewan perwakilan yang dipilih rakyat secara keseluruhannya yang mempunyai autonomi penuh terhadap perihal tempatan. Kerajaan ini terbentuk dengan pilihanraya Singapura 1959. Lim pula telah kalah pilihanraya ini oleh sebab tindakan kejamnya semasa pemburuan aktiviti komunis.

    Republik Singapura (1965-sekarang)

    Selepas Singapura keluar daripada Malaysia, Singapura mula muncul sebagai kuasa perdagangan dunia. Banyak kemudahan dan kemajuan dicapai semasa pemerintahan Lee Kuan Yew.

    Pada tahun 1990, Lee Kuan Yew bersara daripada politik dan memberi kuasa pemerintahan kepada Goh Chok Tong. Pada tahun 2004 pula, Goh Chok Tong meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan memberi laluan kepada anak Lee Kuan Yew iaitu Lee Hsien Loong untuk memerintah.

    ReplyDelete
  9. jadi tentang isu pasir sekarang adalah 1/3proses pembangunan negara berpermit dagangan bebas yg kite tak tersangka pada hari ini?
    kerana luas keluasan tanah singapura yg di gazedkan pada zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, telah berubah saiz nye,bukan 699.3 kilometer persegi lagi...

    apa kaitan politik dengan pasir...

    642248

    ReplyDelete
  10. nanti 642246 sambg..ye

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.