BAKAR GEREJA: VIDEO 8 PEMUDA MELAYU DITAHAN

KUALA LUMPUR, Jan 20 — Lapan suspek termasuk dua beradik dan bapa saudara mereka ditahan reman seminggu untuk membantu siasatan kejadian membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini awal pagi 8 Jan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Bakri Zinin berkata mereka ditahan di sekitar kawasan Polis Daerah Sentul antara malam tadi dan awal pagi ini.

Salah seorang suspek, yang berusia 21 tahun, ditahan di sebuah hospital di ibu negara selepas dia menerima rawatan kesan kebakaran pada dada dan tangan, kata Bakri.

Kesan itu dipercayai dialami ketika serangan ke atas gereja itu.

Katanya, tujuh yang lain ditahan di beberapa kawasan di Lembah Klang selepas penahanan pertama.

Tiga suspek termasuk yang cedera itu mempunyai hubungan kekeluargaan - dua beradik dan seorang bapa saudara. Mereka bekerja sebagai kerani perkhidmatan penghantaran.

“Penangkapan terakhir dibuat 7.30 pagi ini. Tiga daripada suspek dipercayai ada hubungan persaudaraan di mana dua adalah adik-beradik dan bapa saudara mereka... yang baki lima merupakan rakan mereka,” kata Bakri.

Bakri menjelaskan penahanan itu masih baru dan oleh yang demikian mereka memerlukan masa untuk menjalankan siasatan secara mendalam.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan butiran berkaitan dengan latar belakang kaum dan kewarganegaraan suspek-suspek yang ditahan itu.

“Kes ini masih disiasat. Jadi saya berharap orang ramai akan memberikan kami masa untuk menjalankan siasatan dengan rapi.

“Jika kami ada lebih banyak maklumat, kami akan mengambil tindakan perlu,” katanya lagi.

Bagaimanapun berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh polis, kesemua suspek yang ditahan merupakan “pemuda Melayu dalam lingkungan 20-an yang kini tinggal di kawasan Ampang.”

Kenyataan itu yang diberikan sejurus selepas sidang media beliau mengesahkan bahawa serangan ke atas Gereja Metro Tabernacle dikenalikan oleh kira-kira 10 orang.

“Suspek-suspek ini beredar dengan menaiki kereta dan motosikal selepas serangan dilakukan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan kerjasama dengan kami bagi membolehkan penahanan ini dilakukan.

“Pada masa yang sama saya hendak memberi amaran kepada beberapa pihak. Berikan polis satu peluang untuk menjalankan siasatan.

“Jangan kaitkan suspek-suspek dengan kumpulan-kumpulan tertentu. Jangan ambil apa-apa tindakan tidak wajar,” katanya.

“Polis berada di sini untuk memastikan keselamatan dan keharmonian negara terpelihara,” kata Bakri.

Tambah beliau kes itu disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan, melakukan serangan menggunakan bahan api atau letupan dengan tujuan mahu mendatangkan kerosakan.

Dengan penahanan mereka, kata beliau, polis percaya kes itu telah selesai.

Gereja Metro Tabernacle merupakan antara premis yang musnah teruk dalam kejadian serangan dan kerja vandalisme ke atas rumah-rumah ibadat, yang dilihat berhubung kait dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan kalimah “Allah”.

Ia juga merupakan gereja pertama diserang.

Sebelum ini, polis percaya lebih daripada dua suspek terlibat dalam kejadian membakar gereja itu.

Ia berdasarkan maklumat saksi yang ternampak dua motosikal diletakkan berhampiran gereja tersebut kira-kira 12 tengah malam pada hari kejadian.

Saksi juga nampak kelibat satu lembaga melemparkan sesuatu ke arah gereja tersebut sebelum berlaku letupan yang memusnahkan hampir 80 peratus ruang tingkat bawah gereja tiga tingkat itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun selain boleh dikenakan denda. Gereja Metro Tabernacle beroperasi sejak 12 tahun lepas dan mempunyai 1,500 jemaah. [Sumber:Malaysian Insider/Malaysiakini]


Video oleh: MyMetro









-->
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. Herozm doesnt pay in malaysir...tumpang sodeh

    ReplyDelete
  2. Memang betul kalo guna fikiran di otak sahaja...tak salah gunakan nama ALLAH oleh orang kafiak nie..sebab mereka pun hamba ALLAH..tapi kita harus ingat mengikut keadaan semasa motif niat jahat mereka..masa dulu2 mereka gunakan 'god' sebagai nama tuhan mereka..kebanyakan pengikut mereka ..masa dulu dulu ...tahun kebawah 60an mengakui bahawa ALLAH ada lah tuhan melayu..muslim god only (sebab itu undang mungkin tidak di kaji atau perkukokan)..nabi isa ada lah tuhan mereka..Kini zaman millinium ini.. berkeadaan undang2 yg rapuh dan lopong ...beryambah lak dgn 1MALATSIE seolah2 berhak dlm ape2 jua...mereka sewenang wenang nya cuba menjolok dgn sepontan dgn senyum lebar ..seolah olah ingin mempersendakan untok memenuhi masa...publiciti murahan kot..kalo jadi okey ..kalo idak tak pa..tak rugi..
    di ranting yg amat rapuh...dgn peminpin yg ...kita tak dapat salahkan perundangan..yg lopong..sama ada tersusur dilupai atau sengaja di ....terlonggarkan..atau pun buta tuli dalam nas2 perundangan perbikinan manusia ini ..itam putih..yg tidak padat isi kandungan dgn immunity patut di sanjongi tampa noleh di pertikai atau di cerobohi...sepatut nya di perketatkan dari dulu ...awalan..masa penulisan nya ..perbikinan nya lagie..walu pun kebanyak dah ke al- azhar universiti dan di akui oleh dunia islam lain..bwekebolehan serba serbi..buleh kata seolah2 kita melebehi mereka..bah kan ada ulamak pun di berkati masuk dlm kaabah ..walaupun yg kita ketahuai hanya berketurunan bani arab tertentu aje yg boleh masuk melihat dalami kabbah ini ...tapi mereka ini nampak nya besar ati kepentingan akan..sepatutnya mereka ini sepatut nya mempelajari untok membaiki kelopongan nas2 perundang yg sedia ada serta membuah pandangan memperbaiki kelemahan....bagi mendalami immunity keislaman di malaysie ini berkaitan dgn nas2 perundangan tersedia ado drp di rogoli oleh ..syaitan2 bau yahudi ini.... nas2 tak boleh menyentuh langsung dgn perkataan ALLAH..yg akan menyingong perasaan orag islam di sini..terutama golongan bawahan yg dah sebati kepecayaan dgn tuhan yg maha kuasa..ALLLAH....sebagai orang islam nama tuhan tidak boleh di permainkan oleh orang bukan islam...mereka ini ...org bawahan walau tak berilmu tinggi..al-azahar universiti..lah pewira islam sejati..bukan saperti orang2 .... meninggi (tidak semua ya) yg boleh give and take..bagi pewira islam ..kegunaan kalimah tersebut akan melemah kan akidah islam di masa2 kan dtg..saperti generasi muda yg dah byk menyimpang jalan ke gelapan diri...wallauallam ..

    ReplyDelete
  3. Zaman dah berubah bang alam putar belit bermaharajalela....suka tak suke kena terima ...ape ape pekara sebecil hama pun kena patent and registered..semoga kekeliruan tak ambik tompek nyo..de hare hare mendatei...nanti jade gilo mereng lak generase akan datei

    ReplyDelete
  4. sungguh meragukan. betul ker ada tangkapan? mana dia video dan gambar suspeknya?

    apa tah lagi mereka dikatakan berumur 21-26 tahun. mana ada budak2 sebaya macam tu yang sensitif sgt bab agama?

    SANDIWARA POLIS!

    ReplyDelete
  5. kes kat klang macam keluak di berita tempoh hari..macam mana ye..cuma dimuar aje di perkatakan yaa...

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.