NIK AZIZ MENGAKU MENANTUNYA BUAT SILAP?


Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan kerajaan negeri terpaksa membeli kompleks perniagaan Bazar Tok guru bernilai RM23 juta yang sedang dalam pembinaan daripada pemaju Sensa Timur kerana masalah teknikal.

Bagaimanapun, katanya harga bagi pembelian itu yang dibuat menerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) masih dalam peringkat rundingan dengan pihak pemaju.

“Saya hanya boleh mengesahkan bahawa kerajaan negeri terpaksa membeli semula kompleks bazar yang sedang dalam pembinaan itu kerana masalah teknikal... untuk menjaga kepentingan peniaga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Bubur Asyura di Kampung Sri Kemunting, Beah, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan penulis blog Kickdefella dalam blognya yang mendakwa kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian kerana membeli projek kompleks Bazar Tok Guru ekoran berlaku penyelewengan oleh PMBK di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang juga menantu Nik Abdul Aziz.

“Saya juga memberi jaminan peniaga yang dipindahkan dari Arkib Uda dan Pasar Lama MPKB akan diberi keutamaan memiliki tingkat bawah bazar berkenaan, sebagaimana yang dipersetujui sebelum ini,” katanya.

Tulisan blogger itu mendakwa akibat langsung daripada tindakan Ariffahmi, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dalam mesyuaratnya yang lalu telah memutuskan untuk membayar sejumlah RM23 juta ringgit dari wang hasil pendapatan kerajaan negeri kepada sebuah syarikat swasta.

“Pembayaran yang telah dipersetujukan itu adalah bagi menyelamatkan beberapa titik air muka YAB Menteri Besar Kelantan daripada tertumpah akibat dituduh cakap tak serupa bikin,” kata penulis itu.

Ia menambah pada 6 Mac 2008 iaitu dua hari sebelum pilihan raya umum ke-12, Nik Aziz telah menandatangani satu perjanjian persefahaman bagi pihak PMBK dengan dua buah persatuan perniaga dan penjaja di sekitar Kota Baru.

Antara lain, kandungan MOU itu menjanjikan bahawa Projek Bazaar Tok Guru yang akan dimajukan oleh PMBK adalah sebuah projek tidak berorientasikan keuntungan.

Ia lebih kepada hasrat murni Menteri Besar untuk melihat para penjaja dari pasar lambak arked UDA dan peniaga pasar lama Majlis Perbandaran Kota Baru mendapat tempat baru yang lebih selesa untuk meniaga.

Bagaimanapun menantu Nik Aziz telah ‘memperhambakan’ harta kerajaan kepada pemaju swasta bernama Sensa Timur Sdn Bhd. [Sumber:Malaysian Insider]

Nota: Klik sini untuk membaca dakwaan Kickdafella.









-->
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. bertaubat lah kamu ..atas cara direct indirectly..kalo salah guna wang rakyat..sebagai ketua mu bertanggong jawab..orang bawhei..ini lak darah daging mu sendiri sebahai tok wali tak kan nak biak gitiu aje..aku selalu tegor anak orang..last last anak aku pun lagi terror..sekarang aku tak pakei serban lagi..kalo aku mana ketua anku nak songlap keselurahang wang rakyat jual besi burok kapal engine jet kat keling botol

    ReplyDelete
  2. Salam CIK AFLAH, saya heran ,kenapa dalam akhbar harakah parti kita tidak disiarkan berita mengenai TGNA mohon maaf diatas kesilapan mentadbir projek yang kerugian rm50 juta. Inilah yang tidak adil dalam harakah parti kita sebenarnya. Janganlah keluarkan berita berkaitan musuh kita sahaja.
    wassalam

    ReplyDelete
  3. Anon 5.41pm,

    Jawapan untuk soalan itu sudah saya tulis dalam artikel yang lepas. Sila rujuk link di bawah ini:

    http://nuraflah.blogspot.com/2008/07/kenapa-malaysiakini-ditabal-juara-media.html

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.