LAGI KES GADIS DIROGOL GENG PEMUJA SYAITAN


Hujung rambutnya dibakar, matanya ditutup menggunakan pita pelekat putih manakala sebilah parang diletakkan di belakang. Itulah pengalaman ngeri lebih dua jam terpaksa dilalui seorang remaja belasan tahun yang dijadikan ‘korban pemujaan’ sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali sebelum diperkosa beramai-ramai, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, gadis terbabit bukan saja dijadikan alat pemujaan aneh berkenaan, sebaliknya dia juga dirogol secara bergilir-gilir kumpulan terbabit di kawasan semak berhampiran Taman Layang Layang, Taman Metropolitan Kepong dekat sini, selepas upacara berkenaan tamat.

Difahamkan, remaja malang berusia 19 tahun itu diserahkan kepada kumpulan lelaki terbabit oleh dua rakan baiknya sebagai korban dipercayai untuk dijadikan alat pemujaan ataupun pelengkap kepada upacara aneh itu selepas memperdaya mangsa untuk mengikuti mereka.

Menurut sumber, mangsa yang baru selesai bekerja di Subang Jaya, dekat sini, dijemput seorang lelaki dan wanita berusia 20-an iaitu rakan baiknya sebelum dibawa ke satu tempat gelap beberapa kilometer dari tempat kerjanya.

“Seorang daripada rakannya mengarahkan mangsa turun dari kereta sebelum memukulnya sehingga pengsan. Mata mangsa ditutup menggunakan pita pelekat putih manakala tangannya diikat.

“Mangsa dibawa ke satu kawasan semak dan diserahkan kepada tiga lelaki warga tempatan yang menunggu remaja terbabit di tempat berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa yang tersedar selepas beberapa ketika sempat mendengar kedua-dua rakannya itu berbincang dengan kumpulan terbabit mengenai penyerahannya kepada mereka.

Dia yang ketakutan berusaha melepaskan diri, namun gagal.

Sekadar Gambar Hiasan

Sumber berkata, mangsa dibawa ke dalam semak dan seorang daripada suspek membakar hujung rambutnya sebagai tanda remaja itu diserahkan kepada kumpulan terbabit sebagai korban.

Difahamkan, kedua-dua rakan baiknya itu meninggalkan mangsa kepada kumpulan terbabit selepas selesai membakar hujung rambut.

“Dalam keadaan matanya tertutup, mangsa diugut mendiamkan diri. Kumpulan terbabit meletakkan sebilah parang di belakang mangsa yang dibaringkan.

“Selepas beberapa ketika, mangsa dirogol bergilir-gilir ketiga-tiga lelaki itu. Rayuan mangsa supaya dibebaskan tidak diendahkan, sebaliknya dia dirogol hampir dua jam,” katanya.

Selepas kumpulan terbabit selesai melampiaskan nafsu mereka, seorang daripada suspek menghantar mangsa ke jalan utama.

Difahamkan, dia juga diugut kumpulan terbabit supaya merahsiakan kejadian berkenaan dan mendakwa akan mencarinya semula jika menghebahkan kepada keluarga mahupun membuat laporan polis.

Selepas beberapa jam menunggu, mangsa berjaya menahan sebuah kenderaan. Bagaimanapun, pemilik kenderaan terbabit yang dalam perjalanan pulang ke Ampang menurunkan mangsa di Ampang Point, dekat sini.

Mangsa kemudian menghubungi rakannya supaya menjemputnya di kawasan berkenaan.

Sumber berkata, beberapa minit kemudian, rakannya tiba dan membawa mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang, untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Kes ini masih dalam siasatan dan sehingga kini belum ada tangkapan dibuat,” katanya.[Metro]


-->
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Thank you, I've recently been searching for info approximately this subject for ages and yours is the best I have found out till now. But, what concerning the conclusion? Are you sure in regards to the source?

    Take a look at my blog post ranger forum

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.