DISKO BUKAN TEMPATNYA


Saya terbaca perihal keinginan Dr Asri yang mahu berdakwah di disko. Katanya, usaha itu akan dimulakan tahun depan. Biarpun belum dilaksanakan, sudah ada pihak yang mempersoalkan tentang kewajaran teknik dakwah yang sebegitu rupa.

Pada saya, niat Dr Asri itu baik tapi caranya tidak praktikal langsung. Maaf!

Disko adalah tempat yang gelap dan bising. Majoriti pengunjungnya pula sedang khayal atau mabuk. Tiba-tiba, Dr Asri dan kumpulannya masuk ke dalam disko dan meminta DJ mematikan sebentar lagu yang dimainkan. Kemudian, beliau terus memberikan dakwahnya.

Lalu, apa yang akan terjadi?

Pertama, saya tidak fikir mereka yang sedang khayal dan mabuk itu akan mendengar dakwah Dr. Asri. Silap haribulan, ada yang akan membaling botol arak atau mencerca tindakannya. Mereka kan sedang mabuk dan tindakan mereka nanti akan dikuasai oleh suruhan nafsu dan syaitan. Lebih parah lagi jika pengusaha disko itu pula menyaman Dr Asri kerana mengakibatkan kerosakan di tempat mereka.

Katakan Dr Asri dan kumpulannya menunggu di pintu masuk disko dan cuba berdakwah kepada mana-mana pengunjung muslim yang mahu masuk ke disko itu. Saya tidak fikir yang mereka akan masuk ke disko itu bila terpandangkan sekumpulan orang berkopiah putih sedang menunggu di situ. Mereka ini tentunya akan beralih arah ke disko yang lain pula. Dakwah cara ini juga tidak praktikal.

Jadi, apakah dakwah yang praktikal?

Pertama, Dr Asri hendaklah menggunakan sokongan ahli politik yang ada padanya untuk menggubal satu undang-undang yang:

1) Menghadkan jumlah pengeluaran lesen pusat hiburan di bandar-bandar besar atau kecil. Cukai yang paling tinggi hendaklah dikenakan kepada pusat hiburan sehingga kaum pemodal tidak berani untuk mengambil risiko bagi menjalankan perniagaan tersebut.

2) Umat Islam tidak dibenarkan langsung untuk bekerja atau mengunjungi mana-mana pusat hiburan. Jika tidak, denda maksimum akan dikenakan.

Kedua, Dr Asri hendaklah menggunakan sokongan artis yang ada padanya untuk membuat filem, drama atau rancangan hiburan yang berbentuk Islamik. Misalnya, buat filem seperti Bila Cinta Bertasbih atau rancangan Salam Café. Jangan hasilkan lagi produk-produk hiburan yang bertentangan dengan Islam seperti Akademi Fantasia, Mentor ataupun Bintang RTM.

Ketiga, Dr Asri hendaklah menggunakan sokongan orang muda yang ada padanya untuk membuat satu kumpulan yang menjalankan aktiviti seperti ‘ala tabligh’ atau ‘ala ikhwanul muslimin’ dan berdakwah pada rakan sebaya mereka. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti khemah ibadat, konvoi amal, mengadakan pameran seni kreatif, berlakon teater Islamik, menghasilkan laman sesawang info Islam, membuat animasi kisah-kisah pejuang Islam dan banyak lagi.

Kesimpulannya, sebarang usaha untuk mengajak kepada yang makruf dan memusuhi perkara yang mungkar adalah tuntutan dalam Islam dan akan dibalas dengan syurga Allah SWT. Biar apapun halangannya, dakwah mesti dilaksanakan. Namun begitu, kaedah yang mahu digunapakai hendaklah selari dengan peredaran zaman serta mampu meninggalkan kesan yang mendalam. Wallahu’alam.

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. salam..
    saya tetap puji tindakan dr asri utk brdakwah di disko..
    sekurangnye ade jugak org yg berani utk berdakwah di tempat begitu...
    kite jgn la mudah mnghukum org itu ini..
    mngatakan dakwah cara ini x praktikal la...
    Hnya Allah maha mnghukum...
    kalu nk dakwah kt msjd je..
    cmne la msg dakwah tu nk smpai kt org yg maseh trpedaya dgn dunia ni...huhu
    sekian dr hamba yg lemah

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.