BOLEHKAH MALAYSIA MENANG?

KETIKA ini, semuanya ghairah memperkatakan mengenai skuad negara. Ramai yang tidak sabar untuk melihat Malaysia akhirnya kembali ke persada bola sepak serantau dengan gapaian pingat emas kali ini.

Namun semua itu tampak sedikit menggelisahkan pengendali, K Rajagobal. Baginya, apa yang disaksikan di Vientiane kali ini bukan 'barangan sudah sempurna.'

"Mesej saya kepada penyokong negara ialah supaya kita dapat bersabar. Apa yang dapat dilihat ketika ini ialah ada sesuatu dalam pasukan ini. Untuk mara sejauh ini adalah satu pencapaian dan pujian harus kita berikan kepada pemain.

"Ketika ini, apa yang amat penting ialah untuk kita semua memberikan segala bantuan dan sokongan, tidak kira apa keputusan sekalipun di final nanti. Saya harap tiada tekanan tinggi diletakkan ke bahu mereka.

"Apa yang sudah mereka lakukan, kita patut berbangga. Cuma, pasukan ini masih perlukan masa. Ketika saya terima tanggungjawab dahulu, saya minta diberikan tiga tahun. Ada peningkatan yang kelihatan, tetapi masih juga ada kelemahan yang perlu diperbaiki lagi," katanya.

Malah Rajagobal mahu melihat Vietnam selaku barisan pilihan apabila kedua-dua pasukan bertemu di final, esok � tambahan pula selepas skuad bimbingan Henrique Calisto itu berjaya menewaskan pasukan kendaliannya 3-1 di peringkat kumpulan sebelum ini.

Cuma, itu tidak bermakna Rajagobal sudah sedia untuk menyerah kalah.

"Segalanya kini terpulang kepada pemain. Kita sudah sampai ke sini, mereka kini perlu ada keyakinan dan kepercayaan bahawa ianya mampu dilakukan. Ini peluang terakhir, apa sahaja boleh berlaku.

"Ketika ini, keyakinan saya masih kuat untuk mereka," katanya.

Laluan menanti memang tidak akan mudah, tetapi seperti ditegaskan Rajagobal, anak buahnya tidak akan menjadikannya mudah buat Vietnam - dalam memburu pengiktirafan selaku pasukan terbaik pada temasya kali ini. [SUMBER: BERITA HARIAN]

Nota: Perlawanan akhir ini boleh disaksikan di blog ini. Untuk menyaksikannya, sila klik di sini.

"Jika anda berminat dengan artikel yang dimuatkan di blog ini, dapatkannya terus ke peti email anda. Klik je kat sini!"
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.