BENARKAH KJ & ZAHID BERPAKAT UNTUK JATUHKAN NAJIB?

Jika kita rajin membaca blog-blog yang menyokong Umno, khususnya blog-blog yang Pro-Mahathir, kelihatan sudah ada suara-suara yang mahu menyatakan; Khairy dan Zahid sedang berpakat untuk menjatuhkan Najib.

Menurut pendapat mereka, KJ & Zahid sedang berusaha untuk memusnahkan imej Najib agar penyokong Umno bangkit menolak kepimpinan Najib sebagaimana yang berlaku ke atas Pak Lah dahulu.

“Sifirnya mudah. Jika jatuh Datuk Seri Najib, secara automatiknya Zahid akan menjadi Timbalan Presiden UMNO kalau mengikut senioritinya sebagai Naib Presiden UMNO yang paling kanan. Setelah menjadi Timbalan Presiden UMNO, secara automatik Zahid akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.” demikian kata pemilik blog Anti Khairy.

Kononnya, KJ dan Zahid tidak ‘berdendam’ dengan Najib tapi mereka berdendam dengan Mahathir.

KJ berdendam dengan Mahathir kerana Mahathir yang membuatkan dirinya tersisih dari kabinet Najib dan Khairy juga tidak akan lupa bagaimana dirinya dan bapa mertuanya (Pak Lah) dihina sebegitu teruk oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Manakala Zahid pula pernah dipenjarakan Mahathir kerana menyokong Anwar pada era reformasi 1998.

Atas alasan itu maka blog-blog yang pro-Mahathir mula membuat andaian bahawa memang benar terdapat pakatan antara KJ dan Zahid untuk menjatuhkan Najib kerana Najib adalah penyambung legasi Mahathirisme dalam Umno dan kerajaan Malaysia.

Andaian itu semakin kukuh bila Zahid membocorkan rahsia kehilangan enjin pesawat TUDM kepada umum walhal perkara itu sudah lama berlaku dan sedang disiasat polis.

Apa motif Zahid mendedahkan perkara itu kepada umum? Adakah kerana dia mahu menunjukkan dirinya amat telus di mata umum? Atau adakah kerana dia mahu menunjukkan kerajaan sekarang lebih telus dari dulu?

Samada Zahid sedar atau tidak, pendedahan itu telah pun mencalarkan imej Najib di mata umum. Biar apapun penerangan yang Zahid cuba berikan untuk membela Najib, namun ianya sudah tidak berguna lagi.

Lihat sahaja bagaimana Pakatan Rakyat memainkan isu ini untuk menggambarkan kelemahan Najib dan menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes yang melibatkan kedaulatan dan pertahanan negara ini.

Teryata Najib hanya berdiam diri dengan desakan itu kerana mungkin beliau sudah dapat membaca kesan yang bakal berlaku terhadap kedudukan dirinya.

Manakala Mahathir pula cuba membantu Najib untuk mengalihkan isu jet ini dengan meminta Najib menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD) bagi menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Barry Wain melalui bukunya ‘Malaysian Maverick’.

Taktik Mahathir ini sudah dapat dibaca. Dengan tertubuhnya SSD kes penyelewengannya, maka perhatian akan lebih tertumpu kepada kesnya sahaja sehingga SSD untuk menyiasat kes kehilangan enjin TUDM akan dipinggirkan rakyat.

Sungguhpun Najib lebih selesa dengan jawapan ‘no comment’nya, namun rakyat sudah dapat melihat dengan jelas apa yang telah berlaku sewaktu era pentadbirannya sebagai Menteri Pertahanan.

Bom C4 yang digunakan untuk mengebom Altantuya dipercayai datangnya dari pihak tentera. Pembunuhan Altantuya pula dikaitkan dengan komisyen kapal selam. Pembelian helikopter Cougar dibatalkan kerana harganya tidak masuk akal dan yang terkini, enjin pesawat yang besar itu pun boleh hilang sewaktu Najib memegang kementerian itu.

Kini Najib memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan. Apa lagi yang boleh 'hilang' selepas ini?

Baru-baru ini, UMNO Pulau Pinang yang diterajui Zahid menggesa Gerakan menyerahkan teraju kepimpinan BN kepada Umno. Mengapa perlu Zahid menaikkan isu kepimpinan BN Pulau Pinang sedangkan tuntutan itu sememangnya tidak memberikan apa-apa kredit kepada BN Pulau Pinang? Adakah Zahid sengaja mahu menjerat Najib?

Jika benar Zahid mahu menjerat Najib, jerat itu sudah mengena bilamana Najib membuat keputusan untuk tidak menyokong atau menolak tuntutan itu. Semua pihak hanya disuruh ‘tutup mulut’.

Keputusan seperti itu telah mengecewakan segelintir penyokong Umno dan secara tidak langsung, Zahid pula yang dilihat lebih berani dari Najib untuk memperjuangkan hak orang Melayu di Pulau Pinang.

Akan bersambung…

Nota: Konspirasi dalaman Umno ini nampaknya semakin menarik untuk diteliti. Kebanyakan blog-blog yang pro Pakatan masih lagi tidak mengutarakan perkara ini. Mungkin kerana mereka sedang sibuk untuk menjatuhkan pemimpin mereka sendiri.


-->
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. salam... ini pandagn ikhlas dari saya...
    kaj dad nzahid adalah generasi y dan pemimpin seperti najim dan se era dgnnya adalh generasi baby boomers...

    didlm umno kita boleh lihat.. perbezaan pendapat dan gab antara dua generasi ini.. birokrasi yang berlaku didalam umno amat serius.. pada saya sudah masanaya generasi muda ynag membuat keputusan dan memimpin...

    KJ dan zahid tidak diberi peluang untuk bersuara malah mereka terus dilupakan.. lihatlah saja.. kauta menteri sepatutnya dimiliki oleh KJ sebagai ketua pemuada... akan tetapi birokrasi didalam kepimpinan itu sendiri mencemarkan umno...

    Saya tidak mewakili mana2 pihak.. dan pandangan saya sudah tiba masanaya golongan boomers meletakkan kepercayaan kepada generasi muda untuk membuat keputusan...

    sekian... tulus iklas dari Profnotetree...

    ReplyDelete
  2. saya rasa KJ dan Zahid tidak sebodoh ini politik mereka , ini sebenarnya hanya angkara dengki khianat org terhadap mereka berdua kerana Zahid adalah MT Yang paling popular satu ketika dan memenangi Naib Presiden tanpa masalah sementara KJ dapat low class kan Muhriz. Jika mereka sebodoh ini tentu mereka tidak berada dalam jawatan yang mereka duduk sekarang , sila rujuk kepada sini

    ReplyDelete
  3. Entri anda kali ini banyak mengemukakan teori percaturan, macam main chess. Terlalu banyak possibility. Bila anda membuat banyak andaian, sedikit demi sedikit anda akan mendapat jawapannya.

    Saya tertarik dengan politik Pulau Pinang. Saya rasa Zahid betul dengan andaiannya, tanpa mencampur-adukkan dengan lain-lain teori. Pada saya pengundi Cina tidak akan mengundi BN lagi setelah DAP bertapak. DAP banyak mensasarkan pemansuhan DEB dengan memberi alasan merit di dalam setiap keputusan. Ramai Melayu tidak suka. Dulu mereka terasa terpinggir di Pulau Pinang. Kini mereka terasa semakin jauh terpinggir. Bagi pengundi Cina pula ini yang mereka mahu.

    Oleh itu BN akan terus kalah jika banyak kerusi diperuntukkan kepada Gerakan kerana pengundi Cina tidak mengundi Gerakan juga pengundi Melayu. Oleh itu untuk menang di PRU akan datang, BN perlu diterajui oleh UMNO dan lebih kerusi diperuntukkan kepada UMNO. UMNO pernah menang dengan kerusi terbanyak dulu tapi jawatan KM diberikan kepada Gerakan.

    Apa yang saya tuliskan juga merupakan andain, seperti andaian anda juga. Mungkin ramai yang tidak bersetuju, tetapi jawapannya akan kita lihat di dalam PRU yang akan datang.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.