BUAT DUIT DENGAN EMAS


Harap maaf. Hari ini tidak ada entri politik.

Kali ini saya ingin membicarakan tentang emas dan cara termudah (mungkin juga terbaik) untuk menjadikan emas sebagai pelaburan yang menguntungkan.

Pertama sekali, lihat pada graf di bawah:



Kemudian, lihat pada graf di bawah ini pula:



Soalan 1: Apa yang dapat anda fahami tentang pergerakan harga emas sejak 5 tahun yang lalu?

Jawapan ringkasnya adalah harga emas sentiasa naik! Ya, memang benar. Harga emas sentiasa naik sejak 5 atau 10 atau 15 atau setahun yang lalu.

Soalan 2: Berapakah keuntungan yang telah anda perolehi jika anda menyimpan 10 gram emas sejak bulan November 2008?

Harga 1 gram emas pada November 2008 adalah RM 87.60 dan nilai simpanan emas anda pada waktu itu adalah RM 876.00

Harga 1 gram emas pada hari ini (25/11/2009) adalah RM 128.40 dan nilai simpanan emas anda pada hari ini adalah RM 1,284.00

Jawapannya, sejak setahun yang lalu, keuntungan yang telah anda perolehi dengan menyimpan 10 gram emas adalah RM 408.00

Soalan 3: Berapakah keuntungan yang akan anda perolehi jika anda menyimpan RM 876 itu ke dalam ASB sejak setahun yang lalu?

Saya membuat kiraan berdasarkan:

Dividen: 7 sen / unit
Bonus: 1.75 sen / unit

Formula untuk mengira dividen ASB adalah :

Pendapatan Dividen = dividen x baki minimum akaun
= 0.07 x 876.00
= RM 61.32

Formula untuk mengira bonus ASB adalah :

Pendapatan Bonus = bonus x [(baki minimum akaun * 12) / 120]
= 1.75% x [(10,512) / 120]
= 1.75% x [87.60]
= RM 1.53

Jawapannya, anda akan memperolehi RM 62.85 jika menyimpan RM 876 itu ke dalam ASB.

Soalan 4: Pelaburan manakah yang lebih menguntungkan? Emas atau ASB?

Berdasarkan kiraan di atas, sudah tentu emas adalah pelaburan yang paling menguntungkan. Dengan modal RM 876, anda telah berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM 408 iaitu 68% daripada nilai pelaburan anda. WOW! Menakjubkan.

Bayangkan jika anda telah melabur sebanyak 100 gram emas pada November 2008, keuntungan yang telah anda perolehi boleh dilihat dalam rajah di bawah ini:



Soalan 5: Bagaimanakah caranya untuk saya memulakan pelaburan emas?

Ada banyak cara.

Yang paling mudah adalah anda pergi sahaja ke mana-mana kedai emas dan beli emas. Tak kisahlah cincin ke, rantai ke, loket ke atau gelang kaki. Tapi saya tak suka dengan cara ini jika emas itu ingin dijadikan pelaburan.

Untuk menjadikan emas sebagai pelaburan, saya sarankan anda gunakan kaedah di bawah kerana ianya selamat dan tiada risiko penipuan:

1) Buka akaun emas di Maybank

Untuk membuka akaun ini, anda kena beli sekurang-kurangnya 5 gram emas. Kalau ikut harga emas Maybank hari ini (25/11/2009), anda kena keluarkan modal sebanyak RM 651.95. Untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang akaun ini, [sila klik di sini].

Memanglah bank lain ada tawarkan produk yang sama dan spreadnya (beza harga belian dan jualan) lebih kecil. Tapi, saya lebih prefer kepada Maybank kerana produknya HALAL [sila rujuk di sini].

Jika anda berhasrat untuk membuat keuntungan segera dengan cara ini, baik anda lupakan kerana akaun ini hanya sesuai untuk pelaburan jangka panjang (1 tahun ke atas).

2) Beli emas ketul


Kaedah ini adalah yang terbaik jika anda mahu memulakan pelaburan emas. Di negara ini, ada banyak syarikat yang menjual emas ketul @ jongkong (999) kepada pelanggan mereka.


Anda boleh membeli emas ketul (999-Fine Gold) yang beratnya 20 gram, 50 gram, 100 gram atau 1 kilogram. Antara syarikat yang saya lebih prefer untuk urusan jual-beli emas ketul@jongkong ini adalah PUBLIC GOLD.

Selain spreadnya yang rendah, ketulenan emas yang dijual mereka juga sudah teruji (siap ada sijil ketulenan yang dikeluarkan). Emas ketul yang dijual mereka juga boleh digadaikan di Ar-Rahnu. Tiada masalah!

Jika anda mahu menjual emas ini bagi mendapatkan keuntungan, jangan jual di kedai emas atau kedai pajak. Jualkan sahaja emas itu kepada mereka.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang produk ini, [sila klik di sini].

3) Beli dinar emas

Kijang emas dan Dinar Kelantan adalah dinar emas yang cukup popular di Malaysia. Namun begitu, untuk mendapatkan dinar ini agak sukar kerana kuantitinya terhad. Misalnya, jika anda mahu membeli syiling kijang emas di Maybank, anda mungkin terpaksa duduk dalam ‘waiting list’ sebelum dipanggil oleh pihak bank. Jika dipanggil pun, kadang-kadang ‘jenis’ kijang emas yang kita mahu beli itu tiada dalam simpanan mereka.


Lagi satu, Maybank takkan beli semula Kijang Emas yang sudah tercalar. Jadi berhati-hatilah.

Kesimpulan

Menjadikan emas sebagai salah satu bentuk pelaburan utama adalah sangat bijak kerana emas adalah aset yang mudah tunai dan kalis inflasi.

Jika pada zaman Nabi Muhammad SAW, harga seekor kambing = 1 dinar emas, harga kambing pada zaman ini juga masih lagi = 1 dinar emas (RM5++).

Jika anda sedang merancang untuk membuat pelaburan, mungkin emas adalah pilihan yang tepat buat anda!

Selamat melabur!

Nota:

1) Saya bukanlah agen bagi mana-mana bank atau syarikat yang menjual emas!
2) Untuk menyemak harga semasa emas di Malaysia, sila klik di sini.
3) Zakat emas hanya dikenakan untuk 85 gram ke atas. Untuk membuat pengiraan zakat, sila klik di sini.
4) I ounce emas = 31.1034768 gram emas.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Puan

    saya dalam proses nak jadi ejen public gold,
    tapi kalau nak beli sekarang pun boleh juga, pasal dah ada sebahagian drpd stok

    ReplyDelete
  2. Bagi saya, tak perlu minta maaf bila tiada entri politik. Poltik Malaysia memang dah kacau bilau dan berbincang mengenainya kadang kala boleh menyakitkan hati, apa lagi bila orang Islam mula berpecah-belah.

    Entri diatas bagi saya adalah antara yang terbaik. Saya setuju pelaburan dengan emas adalah antara yang paling selamat dan lebih menguntungkan. Diharap lebih banyak entri mengenai ekonomi dari saudari.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.