MANEK URAI MENANTI KEJUTAN BESAR?

Beberapa jam sahaja lagi, pengundi Manek Urai akan turun ke gelanggang peti undi. Parti manakah yang akan menang masih menjadi teka-teki. Selera 2 ribu pengundi muda yang kini berada di luar daerah sedang diteliti dan dikaji. Persoalan yang bermain kini, jika mereka tidak pulang, parti mana yang akan rugi?

Berdasarkan kepada pemerhatian beberapa penganalisis politik, PAS yang dilihat lebih memerlukan khidmat kumpulan itu. Jika mereka tidak pulang, berkemungkinan besar BN akan menang di Manek Urai.

Alasannya mudah.

Pengundi yang menetap di Manek Urai lebih memerlukan BN buat masa ini kerana inilah peluang untuk mereka menikmati segala janji pembangunan yang telah ditaburkan oleh BN. Lebih-lebih lagi, sejarah pemilihan lalu membuktikan kawasan Manek Urai bukanlah kubu kuat PAS yang boleh digerunkan.

Pada penilaian mereka, kemenangan ataupun kekalahan PAS di Pilihanraya Kecil Manek Urai tidak akan membawa apa-apa perubahan pada pentadbiran kerajaan negeri kerana majoriti kerusi DUN masih dikuasai oleh PAS. Jika BN yang dipilih kali ini, PAS tidak kalah dan BN pula bukanlah pemenang dalam erti kata yang sebenarnya.

Pemenang sebenar dalam percaturan ini adalah penduduk di kawasan Manek Urai.

Sungguhpun PAS telah diramal ‘boleh kalah’ sebelum ini, namun ramalan itulah yang telah menjadi faktor pendorong kepada penyokong PAS yang kini berada di luar kawasan untuk pulang pengundi. Mereka-mereka ini pastinya akan cuba memujuk seberapa ramai ahli keluarga ataupun kenalan mereka untuk pulang mengundi bagi memastikan kerusi Manek Urai terus kekal di tangan PAS.

BN sedar, jika 60% sahaja pengundi luar daerah ini pulang, maka peluang untuk BN menang akan semakin tipis. Mahu atau tidak mahu, mereka terpaksa gunakan taktik lama iaitu menjanjikan projek pembangunan besar seperti jambatan yang berharga jutaan ringgit. Sekurang-kurangnya, projek seperti itu boleh menambat hati sebilangan pengundi untuk mengurangkan ancaman pengundi luar daerah.

BN juga tahu, taktik ‘kerajaan perpaduan’ tidak lagi boleh digunapakai di Kelantan kerana rakyat Kelantan lebih mendengar penjelasan Nik Aziz daripada penjelasan Muhyiddin mahupun Khairy. Oleh sebab itu, BN memilih strategi yang dekat di hati pengundi seperti jalanraya dan jambatan yang mungkin amat diperlukan oleh pengundi di Manek Urai buat masa ini.

Pada sesetengah penganalisis politik yang lain, isyarat kemenangan BN belum begitu jelas di Manek Urai. Kebanyakan program BN hanya indah di suratkhabar BN dari rupa sebenarnya. Sungguhpun begitu, PAS tidak boleh memandang perkara itu sebagai satu kelebihan buat mereka. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan tidak mustahil kalau PAS boleh tewas dengan majoriti kecil, seperti yang berlaku pada PRU tahun 2004.

Apa yang dapat dilihat kini, jentera BN tetap bersungguh-sungguh untuk memastikan kerusi Manek Urai jatuh semula ke tangan BN, biarpun dengan majoriti 1 undi. Jika mereka berjaya di Manek Urai, kemenangan itu pastinya akan digunakan habis-habisan sebagai propaganda kejayaan mereka ‘menambat semula’ hati pengundi.

Jika ditakdirkan BN menang esok hari, namun keputusan itu tidak boleh dijadikan kayu pengukur sebenar untuk menilai selera pengundi pada PRU ke 13 kelak. Apatahlagi jika ia melibatkan pengundi di negeri Kelantan yang sememangnya sudah dilabel sebagai pengundi yang bijak ‘mengenakan kawan dan lawan’.

Biarpun tidak ke Manek Urai dan hanya berpandukan kepada ulasan berita di internet, namun saya agak yakin, PAS masih mempunyai harapan untuk menang jika peratusan keluar mengundi melebihi angka 80%. Jika peratusannya lebih rendah dari itu, tidak mustahil BN akan berjaya mengurangkan majoriti kemenangan PAS atau mencapai kemenangan tipis.

Menurut ramalan kawan saya, kejutan besar bakal berlaku esok hari. Bila ditanya apakah kejutan itu, dia menjawab, “MAJORITI”. Apapun, lihat sahaja keputusan yang bakal diumumkan seawal jam 8.00 malam esok. Mungkin juga “kejutan” yang dimaksudkan itu akan bertukar menjadi “igauan ngeri”. Wallahu’alam.

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.