Seorang gadis berusia 19 tahun bertindak nekad mahu membunuh diri dengan berlari masuk ke laut di Pantai Batu Burok, dekat sini, kira-kira jam 2.30 petang semalam.
Kejadian dipercayai berlaku selepas gadis berkenaan melihat khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau asmara dalam telefon bimbit milik teman lelakinya ketika mereka ada di pantai berkenaan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) negeri, Superintendan K Manoharan, mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan mengenainya dijalankan.
“Saya tidak dapat memberi butiran lanjut mengenai kejadian itu kerana kejadian baru berlaku, namun yang pasti mangsa kini dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan.
“Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh, mangsa berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan ada di situ kira-kira jam 2.30 petang bersama teman lelakinya,” katanya.
Metro Ahad difahamkan, mangsa yang juga pekerja kedai makan di Batu Burok dipercayai cemburu sebaik melihat SMS teman lelakinya yang bekerja sebagai buruh menyebabkan dia berlari ke laut.
Seorang nelayan yang menyaksikan kejadian itu, Abu Bakar Muda, 42, berkata dia pada mulanya menyangka mangsa ingin bermain ombak apabila melihat gadis berkenaan berlari ke pantai sebelum teman lelakinya menariknya beberapa kali.
“Selepas beberapa ketika, lelaki berkenaan meminta pertolongan saya... mungkin selepas dia gagal memujuk wanita itu,” katanya.
Abu Bakar yang menunggu kepulangan rakan dari laut berkata, dia kemudian bergegas ke tempat kejadian dan dimaklumkan mengenai hasrat wanita itu lalu meminta gadis itu bertenang dan memujuknya tidak meneruskan niat.
“Dia (mangsa) menceritakan masalah hubungan dengan teman lelakinya dan mendakwa buruh berkenaan menipunya apabila ada teman wanita lain.
“Saya kemudian meninggalkan pasangan itu dan mangsa dilaporkan pengsan, menyebabkan orang ramai yang turut ada di situ menghubungi polis,” katanya.
Sementara itu, Metro Ahad yang tiba di lokasi kejadian mendapati wanita itu dipangku seorang lelaki dan belum sedarkan diri manakala beberapa anggota polis berkawal di tempat kejadian sementara menanti ketibaan ambulans.
Sumber asal: Harian Metro
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
- Blogger Comment
- Facebook Comment
1 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Do you need personal loan?
ReplyDeleteLoan for your home improvements,
Mortgage loan,
Debt consolidation loan,
Commercial loan,
Education loan,
Car loan,
Loan for assets.
financialserviceoffer876@gmail.com WhatsApp +918929509036