BENARKAH HAJI HADI BUAT SALAH?

Ada penyokong PAS yang marah dengan Presidennya bila isu kerajaan perpaduan tidak mendapat kata putus; samada mahu diteruskan ataupun ditamatkan serta-merta.

Mereka yang marah itu berpendapat, Haji Hadi dan Ustaz Nasha mahu membawa PAS masuk dalam UMNO. Itu yang mereka tak dapat terima. Bagi mereka, kalau PAS nak bergabung dengan UMNO, itu kerja gila!

Tatkala dunia sedang dilanda selsema babi yang kini dikenali sebagai Influenza A (H1N1), PAS pula diberitakan sedang dilanda virus H1N1 yang merujuk kepada peranan yang dimainkan oleh Hadi dan Nasha.

Jika wabak ini tidak dapat dikawal dengan berkesan, berkemungkinan besar PAS akan diserang penyakit ‘pecah-belah’. Kononnya, tanda-tanda itu sudah ada.

Melihat kepada telatah para penyokong PAS yang cepat melatah dengan isu kerajaan perpaduan, media yang dikuasai BN terus mempergunakan isu ini sebagai bahan kempen mereka untuk melemahkan kedudukan PAS dan Pakatan Rakyat di mata pengundi.

Sepatutnya, penyokong PAS tidak perlu melatah bila media BN memainkan isu ini. Lagipun bukan mudah berita PAS mahu menjadi paparan utama di media BN. Peluang ini seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk mengajak seberapa ramai ahli UMNO berpadu tenaga dengan PAS.

Yang dapat difahamkan ketika ini, isu PAS nak masuk UMNO memang tidak pernah bermain di kepala Presiden PAS. Dalam ucapan pergulungannya, beliau masih mempertahankan pendirian yang PAS tidak akan bergabung dengan BN. Yang ingin dilakukannya hanyalah berunding untuk masa depan umat Islam di negara ini.

Pada beliau, UMNO kini ibarat kapal yang sedang karam. Sudah tiba masanya ahli UMNO berhijrah ke kapal PAS dan berpadu tenaga untuk mengukuhkan kedudukan PAS. Lihat sahaja bagaimana kaum Cina sanggup berpindah dari satu kapal ke kapal yang lain untuk memastikan survival kaum itu dapat diteruskan. Misalnya di PRK Kuala Terengganu, mereka menyokong UMNO dan PRK Bukit Gantang, mereka menyokong PAS.

Hari ini mungkin kaum Cina sedang berada di kapal DAP, esok lusa mereka mungkin kembali ke kapal MCA atau Gerakan. Orang Melayu dan Islam juga harus bersikap begitu. Apa salahnya orang PAS membantu ahli UMNO yang sedang ‘kelemasan’ dan apa salahnya jika orang UMNO mengambil tali bantuan yang sedang dihulurkan oleh orang PAS?

Keupayaan dan kemampuan PAS menjadi pemimpin tidak dapat dipertikaikan oleh kawan dan juga lawannya. Sebagai contoh, kerajaan PAS mampu bertahan di Kelantan biarpun dengan 1 majoriti. Apa yang berlaku di Perak baru-baru ini jelas menunjukkan ketidakupayaan PKR dan DAP dalam konteks melahirkan pemimpin yang setia kepada parti dan perjuangan mereka.

Selama ini, PAS sudah biasa tewas dan menjadi pembangkang di peringkat pusat. Tatkala PAS sedang bersinar sebagai parti yang mampu menjadi peneraju kepimpinan di negara ini, PAS tidak angkuh. Sebaliknya PAS sanggup menghulurkan tangannya untuk membantu mereka yang sedang lemah, khususnya umat Islam di negara ini.

Apa yang cuba dilakukan kini adalah sesuatu yang baik dan terpuji. Tidak sombong ketika kuat dan tidak malu ketika lemah.

Dalam ayat 25 Surah At-Taubah, Allah SWT mengingatkan kita supaya tidak merasa megah dengan kemenangan yang kita perolehi serta bilangan kita yang ramai kerana bilangan yang ramai itu belum tentu mendatangkan apa-apa faedah.

Hari ini, umat Islam adalah umat yang teramai di muka bumi. Malangnya, kedudukan Islam tidak pula sekuat bilangan umatnya. Negara-negara Islam ternyata memiliki sumber minyak yang besar, akan tetapi ekonomi negara-negara Islam tidaklah sehebat mana.

Umat Islam kini memang hebat dalam bab berpecah-belah. Dari Palestine ke bumi Malaysia, umat Islam dilihat begitu sukar untuk bersatu demi membentuk perpaduan ummah yang memungkinkan kegemilangan Islam kembali diagungkan. Hanya kerana perkara-perkara kecil dan perebutan kuasa, umat Islam suka berkelahi daripada berkompromi.

Kini PAS dianugerahkan Allah dengan harta yang berbentuk kuasa. 2 negeri diizinkan oleh Allah untuk diterajui PAS setelah Perak tumbang ke tangan BN. Jika benar PAS mahu bersatu dengan UMNO, PAS boleh menerajui kembali Perak dan membentuk kerajaan di Selangor dan Terengganu. Tetapi itu tidak dilakukan. PAS menolak idea kerajaan campuran tetapi membawa idea kerajaan perpaduan.

Perpaduan yang dimaksudkan itu adalah untuk PRU ke 13. Orang bukan Melayu kini tidak lagi melihat UMNO sebagai parti yang layak menerajui negara. Kegemilangan UMNO dalam lipatan sejarah negara bukan lagi sesuatu yang mengujakan bukan Melayu. UMNO kini dilihat sebagai parti yang dikuasai mereka yang korup dan tidak berkredibiliti.

Jika situasi ini berterusan, UMNO bakal berkubur pada PRU ke 13. Pada waktu itu, iklim politik Melayu/Islam akan menjadi huru-hara. Bayangkan pada waktu itu UMNO hanya menguasai negeri dan bukannya kerajaan pusat. Manakala bilangan kerusi yang dimenangi PAS pula tidak memungkinkan PAS dapat menerajui kepimpinan pusat.

Persoalannya nanti, adakah PKR yang membawa idealogi “ketuanan rakyat” akan lebih mendengar suara PAS atau suara DAP?

Ketidaksefahaman PAS dan DAP dalam isu negara Islam serta perlaksanaan hudud bukan lagi rahsia umum. Sehingga kini, belum ada lagi kata putus mengenai pendirian Pakatan Rakyat tentang idealogi pemerintahan PAS. Setakat ini PKR, DAP dan PAS hanya bersetuju untuk menghormati artikel 11 Perlembagaan Malaysia.

Apa yang dipersetujui itu sudahpun dilakukan oleh Barisan Nasional sejak dulu. Jadi, apa bezanya?

Bagi penyokong PAS, sudah tentu mereka ingin melihat PAS merealisasikan agenda Negara Islam yang diperjuangkan oleh mereka sejak dahulu. Apa gunanya PAS bergabung dalam Pakatan Rakyat dan hanya mencapai kemenangan sebagai parti sampingan pada PRU ke 13 nanti sepertimana yang berlaku hari ini?

Bagi penyokong UMNO pula, sudah tentu mereka ingin melihat survival Melayu dapat diteruskan. Apa gunanya orang UMNO terus menyokong UMNO jika parti itu tidak lagi mampu menjadi pemerintah pada PRU ke 13 nanti? Bukankah lebih baik jika mereka menyokong PAS kerana Islam dan Melayu itu memang berkait-rapat. Jika Islam dimertabatkan, orang Melayu juga akan mendapat tempiasnya.

Memanglah isu ini begitu kompleks dan jika tidak diuruskan dengan betul, ia boleh membawa perpecahan kepada PAS. Namun itu tidak bermakna yang PAS tidak boleh mencuba. Jika rakyat benar-benar mahu memilih Pakatan Rakyat sebagai pemerintah yang baru, maka rakyat juga harus membuat keputusan, siapakah yang lebih layak menjadi peneraju Pakatan Rakyat?

Tepuk dada, tanya selera!

Jangan sampai yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat! Ingatlah ayat 13 Surah Asy-Syuura, "Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya".

Sudah tiba masanya orang Melayu/Islam bersatu untuk membentuk satu kuasa yang memungkinkan untuk mereka menggubal satu dasar yang mendaulahkan Islam dan menghancurkan sekularisme yang telah sekian lama mencengkam potensi ummah di negara ini.

Dari ‘Aisyah r.a, dari Nabi s.a.w beliau bersabda:”Orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang paling suka bermusuhan.” (Riwayat al-Bukhari)



Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

13 comments:

  1. Ramai sangat yang termain, diracun dan dipersendakan oleh media kerajaan ni... jarum secara halus... tambah pula dihasut dengan bisikan Syaitan. Kenapa masih tidak menyedari?

    ReplyDelete
  2. betul tu
    ramai yang tidak dapat bezakan antara berunding dan bergabung
    tidak salah sesama umat Islam dan melayu berdamai
    hanya pendekatan politiknya sahaja yang mungkin berbeza
    dan salah faham yang kecil ini dikeruhkan lagi oleh media massa

    ReplyDelete
  3. tak logik sangatlah berunding dlm gelap dgn pemimpin UMNO kononya untuk selamatkan ahli-ahli UMNO dari kapal UMNO yg hampir tenggelam!!!

    ReplyDelete
  4. Konsep Kerajaan Perpaduan itu belum berapa jelas lagi. Kita tunggu detailnya nanti.

    Pada saya Hadi berpandangan jauh, dia proaktif memikirkan apa akibat PRU13 kepada orang Islam. 'Ketuanan Rakyat' tiada ertinya kepada umat Islam sekiranya PAS dipinggirkan.

    Saya percaya perpaduan yang dimaksudkan itu adalah perpaduan sesama Islam, sesuai dengan perjuangan PAS. Niat beliau adalah baik. Supaya semua orang Islam bersatu-padu membentuk kerajaan. Ianya tiada kena-mengena dengan PAS masuk UMNO atau UMNO masuk PAS. Bukankah orang Islam itu sama sahaja. Yang membezakan mereka adalah keimanan dan ketakwaan mereka.

    Najib pula dikatakan sedia mendengar apa yang Hadi ingin utarakan. Peluang sebegini jarang berlaku. Tidak salah duduk semeja dan berbincang.

    Jangan buang peluang yang ada. Dilain masa mungkin sudah terlambat dan tidak berguna lagi

    ReplyDelete
  5. Salam... Dari Kejauhan...

    Dalam banyak-banyak ulasan, kritikan, telahan, analisis, pandangan, luahan perasaan...

    Ini yang paling menggamit sebuah "ANGGUKAN"...

    Ulasan Puan berupaya mengembalikan secalit senyuman... Berupaya mengecewakan golongan pertama pencetus fahaman menongkah arus itu...

    Dengan hanya menyentuh perkara2 asas (basic)...

    Its true then, "Back to Basic" & "Back to square one"...

    Heh!

    Saya cuma melihat bahawa do'a mereka yang terhimpit dengan putar belit situasi ini dimakbulkan secara berperingkat, and you, Puan, is one of ALLAH's way to grant the prayer...

    Hidayah ALLAH itu kurniaan untukmu Puan, dan Puan berjaya menyampaikannya... Tahniah!

    Moga proses pemakbulan segala do'a kita ini terus berjalan lancar seperti perancanganNYA... Ameen...

    p/s : Kerajaan Campuran dan Kerajaan Perpaduan, berbeza... dan yakinkah anda bahawa kerumitan dan segala salah faham ini tercetus tanpa keligatan otak "BELIAU" ??? Amatan saya, The Master Mind is Always him... Trust my instinct.

    Regards,
    Raj - Kawan Lama

    ReplyDelete
  6. Salam... Dari Kejauhan...

    Dalam banyak-banyak ulasan, kritikan, telahan, analisis, pandangan, luahan perasaan...

    Ini yang paling menggamit sebuah "ANGGUKAN"...

    Ulasan Puan berupaya mengembalikan secalit senyuman... Berupaya mengecewakan golongan pertama pencetus fahaman menongkah arus itu...

    Dengan hanya menyentuh perkara2 asas (basic)...

    Its true then, "Back to Basic" & "Back to square one"...

    Heh!

    Saya cuma melihat bahawa do'a mereka yang terhimpit dengan putar belit situasi ini dimakbulkan secara berperingkat, and you, Puan, is one of ALLAH's way to grant the prayer...

    Hidayah ALLAH itu kurniaan untukmu Puan, dan Puan berjaya menyampaikannya... Tahniah!

    Moga proses pemakbulan segala do'a kita ini terus berjalan lancar seperti perancanganNYA... Ameen...

    p/s : Kerajaan Campuran dan Kerajaan Perpaduan, berbeza... dan yakinkah anda bahawa kerumitan dan segala salah faham ini tercetus tanpa keligatan otak "BELIAU" ??? Amatan saya, The Master Mind is Always him... Trust my instinct.

    Regards,
    Raj - Kawan Lama

    ReplyDelete
  7. Waktu Hadi mengarah dibuang patung penyu dibulatan Ladang semasa dia jadi MB orang kebingungan.Bingung kerana hadi tak arah pula patung sotong dan udang dibuang dipersimpangan jalan di Marang. Yang bingung dari kalangan penyokong kerana tidak semestinya apa yang dibuat dan difikirkan dari otak pemimpin mesti dimaklum dulu pada penyokong. Strategi adalah hak ketua.Macam main bola jurulatih tahu apa yang dirancang.Kalau tidak haru team tersebut. Politik lagi haru biru kalau kalau tak kena perhitungan.

    ReplyDelete
  8. Tak salah berbincang tapi jangan berbincang dalam gelap dan jangan menidak kan perbuatan. Mengakulah jika telah melakukan sesuatu, ini, bila di tanya tak mengaku hinggalah Pak Lah membongkarkan rahsia. Sekarang ini nampak pada PKR dan DAP bahawa Pas seperti gergaji dua mata . Yang sebenarnya bukan Pas yang gergaji dua mata tetapi hanya sebilangan kecil individu dalam Pas yang seperti itu.

    ReplyDelete
  9. Sungguh, Haji Hadi tak salah! Haji Hadi tak salah!!, Haji Hadi tak salaaaaaaaaaaaaaH!!!
    Yang salah orang lain, salah faham, salah maklumat, salah lapor, salah dengar, faham!!!

    ReplyDelete
  10. silap tu...kenapa kita nak tolong melayu umNo nih?semasa berkuasa,mereka lanyak kita,ingat kes roboh rumah masjid kat terengganu dulu,"orang orang" umno inilah yg kepalai kerja zalim tu.cthnya di rtb pengkalan merbau,orang umNo lah yang laporkan,dan akibatnya,rumah orang kampung jadi mangsa(sekarang salah seorang dari mereka dah lumpuh beb) ..jadi,nak tolong umNo,itu kerja gila..

    ReplyDelete
  11. Betul ke Hadi bemaksud macam tu? Hang sendiri ada pernah berbincang dgn Hadi yang tau apa yg beliau maksudkan?

    Kenapa dia sendiri tidak membuat penjelasan panjang lebar. Kenapa pula orang lain yang membuat penafian bagi pihak beliau? Orang-orang ini pula mereka yang tidak ber-authority dalam PAS.

    Hang ni official spokesman PAS ke? Atau official spokesman Hadi?

    Sebab ini lah keadaan menjadi makin kalut. Ramai sangat penyokong UG ni membuat komen 'bagi pihak' Hadi dan Nasa. Mereka berdua ni senyap sunyi, kalau bercakap pun sepatah sepatah, tidak memberi penjelasan menyeluruh. Yang orang-orang lain ni gatal sangat nak men-defend mereka berdua ini dengan memberi berbagai hujah seolah-olah daripada isihati Hadi sendiri, kenapa?

    Sedarlah NurAflah, orang macam hang ni lah yang memburukkan lagi keadaan. Apa yang patut hang buat, kalau hang ni jujur lah sebagai orang PAS sejati, penyokong-penyokong Hadi dan Nasa patut buat, IALAH MENDESAK HADI DAN NASA MEMBERI PENJELASAN TERPERINCI TENTANG UG INI DALAM SIDANG TERBUKA. Supaya semua persoalan terjawab. Supaya semua orang puas hati.

    ReplyDelete
  12. Salam ... kerajaan perpaduan satu idea yg bijak kala Melayu semakin berpecah ~ kenapa tidak kita rakyat Malaysia berfikir dgn lapang dada dan terbuka?? Kerajaan perpaduan tidak bermakna PAS akan masuk UMNO dan begitu jugak sebaliknya~ ttpi mmpunyai misi yg sama demi keberterusan ketuanan Melayu n Islam diletakkan ditempat yg tertinggi ... Kiranya boleh bergabung dgn DAP ((yg juga bnyak melanyak PAS dulu)) kenapa tidak dgn UMNO ... buangkan prasangka demi kami anak muda yg akan mewarisi keamanan dan kestabilan yg "anda" corakkan hari ini !!!!

    Mdm, i am glad to read ur entry ...

    wassalam
    satu bangsa kasihi semua

    ReplyDelete
  13. Salam.

    Maaf terlambat mengenali blog anti, ini pun kawan yang perkenalkan. Walaupun isu ni dah basi, ana terpanggil nak jawab tentang komen ABGJOE.

    Pertama2nya, dalam alam siber ni, perkataan yang ditaip menggunakan huruf besar kesemuanya menandakan kita nak melaungkannya. Adalah sangat tidak sopan jika kita menggunakan huruf besar tanpa sebarang sebab yang munasabah. Dengan nicknya ABGJOE saja kita dah boleh agak jenis manusia apa dia ni. Lain kali gunakanlah huruf kecil.

    Kedua, siapa yang dia panggil Hadi tu? Hadi tu tukang kebun sekolah dia ke? Hatta tukang kebun sekolah sekalipun kita akan panggil dengan gelaran yang bersesuaian dengan usianya. Biasanya tukang kebun sekolah akan dipanggil PakCik atau Pak. Untuk ABGJOE memanggil seorang Presiden partinya (kalau dia mendaftar sebagai ahli) merangkap seorang alim dan merangkap seorang yang lebih tua darinya (agak saya) dengan nama sahaja, nah, sekali lagi kita dah boleh agak budi pekerti dan sikap ABGJOE.

    Setiap pemimpin ada perancangannya tersendiri, takkanlah setiap percaturan beliau perlu diberitahu kepada umum, ada yang perlu dirahsiakan baru menjadi. Tapi kalau ABGJOE tetap mahukan Tuan Guru Hj Hadi memaklumkan segala perancangannya kepada saudara maka saya cadangkan saudara berdampinglah dengan beliau, ikut kemana beliau pergi kerana adakalanya beliau terpaksa memutuskan sesuatu dalam masa yang singkat, takut nanti tak sempat pula nak minta restu kepada saudara terlebih dahulu. Almaklum sajalah, siapalah beliau berbanding saudara dari segi perancangan dan percaturan politik.

    Pada saya gini je lah, bila kita dah melantik seseorang iu sebagai pemimpin, maka kita kena beri kepadanya sedikit ruang untuk beliau melaksanakan tugasnya sebaik mungkin dan jika ada perkara yang agak tidak sedap di mata kita maka jangan cepat melenting dan terus hilang rasa hormat seolah2 beliau langsung tidak pernah berjasa kepada parti. Tiba2 kita merasakan diri kita lebih baik dan lebih islamik dari pemimpin kita sendiri.

    Jenderal kita sendiri entah berapa banyak kali berunding dengan musuh2 negara tetapi adakah semuanya dimaklumkan? Malah kalau kita bertanya mungkin jawabnya tidak ada. Itu strategi kita, tetapi kalau pihak yang lagi satu mengambil sikap tidak menepati janji dengan mengumumkannya kepada semua maka kita jangan pula melenting dan terus menuding jari. Kita bersangka baik sahaja. Apa saudara ingat DAP tidak pernah berbincang secara gelap dengan Gerakan atau MCA?

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.