TOLAK UMNO BERMAKNA TIDAK PATRIOTIK?


Mungkin ramai yang sempat mengikuti rancangan Hujah yang disiarkan oleh TV9 malam semalam. Ahli panel yang diundang adalah Tan Sri Rahim dan DS Syed Hamid, calon Naib Presiden UMNO pada pemilihan Mac depan.

Tajuk perbincangan malam tadi adalah “Peralihan kuasa, apa yang berubah?”.

Melihat kepada tajuk perbincangan malam tadi, saya jangkakan isi perbincangan akan menjurus kepada “apa yang akan berubah”, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Tan Sri Rahim membuka hujahnya dengan melabelkan golongan muda yang menolak UMNO sebagai tidak patriotik. Padanya, golongan muda sudah lupa pada sejarah dan tidak tahu mengenang jasa UMNO. Ini yang menyebabkan golongan muda menolak UMNO.

Hujah dangkal TS Rahim itu disangkal oleh DS Syed Hamid. Padanya, golongan muda tidak harus dipersalahkan oleh UMNO.

Cara golongan muda berfikir dan mengeluarkan pendapat sudah tidak seperti dahulu. Golongan muda kini sudah ada medium baru seperti internet dan blog untuk menyampaikan pandangan serta kritikan mereka.

Katanya lagi, “biarpun mereka (pengundi muda) mengkritik kita, itu tak semestinya mereka membenci kita atau mereka tidak patriotik,”.

Pandangan DS Syed Hamid itu dipersetujui oleh Dr Mohd Agus yang bertindak sebagai moderator perbincangan itu. Kata Dr Agus, “sejuk sikit hati saya bila dengar Dato Seri kata begitu..”

Ternyata Tan Sri Rahim gagal menjadikan rancangan itu sebagai medium untuk menyampaikan agenda perubahan yang ingin dibawa olehnya jika terpilih sebagai Naib Presiden UMNO yang baru.

Sebaliknya, cara beliau berhujah malam tadi boleh menjarakkan lagi hubungan antara pengundi muda dengan UMNO.

Melabelkan pengundi muda yang menolak UMNO sebagai tidak patriotik adalah sesuatu yang tidak kena dan tidak wajar diungkapkan pada ketika ini. Ini kerana, pada waktu ini UMNO amat memerlukan sokongan pengundi muda. Masalah UMNO kini berada di saluran 3 dan 4 dan juga tidak mendapat sokongan kaum bukan Melayu.

Masalah ini hanya akan dapat diselesaikan jika barisan kepimpinan UMNO yang baru dapat mengenalpasti sebab-musabab mereka menolak UMNO.

Adakah kerana pengundi muda benci pada rasuah, kronisme dan media perdana yang berat-sebelah, maka mereka harus dilabelkan sebagai tidak patriotik?

Fikir-fikirkanlah…


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. Salam,

    Sudah tentu orang-orang muda "menolak" UMNO bukan kerana mereka kurang patriotik.

    Walaupun saya tidak pasti sebab yang sebenarnya mengapa mereka bersikap demikian, akan tetapi saya kira sebab-sebab yang berikut mungkin boleh dipertimbangkan.

    Antaranya UMNO sudah terlalu lama memerintah, sudah banyak penyakit dan sudah kehilangan idealisme.

    Kalau pemimpin UMNO bercakap berdegar-degar tentang perlunya UMNO membuat perubahan, itu biasanya hanya retorik dan tidak meyakinkan.

    Sementara itu, tarikan dari pemimpin karismatik seperti Anwar Ibrahim, tentu ada pengaruhnya juga sehingga menyebabkan orang muda menolak UMNO.

    Tapi faktor asas atau faktor pokok mengapa orang muda menolak UMNO tentu masih perlu dicari dan dikenalpasti.

    ReplyDelete
  2. Bagi saya BN perlu berusaha dan tidak boleh tidak mengambil perhatian golongan ini:
    a. Menarik orang Cina.
    b. Menarik orang India.
    c. Menarik golongan Muda.
    d. Menarik golongan Agama.
    Sekuat mana UMNO, MIC, MIC jika golongan ini tidak menyokong BN. BN akan kalah sampai bila-bila walaupun 100 peratus ahli UMNO memangkah BN.
    "Saya mendapat maklumat, 65 peratus orang cina tidak menyokong BN, 75 peratus orang india tidak menyokong BN dan 51 peratus orang melayu tidak menyokong BN ...betul tak betul saya tak pun tahu.."

    ReplyDelete
  3. Semasa beliau menjadi KM Melaka adakah beliau patriotik. Mengambil tanah orang Melayu di Tanjung Keling dengan harga yang murah adakah patriotik. Memberikan orang portugis taraf Bumiputra adakah patriotik.Gagal mengambil Bukit China adakah patriotik.Melarang orang Tabligh berdakwah di Masjid adakah patriotik.

    ReplyDelete
  4. Tan Sri Rahim sedap mengata orang muda tak patriotik. Macamlah dia sorang saja yang patriotik. Orang macam ini tak layak jadi pemimpin. Walaupun saya bukan penyokong UMNO tapi saya setuju jika Datuk Seri Syed Hamid menang jadi Naib Presiden UMNO.

    ReplyDelete
  5. Jiwa Merdeka :

    betul tu .. UMNO sudah banyak penyakit dah hilang idealisem .

    Termasuk penyakit kelamin bawah umur oelh barisan pimpinannya .

    adakah megidap penyakit kelamin bawah umur boleh di kira patriotik ?

    ReplyDelete
  6. Salam,

    inilaj wajah lusuh UMNO yg masih rasakan diri masih muda untuk memimpin UMNO era baru...jika undi perwakilan menjurus kepa pemimpin lapok seperti ini maka bolehlah kita tafsirkan bahawa politik UMNO ialah POLITIK BOLA KEMPES!

    THX!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.