KERANA SPRM, KERAJAAN MERANA?

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Lembaga Disiplin UMNO tidak perlu membuka semula kes rasuah melibatkan pemimpin parti itu yang telah ditutup oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ketiadaan bukti.

Kenyataan itu keluar dari mulut Pak Lah sendiri selepas SPRM yang jelas lebih berkemampuan daripada Lembaga Displin UMNO masih gagal mencari sebarang bukti kukuh dalam beberapa aduan yang disiasat oleh suruhanjaya itu.

Pendek kata, kalau bot pukat tunda pun tak boleh tangkap ikan besar, tak usahlah nak harap pada nelayan pesisir pantai untuk tangkap ikan besar.

Namun dalam kes rasuah yang disiasat oleh SPRM, ada 2 kemungkinan yang boleh berlaku. Pertama, memang tidak ada rasuah dalam UMNO dan kedua, ada rasuah dalam UMNO tapi tiada bukti kukuh untuk dibawa ke mahkamah.

Jika benar ada rasuah dalam UMNO dan SPRM gagal mencari bukti kukuh, ertinya SPRM masih lagi lemah dan tidak berupaya. Kelemahan ini mesti dikenalpasti dan diatasi secepat mungkin. Jika tidak, SPRM tidak akan menjadi sepertimana yang diharapkan oleh rakyat di negara ini.

Sejak SPRM distruktur semula, rakyat ingin melihat sejauhmana SPRM benar-benar bebas dan mampu menangani kemelut rasuah di negara ini. Dan rakyat di negara ini pula terdiri daripada penyokong BN dan juga penyokong PR.

Setakat ini, beberapa hasil siasatan SPRM dilihat lebih memihak kepada BN. Beberapa kes besar yang dilaporkan oleh PR masih lagi kabur dan belum tahu kesudahannya. Antaranya, laporan Anwar mengenai salah laku Peguam Negara dan Ketua Polis Negara yang sudah berbulan lamanya serta aduan rasuah yang melibatkan Najib serta Khir Toyo.

Jika benar tiada kes dalam dakwaan yang dibuat oleh PR, maka SPRM perlu menjelaskan kenapa kes itu perlu ditutup atau tidak perlu disiasat. Rakyat ingin dengar kenapa dan mengapa dan rakyat bukannya nak dengar alasan “tiada bukti sahaja” tanpa penjelasan yang boleh memuaskan hati rakyat.

Contoh yang paling mudah, kalau seorang ibu menyuruh anaknya, “tak boleh beli dan minum coca-cola lagi.”, si anak tentu nak tahu kenapa dan mengapa tidak boleh beli dan minum coca-cola lagi. Kalau si ibu tidak dapat menerangkan dengan jelas tentang suruhannya itu, tentu sahaja si anak tidak akan berpuas hati dan berusaha mencari jawapan daripada sumber lain.

Bukan sesuatu yang mudah untuk SPRM menjelaskan secara terperinci tentang kesemua hasil siasatan mereka. Namun begitu, SPRM boleh memilih kes-kes tertentu yang melibatkan kepentingan negara untuk diberikan penjelasan terperinci.

Rakyat mungkin tidak kisah jika SPRM tidak menjelaskan kes-kes rasuah tepi jalan yang melibatkan RM 5, tapi rakyat sangat berkisah dengan kes-kes rasuah yang melibatkan jutaan ringgit serta pemimpin tertinggi negara.

Selain daripada itu, tempoh sesuatu siasatan SPRM hendaklah tidak melebihi dari tempoh 6 bulan kerana kelewatan SPRM boleh mengundang pelbagai spekulasi dan kontroversi.

Natijahnya nanti, kakitangan SPRM tetap dapat gaji tiap-tiap bulan sampai mati tapi rakyat di negara ini pula terus ‘pening kepala’ mendengar dan memikirkan itu ini. Akhirnya, kerajaan juga yang akan dipersalahkan nanti.

Photobucket

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. PR HANYA AKAN SETUJU JIKA SPRM MENANGKAP DAN MENDAKWA PESALAH RASUAH DARI KALANGAN PEMIMPIN UTAMA BN. SPT PAK LAH, NAJIB, ONG TEE KIAT, ALI RUSTAM, HISHAMUDDIN, IMAM MASJID NEGARA, MUFTI PERAK DAN MEREKA MEREKA YANG BERGELAR.
    OTAK PR MEMANG BUSUK DAN MEMILIKI PERASAAN HASAD DENGKI YANG KETERLALUAN.
    JIKA PEMIMPIN UTAMA HATTA PEMIMPIN BIASA PR YANG KENA, SEBALIKNYA SPRM ADALAH SEBUAH BADAN YANG TIDAK MEMILIKI INTEGRITI. JANGANLAH JADI BUDAK-BUDAK. JADILAH MANUSIA YANG MATANG. APA SEBENARNYA YANG KITA NAK. NAK ROBOHKAN NEGARAKAH. BODOH.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.