BEBAN PAKATAN LEBIH BERAT DARI BARISAN


Banyak pihak sudah mengemukakan hujah masing-masing tentang kekalahan BN sabtu lalu. Daripada kebanyakan hujah yang kita baca, hampir kesemuanya bersetuju bahawa BN perlu melakukan perubahan besar jika mahu kekal sebagai pemerintah.

Persoalannya kini, apa yang perlu diubah?

Sudah terlalu banyak cadangan yang diberikan sejak PRU ke 12 berlalu. Layari saja internet dan cari blog yang membicarakan isu sosio-politik. Dari situ, beribu cadangan bernas dan kurang bernas pun sudah dikemukakan.

Persoalan yang sebenarnya adalah samada BN mahu mendengar atau tidak. Itu sahaja.

Dalam masa yang sama juga, banyak pihak sedang memperkatakan kemampuan Pakatan Rakyat untuk menjadi pemerintah. Ramai yang optimis, peluang Pakatan Rakyat pada PRU ke 13 nanti lebih cerah berbanding Barisan Nasional. Ada beribu hujah di internet yang menyokong ramalan itu.

Persoalannya kini, benarkah begitu?

Jawapannya ya jika PRU ke 13 diadakan tahun ini. Kalau tidak percaya, boleh minta Najib adakan pilihanraya umum tahun ini. Keberangkalian untuk BN menang kini 1 : 2. Ertinya, 1 undi yang diperolehi Barisan, 2 undi akan memihak pada Pakatan. Kalau tidak percaya juga, suruhlah Najib adakan pilihanraya umum tahun ini juga.

Realitinya, PRU ke 13 akan berlaku dalam tempoh 4-5 tahun akan datang. BN yang bakal diterajui Najib punya lebih kurang 1,500 hari lagi untuk mengatur segala strategi bagi mengembalikan keyakinan pengundi kepada BN.

Dan, Pakatan Rakyat pula perlu menghadap serangan bertali-arus BN dalam tempoh 1,500 hari lagi. Sebarang kesilapan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat boleh mengubah segala harapan yang sedang rakyat sandarkan pada mereka pada ketika ini. Contohnya, lihat sahaja bagaimana populariti Obama boleh terjejas, hanya kerana ‘kebisuannya’ terhadap kezaliman Israel di bumu Gaza.

Tidak keterlaluan jika kita mahu tafsirkan, cabaran yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat lebih besar daripada cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Barisan Nasional.

BN masih mempunyai kelebihan sebagai pemerintah pusat. Sedangkan Pakatan Rakyat hanya menguasai negeri yang ‘kuasanya’ begitu terbatas. Prinsip dan manifesto perjuangan Pakatan Rakyat sahaja belum cukup untuk memastikan ‘selera’ pengundi terus memihak pada mereka. Jika BN mampu melaksanakan perubahan yang diharapkan oleh pengundi, tidak mustahil selera pengundi akan kembali untuk memangkah dacing.

Realitinya memang begitu. Tidak semua pengundi di negara ini yang sentiasa kukuh pada prinsip perjuangan mereka. Ada yang mengundi kerana mahukan itu dan ini. Ada juga yang mengundi kerana terpengaruh dengan dakyah tertentu dan ada juga yang mengundi kerana mahu memprotes dan macam-macam lagi. Kepelbagaian spesis pengundi yang wujud pada hari ini boleh menyebabkan tsunami politik boleh berlaku pada mana-mana pilihanraya akan datang.

Senario kini tidak lagi seperti dahulu. Pengundi lama memang setia pada warna parti mereka sehingga wujud pepatah moden yang berbunyi, letak cangkul pun tetap menang! Manakala pengundi baru yang wujud hari ini lebih bersikap terbuka dan sanggup mengambil risiko yang terancang. Jika semalam mereka suka nasi lemak Mawi, mungkin esok mereka suka nasi lemak Memey.

Justeru itu, apakah tips untuk memastikan BN kekal relevan?

1) Buang Pak Lah dan Najib. Gantikan dengan Nobisha atau Husin Lempoyang.

2) Jangan kasi Ezam keluar lagi. Suruh dia duduk rumah jaga bini.

3) Suruh Khairy cari kerja sendiri. Jangan harapkan duit kopi lagi.

4) Tak payah pening kepala. Batalkan saja PPSMI!

5) Suruh RTM, TV3 dan Utusan ampu Pakatan Rakyat hari-hari. Tentu ada yang meluat nanti.

Opss! Tak boleh bagi tips banyak-banyak. Nanti ada yang tak baca blog ni lagi. Hehe :-)

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Salam....

    BN kena buang sifat ego tu.....sifat kontrol berita kat tv.....itulah punca utama..rakyat tak suka...... melampau menggunakan tv demi kepentingan BN jer.......

    Pemimpin BN ni kononnyer pandai...tapi tak belajar-belajar dari kekalahan dulu.......

    Bayangkan seluruh kerajaan BN berjuang untuk pilihan raya ini ...punnnn maeh kalah....... hmmm.... kalalah BN boleh celek skit dan belajar...kan baik.... (ini asyik cari salah lawan jer...susah ler)

    Chekdee suka bagi pendapat yang ikhlas.....

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.