RM 11.3 JUTA TERSADAI TENGAH PADANG


RM11.3 juta telah diperuntukkan untuk 28 buah bas bandar di kawasan Kuala Terengganu.

Namun dengan peruntukan tersebut dilihat tidak mendatangkan kesan besar kepada rakyat apabila hanya tiga buah bas sahaja mampu beroperasi untuk kemudahan di bandar raya ini.

“Sebanyak 28 bas yang dibeli tidak berfungsi duduk tengah panas macam itu sahaja di tengah padang. Saya tanya sebab apa, dia kata tidak boleh berfungsi kerana tidak ikut peraturan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan," kata Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Adun Wakaf Mempelam.

Calon PAS itu turut mempertikaikan pembaziran kerajaan BN Terengganu yang memperuntukan RM1 juta lagi kepada syarikat bas untuk membeli bas baru.

Ujarnya, dana tersebut lebih bersifat pembaziran sedangkan sebelum ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM14 juta kepada Cas Ligas Sdn Bhd bagi tujuan pengangkutan awam.

Perkara tersebut jelas menunjukkan bahawa kerajaan gagal menguruskan wang dengan baik dan memastikan keperluan hak rakyat, katanya.

Beliau melahirkan kebimbangan akan kesungguhan sebenar kerajaan negeri dapat menyelesaikan masalah pengangkutan bas sambil melihat pembaziran duit rakyat terus mengalir begitu sahaja.

Sumber asal : Siasah Daily


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Nur,
    Cari lagi kesalahan kerajaan. Banyak lagi yang lain. Pembinaan Jalan raya misalnya. Berapa banyak crusher run yang dipakai. Kenapa terlalu banyak? Berapa banyak Tar / bintumin yang terpakai dan air yang digunakan. Jika banyak anda boleh kritik kerana itulah kerja anda siang dan malam. Kerajaan BN telah memerintah 50 tahun lebih. Tentunya banyak yang nak disalahkan. Anda semua sudah sampai keperingkat melampau dan telah masuk keperingkat Dengki dan Khianat. Fikir baik-baik samada kitani mulia atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Cantik bus tu.. kalau depa di KT tak mau guna hantaq mai penang.. kat sini.. kekurangan bus...

    ReplyDelete
  3. kalau tak jalan tak pe, kita pakat jual budu,belacan,keropok,lekor.

    ReplyDelete
  4. sedih saya baca berita seperti ini sebab wang sebanyak itu patutnya boleh disalurkan kepada tabung GAZA.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.