LAPORAN POLIS KE ATAS TNC UM?


Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya hari ini mendakwa Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni universiti itu, Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Idris telah mengeluarkan surat menawarkan 'ganjaran' kepada seorang calon kumpulan itu yang bertanding dalam pilihan raya kampus.

Pengerusi pro-Mahasiswa UM, Norazali Zainuddin berkata, Dr. Azarae ketika ditemui pihaknya pagi ini ada mengaku bahawa tandatangan pada surat berkenaan serupa dengan tandatangan beliau.

Beliau bersama tiga lagi rakannya telah mengadakan pertemuan dengan Dr. Azarae bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kesahihan surat berkenaan.

Pertemuan itu diadakan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi di pejabat TNC.

"Dr. Azarae mengakui tantatangan yang ada pada surat itu sama seperti tandatangannya.

"Bagaimanapun beliau menafikan kebenaran surat itu dan tidak mengaku mengeluarkan surat sogokan itu," katanya ketika ditemui pada proses penamaan calon universiti berkenaan di sini hari ini.

Tambah Norazali, Dr. Azarae memaklumkan kepada mereka bahawa beliau sedia disiasat oleh pihak polis berhubung dakwaan itu.

Pilihan raya kampus UM akan diadakan pada 19 Januari ini. Penamaan calon adalah hari ini.

Bagaimanapun Dr. Azarae yang dihubungi enggan mengulas dakwaan berkenaan.

Calon pro-Mahasiswa berkenaan, Shah Rizul Ayuni Zulkiply membuat laporan polis kerana mendakwa beliau cuba 'dibeli' dan ditawarkan untuk bertanding di kerusi umum mewakili kumpulan pro-Aspirasi yang kini dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa.

Beliau membuat aduan di Balai Polis Brickfield pukul 8.56 malam semalam.

Dalam laporan polis itu, Shah Rizul menyatakan beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang pelajar yang tidak dikenali memaklumkan beliau ada menerima sepucuk surat yang perlu diambil di pejabat kolej kediamannya, Kolej Keempat.

Beliau juga mendakwa surat yang bertarikh 9 Januari itu turut menyertakan wang tunai RM100 sebagai saguhati permulaan atas tawaran tersebut.

Shah Rizul juga dimaklumkan melalui surat berkenaan bahawa pihak universiti akan menaggung segala perbelanjaan keperluan sepanjang tempoh pilhan raya ini termasuk makanan dan penginapannya.

Malah beliau turut dijanjikan jaminan keselamatan.

Menurut Shah Rizul dalam laporan polisnya, tawaran wang saguhati itu sangat memalukan dirinya malah membuktikan bahawa terdapat pihak tertentu yang sanggup menggunakan wang untuk 'membeli' mana-mana mahasiswa untuk kepentingan sendiri.

Sumber: MSTAR

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.