RAFIDAH: USAH SOAL PERIBADI CALON BN

Ketua Pergerakan Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz hari ini berkata:

"Satu pun laporan saya tak terima pasal orang tak suka muka Wan Ahmad Farid. Tu saya pun hairan, bila kita turun ke bawah tak ada orang bercakap. Ini orang bercakap di kedai-kedai kopi rasanya, yang saja ditanamkan idea ni persepsi ni,"

"Jadi ingin saya tegaskan tak usahlah dibangkit cerita calon, calon tak senyum ke calon muka sombong ke, calon muka garang ke, kita bukan nak pilih calon ratu cantik, bukan nak pilih calon ala Shah Rukh Khan, bukan nak pilih jejaka idaman, kita nak pilih calon yang boleh bekerja.

[Nur Aflah: Saya setuju dengan pendapat Rafidah. Cuma saya ingin menambah, calon yang perlu dipilih nanti adalah calon yang boleh bekerja untuk agama, rakyat dan negara. Saidina Umar Al-Khatab r.a pun memiliki raut wajah yang bengis tapi beliau ternyata mengutamakan Islam, membela nasib rakyat dan gigih memperkukuhkan empayar Islam.]

"Pada penilaian BN, calon kita boleh diamanahkan untuk bertugas dan berkhidmat untuk orang Kuala Terengganu. Kita yakin dia boleh bekerja, kalau tak tauke dia ialah BN, kerajaan negeri dan kerajaan pusat... kalau dia tak bekerja pucuk pimpinan kitalah yang akan ambil tindakan," katanya.

[Mana lebih afdal? Pada penilaian BN atau pada penilaian agama? Jika kita ingin bersandarkan kepada sifat kepimpinan Rasulullah SAW, pilihlah calon yang benar (tidak bohong), amanah (tidak khianat), menyampaikan (bukan menyelewengkan) dan bijaksana (bukan jadi pak turut). Untuk itu, pilihlah calon yang menghampiri sifat-sifat itu tanpa mengira rupa paras atau warna partinya.]

Beliau juga yakin pengundi tidak akan terpengaruh dengan cerita-cerita berkaitan peribadi Wan Ahmad Farid yang sekarang tersebar sehingga ke Kuala Lumpur.

"Pengundi nak benda-benda macam ni lah, dia nak rumah dia dibela, jalan diturap. Sebab walau macam mana senyum meleret pun pembangkang, tak juga buat, macam mana cantik wajah pembangkang dan mesranya mereka masih tak boleh buat jalan ni, tak boleh nak betulkan longkang ni sebab kerajaan negeri adalah kerajaan BN dan kerajaan pusat adalah kerajaan BN," katanya.

[Tak eloklah Nek Fidah cakap macam ni. Tak kiralah kawasan itu milik pembangkang atau pemerintah. Bantulah dengan ikhlas tanpa perlu mengugut pengundi. Seruan ini bukan sahaja untuk BN tapi juga untuk Pakatan Rakyat yang berjaya memerintah 5 buah negeri. Laksanakan tanggungjawab dan hormati keputusan pengundi. Kan pepatah ada menyebut, "buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat!"]

Mengulas mengenai perjalanan gerak kerja Wanita Umno, Rafidah berkata setakat ini mereka telah menemui lebih daripada separuh pengundi di Parlimen Kuala Terengganu yang berjumlah 80,229.

Sumber: Bernama

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. saya tersilap baca.
    wanita menemui lebih dari 80,000 pengundi.
    yang lebih tu hantu lah kot.

    rupanya lebih dari separuh pengundi.

    ReplyDelete
  2. hang kempen kat orang kampong yang tak pernah tengok orang, tak pernah tengok kereta, tak pernah tengok komputer bolehlah cakap macam tu.

    ReplyDelete
  3. Kita ni pun bukan handsome tapi orang tak kata kita sombong sebab manis itu ada (Pinjam sikit P.Ramlee punya kata), body language selalunya menepati kriteria samada orang tu sombong atau tidak, Tak tahulah pandangan orang lain tetapi rasa-rasanya Nenek Pidah nipun boleh juga dikategorikan orang yang SOMBOMG. Wan Farid? to me his body language say-ARROGANT AND SELL FISH.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.