KL-KARAK RAGUT 3 NYAWA
Tiga maut manakala satu parah apabila lori tangki minyak sawit merempuh pembahagi jalan lalu bertembung lori dobi di KM27.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Mangsa yang terkorban ialah pemandu dan kelindan lori dobi serta kelindan lori tangki minyak sawit.
Pemandu lori tangki minyak itu pula cedera parah.
Nahas jam 3.45 petang tadi berlaku apabila pemandu lori tangki minyak sawit itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan.
Berikutan itu, lori berkenaan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori dobi yang menuju ke Genting Highlands.
Sumber: Berita Harian
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
kat Gaza mati kena bom kat Msia mati accident
ReplyDeletehati2 di jalanraya