KALAU IKHLAS TAK PAYAH UGUT-UGUT

Berita Harian melaporkan,

Kerajaan Pusat ikhlas majukan Terengganu: Najib

Datuk Seri Najib Razak berkata Kerajaan Pusat ikhlas membangunkan Terengganu supaya menjadi antara negeri termaju di Pantai Timur dengan meluluskan peruntukan besar, termasuk memulangkan pengurusan royalti minyak. [sumber asal]

Manakala Bernama pula melaporkan,

Perubahan Besar Di KT Jika Bn Diberi Mandat - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji kerajaan akan membuat perubahan besar di Kuala Terengganu jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu 17 Jan ini. [sumber asal]

Daripada kedua-dua laporan di atas, apakah maksud ikhlas bagi kerajaan Barisan Nasional?

i) Kalau BN kalah, pembangunan Kuala Terengganu tetap diteruskan.

ii) Kalau Terengganu jatuh pada PAS pada PRU ke 13, royalti minyak akan diteruskan.

iii) Kalau BN kalah, pembangunan Kuala Terengganu akan dibekukan.

iv) Kalau Terengganu jatuh pada PAS pada PRU ke 13, royalti minyak tidak akan disalur terus kepada kerajaan negeri.

a) i dan ii
b) iii dan iv
c) i, ii dan iii
d) kalau ikhlas, tak payah ugut-ugut.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!



Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 comments:

  1. Dua ayat yang sdri ungkap itu mempunyai maksud yang sangat jelas. Kerajaan BN bersungguh-sungguh nak memenangi PRK di KT. Terutama ayat "Kalau menang kerajaan BN nak membuat perubahan besr di Kuala Trengganu".
    Ia hanya spt ibu kepada anaknya sahaja. Kadang kita cakap dengan anak "kalau dapat 5A, emak belikan Komputer". Apa maksudnya? Ugutkah? Bukan. Untuk memberikan dorongan dan galakkan agar belajar kuat-kuat sehingga tercapai apa yang menjadi matlamat. Ia hanyalah satu bentuk motivasi supaya rakyat KT menggundi BN. Kerana akhirnya mereka yang akan untung dari undi yang mereka berikan. Tak ada salahnya jika tak suka dan tak undi BN. Tapi cuma jangan bising jika kawasan lain didahulukan dalam pembangunan. Takkan rakyat marah jika pembangunan dikemudiankan setelah perbuatan tidak menggundi yang ditunjukkan dalam PRK itu.
    Apa sangatlah Nur. Mereka kalau ramai sangat di Parlimen, buat kacau dan memperbanyakkan fitnah saja.

    ReplyDelete
  2. Mengugut dan memancing undi dengan mewar-warkan Pembangunan itu dan ini sudah menjadi lumrah bagi BN/UMNO. 1 Billion ringgit yang dijanjikan oleh PM kepada Kerajaan Negeri Sabah setahun lalupun belum di tunaikan lagi. Jadi janji janji kosong macam ni adalah permainan politik semata oleh BN. Bungaraya, kawasan yang diwakili oleh Pembangkang dianaktirikan memang dah jadi kelaziman buat UMNO, cuma nak tanya BUNGARAYA dalam hal yang demikian, bolehkah kitakah tak bayar cukai. Soalan bonus untuk BUNGARAYA, sekiranya Kerajaan mempunyai 2/3 kerusi di Parlimen, adakah kerajaan akan menarik balik penjualan IJN? adakah harga minyak diturunkan seperti sekarang?

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Jawapan saya pilih... semua diatas..

    orait..

    ReplyDelete
  4. Najib wants BN to win this by-election very badly.

    If BN loses, this will mean the beginning of the end of BN and he wants to make sure that this will not happen.

    This is a political strategy for Najib to tell the Trengganu people, vote us in or you will be left-out.

    ReplyDelete
  5. Sabahan Malaysian says,
    Soal janji pilihanraya bukan sahaja diutarakan oleh UMNO malah parti Demokrat di USA juga banyak menabur janji. Pakatan Rakyat juga buat di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan negeri dimana mereka tawan. Yang nyata janji nak bayar RM50.00 kepada anak sekolah di Selangor. Dan RM75.00 kepada anak-anak di Taman asuhan. Bukannya janjikah tu. Bila nak tunai. Jangan nampak kepada kesalahan UMNO saja. Bermuhasabah diri juga.
    UMNO belum mengotakan janjinya di Sabah. Belum lagi...Mintalah sebaiknya. Tentu akan ditunaikan. Di Selangor, MB nya telah mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memberikan RM50.00 itu sebab kegawatan yang melanda. Mengenai harga minyak. Butakah? Sudah 7 kali kerajaan Bn turunkan. Sebab PRK kah? Fikir logiklah sikit. Cukup dulu.

    ReplyDelete
  6. nur,sabahan M,betul,betul,betul
    corect,corect,corect

    carrot and rotan,hu,hu

    ReplyDelete
  7. Saya tak buta Bungaraya, Harga minyak dipasaran antarabangsa menunjukkan bahawa Kerajaan UMNO tak prihatin. Harga Gas dah turunkah? Awak langsung tak jawab soalan saya. Untuk pengetahuan BUNGARAYA Negeri Sabah taklah perlu minta dari UMNO, Kami meminta balikkan sahaja duit hasil kutipan dari perut bumi Sabah.

    ReplyDelete
  8. Perkataan kunci di situ saya rasa ialah "ikhlas". Betulkah Najib ikhlas?

    Najib boleh bercakap apa saja dan berjanji apa saja untuk kepentingan politik.

    Tapi kalau berjanji kerana hendak memancing undi, itu tentulah tidak ikhlas!

    ReplyDelete
  9. tu bukan janji sahaja najib dan umno...tu adalah rasuah...tu rasuah...tu rasuah.....kalau sesebuah kerajaan yang memerintah yang ada keikhlasan dan bajet untuk sesuatu pembangunan,kalah atau menang,pembangunan sudah semestinya dilaksanakan,oooo jadi kalau ko kalah najib dan umno dan bn...maka tak ada pembangunan la di terengganu walaupun bn dan umno yang memerintah....cis najib cakap jangan sebarang cakap....kalau tak ada pembangunan selepas umno dan bn kalah,kemana akan perginya peruntukkan tu?dalam poket korang ke najib?hebat...hebat..hebat...syabas najib...good job.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.