PAKATAN RAKYAT TUBUH MAJLIS MB/KM


Kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) hari ini menubuhkan Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri (MB/KM) dan Majlis Exco untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama sesama mereka.

Mesyuarat Majlis MB/KM akan diadakan dua kali setahun manakala Majlis Exco tiga atau empat kali setahun.

"Pengistiharan Seri Mentaloon" itu dicapai dalam mesyuarat yang dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Mesyuarat berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah "Seri Mentaloon" dan dipengerusikan oleh Abdul Khalid.

Azizan kemudianya memberitahu pemberita, kedua-dua majlis berkenaan adalah berupa wadah untuk PR menyelesaikan sebarang isu yang mempunyai kepentingan bersama.

Lim berkata majlis tersebut akan mengurangkan semangat kenegerian antara negeri yang dikuasai PR selain menjadi landasan untuk berkongsi pengetahuan, maklumat dan pengalaman.

Abdul Khalid pula berkata penubuhan kedua-dua majlis akan menjadi nilai tambah untuk memantapkan pengurusan negeri dan merapatkan jurang pendapat dan sekaligus mengurangkan salah faham dalam PR.

Sumber: Bernama

Nur Aflah: Pakatan Rakyat dah ada stesyen TV sendiri. Kalau tak caya, klik di sini. Formatnya lebih kurang sama dengan TV3 dan RTM yang hanya menyiarkan berita yang 'menyebelahi' pihak masing-masing. Tidak dapat dipastikan lagi samada format itu akan kekal kalau Pakatan Rakyat berjaya menjadi kerajaan pusat nanti.

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.