LOGIK KARPAL TAK BOLEH PAKAI!


Memetik laporan Bernama yang bertajuk Karpal Letak Syarat Pada PAS Dan PKR

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Pengerusi DAP Karpal Singh berkata parti itu sanggup bekerjasama dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekiranya PAS dan PKR tidak meneruskan usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud.

"Dalam politik telah dikatakan bahawa tiada musuh atau rakan yang kekal, tetapi prinsip yang kekal perlu dimiliki oleh setiap parti politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Karpal berkata PAS dan PKR perlu menerima hakikat bahawa hudud tidak pernah termaktub dalam perundangan negara.

"Keamanan dan keharmonian di kalangan rakyat pelbagai anutan di negara ini tidak boleh digugat dengan percubaan untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Semalan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penganut Kristian tidak perlu merasa gusar sekiranya masyarakat Islam mahukan undang-undang Islam.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata hukum hudud adalah untuk orang Islam sahaja sementara bukan Islam boleh memilih untuk dibicarakan di bawah undang-undang sivil.

Karpal berkata hujah tersebut tidak logik.

"Apa akan terjadi sekiranya seorang Islam dan bukan Islam menghadapi tuduhan bersama. Yang Muslim memilih untuk dibicarakan menerusi hudud sementara yang bukan Islam memilih undang-undang sivil. Bagaimana mahkamah akan mengatasi dilema ini." kata Karpal Singh.

[Nur Aflah: Kalau Abu (Islam) dan Ah Kit (bukan Islam) ditahan kerana merogol dan membunuh oleh pihak polis, siasatan akan dijalankan. Selepas siasatan lengkap, pendakwaraya akan membawa Abu (Islam) ke Mahkamah Syariah dan Ah Kit (bukan Islam) ke Mahkamah Sivil. Jadi, apa masalahnya?]

Karpal berkata, Perlembagaan Persekutuan hanya menetapkan satu bentuk undang-undang sahaja iaitu undang-undang sivil bagi orang Islam dan bukan Islam.

[Nur Aflah: Perlembagaan Persekutuan tidak statik. Ianya boleh dipinda atau diubahsuai oleh Parlimen apabila mendapat persetujuan daripada 2/3 ahlinya. Takkan Karpal tak tahu perkara ni?]

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. Salam,

    Tak tahu atau buat-buat tak tahu... ni... hmm apa pun Opppss.. !!

    ReplyDelete
  2. Aflah,
    Jika Abu (seorang Islam) dan Ah Kit (bukan Islam) didapati bersama-sama merogol seorang gadis (seorang Islam). Cuba terangkan pada saya macam mana nak mengadili Abu dan Ah Kit ni??

    Nash

    ReplyDelete
  3. Karpal tolak hudud saya tak hairan sebab dia bukan islam dan tak faham tapi bila orang islam sendiri yang menolak hudud itu yang saya hairan.

    ReplyDelete
  4. Saudara Nash,

    Dalam konteks perlaksanaan hudud di negara ini dan juga pendapat beberapa ulamak muktabar (sila rujuk pada posting saya sebelum ini yang bertajuk hudud),

    Abu akan dituduh di Mahkamah Syariah (tiada pilihan) dan Ah Kit mempunyai pilihan samada mahu dituduh di Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil biarpun mangsanya orang Islam.

    Katakan Ah Kit pilih Mahkamah Sivil, maka dia akan dijatuhkan hukuman bersandarkan kepada peruntukan undang-undang sivil.

    Ada masalah ke tentang perkara ini atau saudara Nash rasa ianya tidak adil kerana mangsanya orang Islam?

    Pada saya, keadilan bermaksud memulangkan hak kepada yang berhak. Orang bukan Islam berhak menentukan hukuman ke atas mereka dan berikan sahaja hak itu kepada mereka tanpa banyak soal.

    Mudah-mudahan, Allah akan mengurniakan hidayah ke atas mereka untuk memilih Islam sebagai jalan yang benar.

    Lihat sahaja bagaimana Rasulullah SAW tidak membunuh tawanan perang sedangkan mereka telah membunuh ramai tentera Islam.

    Sebaliknya Rasulullah SAW memberikan peluang kepada mereka untuk bebas kembali asalkan mereka mengajar orang Islam tentang apa sahaja ilmu yang mereka miliki.

    Hasilnya, ramai tawanan Islam yang tertarik dengan Islam kerana mereka mula sedar bahawa Islam bukanlah agama hukuman tapi Islam adalah agama yang penuh dengan ihsan dan keadilan.

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  5. Saya rasa setakat ini pendapat yang terbaik tentang isu hukum hudud ialah pendapat yang dikemukakan oleh Dr.Abdul Aziz Bari ketika diwawancara oleh akhbar Siasah (lihat Siasah Bil.0130, 4-10 Janauri 2009). Pendapst beliau saya kira sekali gus boleh menjawab cakap atau kenyataan Haji Hadi, Anwar dan juga Karpal Singh.

    Cakap Haji Hadi, Anwar dan Karpal Singh ialah cakap orang politik. Mungkin tidak semua cakap mereka betul dan boleh dipertahankan.

    ReplyDelete
  6. Salam Aflah,

    Bila bicara tentang HUDUD, satu yang menghairankan dan satu yang tidak menghairankan....

    Apa yang menghairankan ialah mengapa UMNO yang terhengeh-hengeh tak mahu kepada HUDUD sedang majoriti ahlinya adalah mereka yang mengaku muslim???

    Apa yang tidak menghairankan ialah kenapa dipetikaikan Karpal Singh tu...dah memang sah dia bukan Islam, jadi tak hairanlah kalau HUDUD ditentang mereka...

    jangan jadi macam sesetengah ahli parti tertentu yang mengaku memperjuangkan ISLAM tetapi bila tiba bab HUDUD pakat dok tak mahu...dok salah parti lain yang berjanji nak laksanakan...itu yang tak faham...

    Saya melihat Karpal Singh ni lebih kepada seorang yang mempunyai akal paling keliru dan haru-biru terutama apabila membicarakan soal hudud...macam dia yang nak kena potong tangan dan kena rejam pulak...

    thx!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.