DAP SUDAH TIDAK DEMOKRATIK?

Merujuk kepada kenyataan Lim Guan Eng dalam video di bawah :



Guan Eng dipetik sebagai berkata :

“Sekiranya hudud ingin dilaksanakan, kalau PAS dan PKR setuju tapi DAP tak setuju, maka ia tidak boleh dilaksanakan selagi ketiga-tiga parti tidak mendapat kata sepakat!”

Maksud Lim Guan Eng itu, kalau PAS dan PKR mahu melaksanakan hukuman hudud di negara ini, mereka mestilah mendapatkan persetujuan daripada DAP terlebih dahulu. Kalau DAP tak setuju, jangan harap Pakatan Rakyat boleh laksanakan hukum hudud.

Persoalannya di sini, adakah ini konsep demokrasi yang dipegang oleh sebuah parti yang menggunakan nama demokrasi seperti parti DAP?

Biarpun tidak ada definisi tepat tentang istilah dan perlaksanaan demokrasi, namun ia selalunya menggunakan "majority rule" atau kuasa majoriti untuk urusan pembuatan keputusan dalam sistem demokrasi.

Di negara ini, sebarang pindaan yang ingin dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan mestilah mendapat persetujuan daripada majoriti 2/3 ahli parlimennya. Contohnya dapat dilihat ketika penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diluluskan baru-baru ini.

Biarpun kerajaan BN tidak mempunyai majoriti 2/3, tetapi sokongan yang diberikan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat telah membolehkan penubuhan SPRM itu diluluskan oleh Parlimen.

Dalam konteks Pakatan Rakyat, hanya ada 3 parti sahaja yang bernaung di bawahnya iaitu PKR, PAS dan juga DAP.

Jika konsep demokrasi Pakatan Rakyat bersandarkan kepada kuasa majoriti, maka DAP tidak boleh berbuat apa-apa kerana 2 undi telah memihak pada hudud (PAS + PKR). Begitu juga sebaliknya, jika PKR dan DAP mahu melaksanakan undang-undang sivil ke atas semua rakyat Malaysia, maka PAS tidak boleh berbuat apa-apa kerana kuasa majoriti milik PKR dan DAP.

Menurut Lim Guan Eng dalam video di atas, konsep musyawarrah akan digunakan dalam Pakatan Rakyat. Ertinya, semua komponen Pakatan Rakyat akan berbincang sehingga mencapai kata sepakat.

Kita harap, isu ini akan dapat diselesaikan sebelum PRU ke 13 kerana selama ini, isu hudud terus menjadi polemik dalam politik Malaysia sedangkan hudud hanyalah sebahagian daripada sistem syariat Islam sepertimana sistem perbankan Islam.

Jika bukan Islam sudah dapat menerima sistem kewangan Islam yang juga sebahagian daripada sistem syariat Islam, maka tidak mustahil sistem perundangan Islam (yang lebih dikenali sebagai hudud) boleh diterima di negara ini suatu hari nanti.

Masalahnya, perlaksanaan hudud belum lagi dimulakan di negara ini. Keadaan ini telah menyebabkan segala tuduhan buruk yang dilemparkan ke atas hudud tidak dapat lagi dibuktikan ketidakbenaran tuduhan itu. Lebih malang lagi, media utama di negara ini pula seakan tidak mahu berusaha untuk memaparkan keindahan dan juga keadilan yang terdapat dalam hukum Allah itu.

Justeru itu, amat tidak adil jika hudud dilabel sebagai kejam atau ketinggalan zaman sebelum ianya dilaksanakan di negara ini.

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Hudud nampaknya semakin menjadi polimik pilitik. Macam tak ada isu lain lagi nak diperbesarkan.Silap siapa hingga nak laksanakan hudud pun kena minta restu DAP.kan ke dayus tu.

    Silap siapa?

    Silap semua pemimpin politik.Yang ada kuasa tapi tak gunakan kesempatan menerangkan kepada masyarakat islam dan bukan islam tentang indahnya hukum hakam islam. yang belum dapat kuasa asyik nak tekankan hukum hudud macam tak ada isu lain lagi. Tak salah nak laksana hudud tapi masyarakat kita dah cukup terdidik ke tentang Islam. Adalah lebih baik kita semua tarbiahkan masyarakat, pertingkatkan dakwah agar mereka kenal dan cinta kepada Islam. Ikutlah sepertimana Rasullullah myebarkan dakwah Islam dahulu bukannya Hudud yang ditekan dahulu tetapi Aqidah dan kefahaman yang benar. Biarlah mereka faham baharu mereka cintakan Islam. Lagipun tunjukkan lah kemurnian Islam itu melalui hikmah.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Begitulah konsep mesyuawarah..

    Sekiranya tak berpuas hati di bincangkan lagi. Semoga Hidayah Allah pada mereka.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.