KUASA BLOGGER DAN KEINSAFAN SIME DARBY!

Akhirnya Sime Darby insaf dan sedar bahawa wang bukan segalanya.

Sejak isu penswastaan IJN begitu hebat diperdebatkan oleh rakan-rakan blogger, saya lebih suka mendiamkan diri dan menilai isu ini dengan menelaah tulisan dan komentar yang terhidang di blog-blog yang saya lawati.

Sememangnya saya menentang penswastaan ini 100%!

Alasan penentangan itu memang mudah :

1) Harga dan kos rawatan akan meningkat.
2) Golongan bawahan dan miskin tentu akan terjejas.
3) Memburukkan lagi imej kerajaan di mata rakyat.
4) Tidak ada korporat yang mahu rugi bila berurusniaga.

Rasanya, tidak perlu alasan di atas dihurai dengan lebih panjang. Sime Darby telah membuat keputusan yang betul bila mereka menarik diri daripada meneruskan hasrat mereka untuk mengambil-alih IJN.

Sebagai salah sebuah syarikat GLC yang terbesar, sudah tiba masanya Sime Darby meneroka pasaran luar negara. Kini terdapat banyak syarikat luar negara yang sangat berpotensi untuk diambil-alih akibat kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat. Pakar pelaburan Sime Darby tentunya lebih arif tentang peluang ini.

Apa yang lebih penting kini adalah pengajaran yang sepatutnya dipelajari oleh Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri beberapa bulan sahaja lagi. Sebagai insan yang diberikan tanggungjawab besar untuk menguruskan harta negara, Najib sepatutnya lebih berhati-hati bila menerima sebarang cadangan yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

Pepatah yang digunakan Khir Toyo “orang lain makan nangka, orang lain kena getahnya” sepatutnya mengajar Najib tentang perlunya beliau berhati-hati bila berada di puncak kuasa. Tentunya kini, ramai yang sedang mengintai peluang untuk mendampingi Najib.

“Tak dapat peha, dapat betis pun jadilah. Tak dapat billion, dapat million pun jadilah..”

Orang seperti inilah yang sepatutnya Najib kenalpasti dan diterajang keluar dari senarai penyokongnya. Jika tidak, biar apapun kebaikan yang cuba Najib lakukan, ianya tetap akan dipandang serong dan dicemuh oleh rakyat. Lihat sahajalah bagaimana imej MR CLEAN Abdullah dimusnahkan oleh budak tingkat 4. Adakah Najib mahu pisang yang sama berbuah dua kali?

Ada yang berkata, keputusan Sime Darby hari ini berkait-rapat dengan PRK Kuala Terengganu. Pada saya, kaitan itu tidak penting untuk didebatkan. Tidak perlu menunggu pilihanraya untuk berubah, untuk insaf atau untuk melakukan kebajikan kepada rakyat. Pada bila-bila masa, sebuah kerajaan yang baik perlu mengutamakan kebajikan rakyat dan berbakti kepada rakyat. Tidak perlu menunggu blogger atau media membangkitkan sesuatu isu baru hendak bertindak.

Jangan dah terantuk baru nak tengadah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Masih ada beberapa tahun untuk membina benteng ‘tsunami’. Tiada gunanya lari ke tempat tinggi jika tsunami yang bakal tiba itu lebih tinggi daripada tempat yang tinggi itu.

Pilih dan tegakkanlah kebenaran kerana kebenaran itu sentiasa memihak pada pihak yang benar.

Tahniah kepada semua blogger yang memperjuangkan isu ini tanpa mengira fahaman politik mereka.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!



Photobucket
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Rasanya tajuk & isi kurang tepat. Kuasa Allah yang menentukan gagalnya usaha jahat ini. Juga, kenyataan Sime Darby itu lebih kepada memberi jawapan am sedangkan yang memberi kebenaran mutlak ialah PM atau TPM (atas nama kabinet & UPEN). Yang diyakini, atas desakan mencari kemenangan di Kuala Terengganu maka usaha ini dibatalkan.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.