KEJAM! KEJAM! KEJAM!



Askar yang paling pengecut dan kejam di dunia ini adalah askar Israel. Mereka berani membunuh penduduk Gaza kerana menggunakan senjata berat dan jet pejuang. Jika perang pada zaman moden ini sama seperti perang dalam filem "Braveheart", adakah tentera Israel akan seberani pejuang Islam?

Jumlah korban penduduk Palestin kini meningkat kepada 635 orang selepas tentera Israel memperhebatkan serangan di Genting Gaza. [rujuk di sini]

Seramai 40 penduduk Palestin maut selepas helikopter Israel mengebom dua buah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan salah satunya padat dengan penduduk yang berlindung.

Dua penduduk Palestin terbunuh selepas sebutir peluru meriam meranapkan sebuah sekolah di Khan Yunis dan tiga lagi maut selepas sebuah lagi sekolah kem pelarian Shati turut menjadi sasaran serangan udara tentera Israel.

Operasi ketenteraan bagi menghentikan serangan roket Hamas itu masuk hari ke-11 semalam.

Sejumlah kereta kebal dan helikopter penggempur tentera Israel terus mengebom beberapa bandar di Genting Gaza.

Askar-askar Israel pula bertempur dengan pejuang-pejuang Hamas di lorong-lorong Bandar Gaza dan pertempuran itu dianggap paling sengit sejak operasi rejim Zionis bermula.

Sekurang-kurangnya lima roket dilancarkan dari Gaza ke wilayah Israel semalam termasuk sebuah yang mengenai bandar Gadera 28 kilometer dari Tel Aviv.

Buat semua umat Islam di negara ini, inilah masanya kita semua bertindak dengan memboikot barangan Israel. Memang langkah ini dianggap bodoh oleh sesetengah pihak, tetapi jika kita semua bersatu dan benar-benar prihatin untuk melemahkan rejim Zionis, tidak mustahil misi memboikot produk Israel ini akan berjaya.

Bila Israel miskin, mereka tidak punya wang untuk membina senjata berat. Bila mereka tidak memiliki senjata, mereka tidak akan berani lagi membuli penduduk Palestin. Memang langkah memboikot ini tidak akan berhasil dalam sekelip mata. Tetapi, ianya boleh menjadi sebahagian daripada pelan jangka panjang kita untuk mengembalikan semula kekuatan Islam.

Kini sekutu rapat Israel, iaitu Amerika Syarikat sedang tenat dengan kemelut ekonominya. Biarpun negara-negara lain yang berurusan dengan Amerika akan merasa kesannya, tetapi ianya tidak seburuk sepertimana yang dihadapi oleh sekutu Israel itu. Inilah masa yang paling sesuai untuk umat Islam menerapkan sistem ekonomi Islam dalam sistem ekonomi dunia.

Memang perit untuk mengubahnya tetapi ianya amat berbaloi untuk dilakukan oleh kita semua.





Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!



Photobucket
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Boikotlah barangan yang membiayai kekejaman Israel. Mungkin boleh dimaafkan kalau kita membeli mesin dan peralatan canggih yang kita tidak ada kepakaran untuk membuatnya dari negara Amerika, tetapi adalah keterlaluan kalau kita membayar perkhidmatan mereka hanya untuk menyediakan minuman (Coca-cola)dan mengoreng ayam (Mc Donald) untuk kita.
    http://aliasmohdyusof.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. 1 Rial (1RM) untuk produk Amerika (dan Israel) samalah dengan satu peluru di tubuh saudaramu di Palestine kata Syeikh Yusof Qardawi dlm fatwanya -HRKH

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.