Kelmarin, tentera Israel mula menggugurkan ribuan surat amaran kepada penduduk Gaza. Mesej yang terkandung dalam surat amaran itu berbunyi begini :
Kepada semua penduduk Gaza, sila tinggalkan bumi Gaza jika mahu selamat.
Dalam masa yang sama, tentera Israel sudah bersiap sedia untuk menyerang Gaza melalui jalan darat. Ribuan kereta kebal dan askar Israel sedang menanti arahan seterusnya daripada pemimpin mereka.
Semalam, Presiden George W Bush mula bersuara mengenai konflik yang sedang melanda Gaza.
Seperti dijangka, ucapan Bush bukannya untuk menamatkan konflik, sebaliknya Bush memberikan lampu hijau kepada Israel untuk menyerang Gaza dengan lebih dahsyat.
Alasan yang diberikan Bush sudah dijangka [baca di sini]. Baginya, Hamas dan Hizbullah adalah pengganas serta kuncu Iran.
Hamas dan Hizbullah sememangnya mendapat latihan dan bekalan senjata daripada Iran, satu-satunya negara Arab yang masih berani memberikan bantuan seumpama itu secara terang-terangan kepada pejuang Palestin.
Sejak April 2008, Bush sudah merancang untuk menyerang Gaza [baca di sini]. Bush yang gilakan darah umat Islam berasa sangat kesal kerana tidak dapat menyerang Iran.
Dengan baki pemerintahannya yang beberapa hari sahaja lagi, Bush mahu memastikan Gaza menjadi milik Israel.
Alasan Bush mahu menyerahkan Gaza kepada Fatah selepas konflik ini berakhir amat tidak realistik sekali. Fatah tidak mempunyai kemampuan untuk mentadbir wilayah Gaza yang mempunyai 1.5 juta penduduk.
Mahu atau tidak mahu, Fatah terpaksa menerima bantuan Israel untuk membantunya mentadbir bumi Gaza selepas ini.
Apa gunanya Fatah mentadbir bumi Gaza jika pentadbir sebenarnya nanti bukanlah Fatah tetapi yang mentadbirnya nanti adalah rejim Zionis. Hasilnya nanti, peta Gaza bakal lenyap dari bumi Palestin.
Jika anda sedang berharap Obama akan menyelesaikan isu ini, lupakanlah sahaja harapan itu kerana Obama dalam siri kempennya tidak langsung menyentuh isu Palestin. Yang disebutnya hanya Iraq dan Afghanistan kerana kedua-dua negara itu sudah ditadbir boneka Amerika dan Zionis.
“Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu yang mengubah nasib mereka sendiri”
- Blogger Comment
- Facebook Comment
6 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Salam.
ReplyDeleteSemoga Allah hancurkan bangsa yahudi laknatullah dari mukabumi. Seluruh dunia Islam wajib melancarkan perang jihad ke atas Israel dan sekutunya, itu pendapat peribadi saya, hanya perang Jihad yang mampu hancurkan yahudi laknatullah.
apa yang dah jadi pada aron shron pula..
ReplyDelete“Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu yang mengubah nasib mereka sendiri”
ReplyDeletebenar sekali...
Tuhan tidak akan mengubah nasib orang Palestine selagi mereka menyokong pengganas Hamas yang cuba nak mengacau keamanan di Timur Tengah.
Kalaulah orang Palestin percayakan kewujudan dan kekuasaan Allah, mereka akan menunggu dan mempercayai segala rancangan Allah. Biarlah Tuhan menghakimi rejim Zionis mengikut masa dan cara yang ditetapkanNYa.
Masalahnya, berkat Tuhan dalam bentuk wang dan berbagai bantuan luar yang diberi kepada orang Palestine tidak dimanfaatkan sebaiknya, sebaliknya dihantar pula kepada Israel dalam bentuk roket yang tidak membawa kebaikan kepada mana mana pihak...
Saya rasa, sebelum kita meminta Allah melaknat rejim Zionis, baik kita berdoa agar Tuhan memaafkan orang orang Palestin....kerana mensia-siakan berkat Tuhan...
Ingat, tuduhan tuduhan dalam blog ini langsung tak berguna kepada wanita dan kanak kanak palestin. Apa yang kamu buat disini hanyalah menyemarakkan kemarahan pembaca untuk membenci rejim Zionis.
Persoalannya, apa gunanya segala kebencian sebegini? Release tension?
Pernahkah pembaca bertanyakan Allah....kenapalah dibenarkan keganasan sebegini berlaku? Kenapa dibenarkan kekejaman Zionis berterusan? Bukankah Tuhan Maha Berkuasa, Maha Mengetahui and Maha Menyayangi?
Apakah dosa orang Palestine? Ataupun sememangnya tindakan orang Palestine selama ini berdosa dan rejim Zionis hanyalah alat yang dipergunakan Allah untuk menghukum orang Palestine?
Janganlah kak nak marah adik kerana penulisan sebegini...semua ni hanyalah persoalan yang bermain di pikiran...
KaKiaYam
Salam,
ReplyDeleteSaya rasa Israel boleh dan mampu berbuat apa saja, kerana ia ada kekuatan, di samping sokongan Amerika Syarikat.
Orang Palestin pula bukan saja lemah, tapi tidak mendapat sokongan daripada orang Islam dan negara Islam.
Orang Islam dan negara Islam pula barangkali tidak mampu membantu kerana mereka lemah, tidak bersatu dan sudah tidak ada solidariti sebagai umat Islam.
: )
ReplyDeleteAlthough from different places, but this perception is consistent, which is relatively rare point!
ReplyDelete